Sunday 20 May 2012

camping dekat REMBAU

salam..

alhamdulillah habis juga pekhemahan KESATRIA dengan BOMBA.. selamat pergi selamat pulang.. takde la jauh mana pun destinasi nya.. pulang ke kampung bagi saya la kot..sebab berkhemah dekat je dengan kampung sendiri kan.. apa-apa pun tak kisah lah dekat mana-mana pun..janji program berjalan dengan lancar dan dah habis pun.. siapa kata seronok kalau dapat hiking dekat Gunung Datuk.. mesti la seronokkan.. tapi kami tak hiking pun sebab keadaan yang tidak mengizinkan..bilangan kami yang cukup besar menyebabkan kesemua jurulatih yang tidak ramai takut hendak mengambil risiko..siapa tak takut, kang ada pulak yang buat kepala sendiri..taknak ikut sistem sume susah kan orang lain.. masing-masing kan ada kepala sendiri.. but for me this camping seronok kalau saya dapat serta semua aktiviti. tapi saya tak jealous pun.. dengar cerita member sume dorang masuk air la lumpur la.. tapi kenapa saya tak join dorang eh??  sepanjang saya mengikuti kem ni, sepanjang tu lah keadaa kesihatan saya tidak mengizinkan.. sedih betul kan.. before camping lagi memang dah tak sihat.. bila dekat sana bertambah-tambah la tak sihat nye bila tak dapat tidurkan.. memang sepanjang aktiviti berlansng saya terpaksa duduk ditepi sama ada membantu orang dapur ataupun tidur.. kesian betul.. hari last paling seksa.. dengan demam campur dengan sakit kepala yang teramat sangat, cirit birit dan muntah.. tak pernah-pernah lah dulu jadi macam ni masa camping.. nak buat macam mana kan kalau badan tak boleh nak sesuaikan dengan keadaan dan perut yang tak boleh menerima sebarangan makanan.. makan je keluar, makan je keluar sampai jadi takut nak makan.. kalau makan pun sikit.. pape pun, take care of yourself sangat-sangat bila ada aktiviti luar..now aktiviti dah habis pun.. dah selamat pulang ke MELAKA semula. seminggu lagi cuti.. cuti study molek yep. final dah nak menjelang.. 

wasalam..

No comments:

Post a Comment