Thursday 25 April 2013

Adult life is not simple like kid life


Assalamualaikum w.b.t

Tetiba ada rasa meroyan sekejap. Mihmih. Buang tebiat betul. 
Dan juga tetiba terasa rindu zaman sekolah terutama zaman jadi pelajar STPM. 
Bila tengok cikgu-cikgu sekolah masukkan gambar junior sekarang rasa macam 

'Saya nak kembali ke zaman tingkatan 6 '


Rindu nak bangun pagi siap-siap pergi kelas. 
Rindu nak merempit pagi-pagi. 
Rindu nak rebut parking motor.
Rindu nak redah hujan dengan baju sekolah.
Rindu nak konvoi balik ramai-ramai. 
Rindu nak pusing-pusing Seremban lepas balik sekolah.
Rindu nak borak-borak dekat perhimpunan sampai kena tegur.
Rindu nak jadi paling senior. 

Rindu cikgu. 
Rindu nak 'arrange' kan event.
Rindu nak merayap satu sekolah.
Rindu nak gosip-gosip dengan bestie.
Rindu nak makan dalam kelas masa cikgu mengajar.


Benda yang memang tak pernah jangka lansung dalam hidup adalah masuk jadi budak tingkatan 6.

Orang tak suka masuk tingkatan 6 sebab:
i) kena pakai baju sekolah
ii) silibus susah
iii) tak macho/cool la jadi budak sekolah semula
iv)dsb  *lot of reason*


Tiada benda pun yang mudah untuk kita gapai dan capai. Nak berjaya haruslah berusaha. Perjalanan hidup tak mudah seperti dirancang. Dapat matrik tapi tak pergi sebab masa tu dah masuk tingkatan 6. Dan memang tak suka berhenti belajar bila dah start terima semuanya. Tambah-tambah masa tu kecewa habislah sebab apply IPG tak dapat. Apply nursing PPUM tak dapat. Last-last jumpa bapak sedara. Dia yang sokong untuk masuk tingkatan 6. Dengan tak rela hati esoknya melangkahkan kaki juga ke sekolah. 

Just only one week, my life change 100%. I'm happy with the form 6 life. Alhamdulillah. Kita hanya merancang tapi tak semua akan kita dapat. After form 6 still tak dapat apa yang kita nak. But always think positive dan yakin dengan aturan kehidupan sekarang. Maybe its better than what we want. Mana tahu ada yang menanti sesuatu yang tidak dijangka. Dan bersyukur sebab dapat kenal ramai kawan-kawan.


bersama cikgu Norazlina *cikgu kelas lower/upper 6 Mawar


tenaga pengajar lower/upper 6 mawar


 winner Netball pelajar F6 peringkat N9





our prom  



contengan terakhir hari-hari terakhir sebelum exam STPM 


Last day of STPM paper exam 

Setiap mereka mempunyai corak perjalanan hidup yang berbeza. Semoga berjaya kalian.

Lyana Yusof
ex-form 6 Mawar batch 2009/10 (MAWARIAN)
SMK Seri Ampangan, Seremban, N9

Wassalam

Sunday 21 April 2013

Mid-sem break for semester 4


Assalamualaikum w.b.t

Aileee. Cuti. Dah set dekat kepala nak balik cuti kat rumah seminggu sempena mid-sem break. But me tolak dua hari kot sebab balik semula ke Melaka setelah sehari balik Seremban. Eh apahal pulak ni. Tarapapa. 

Sebab kawan-kawan masa STPM ajak jalan-jalan pusing Melaka jadi saya bersetuju untuk membawa mereka. Selalunya kalau plan awal-awal selalu tak jadi so ini plan terjah ja. Spend time sama-sama pusing-pusing bandar Melaka. Ditambah ada driver datang bawa kami ke Klebang. kalau datang Melaka tak minum coconut shake memang tak sah. Cuma tak makan asam pedas ja kali ni. Just try makan char kuey teow ja dekat jalan Hang Tuah. Empunya diri yang dah duduk hampir dua tahun dekat melaka baru ni first time makan. Kelakar ja.


 Lepak tepi pantai sambil minum coconut shake *takde dalam pic


feeling bayu laut jap


Just 4 of us.






Jonker Walk in the night walk. Bersesak dengan manusia. Memang tak boleh nak jalan. Terlampau sesak. Nothing to buy just cuci-cuci mata ja.






this one don't know what happened to them



feeling macam dekat tempat sejuka ja padahal panas gila



On the next day, back to Seremban. Gerak sama Atera sebab dia pun nak balik juga. Abaikan tudung sebab time ni angin sangat kuat.




Konon nak balik awal. Last-last bus takde tiket. Kalau kosong pun petang. Ambil tiket pukul 4.30. Sementara tunggu 4.30 gerak ke Tesco makan-makan then bertawaf sebentar.

InsyaAllah will hangout together again. Not only 4 of us but 5. Enjoy the day.

Wassalam

Tuesday 16 April 2013

Vacation - Port Dickson - Ulu Bendul


Assalamualaikum w.b.t

How come cuti tiga hari tapi tak buat apa-apa kan. Last minute punya plan setelah program induction cancel tetiba tanpa apa-apa explanation. What's plan? Hey dude. It's not a dude. It's not a dude *pitch perfect tetiba. Eh wait. Pergi mana ni. Sebab Melaka cuti 15 April so kami berenam decide nak pergi PD. Alang-alang turun ronda habis-habisan la gayanya. 

Here we are :O   TELUK KEMANG, PORT DICKSON. Just only for two hours we at there. WHY? Because lot of 'orang asing'. Seriously terkejut gila sebab banyak sangat bangsa asing dan bukan lagi orang Malaysia yang mandi manda dekat sana. Sedih kot. Terasa macam kami bukan dekat Malaysia. Rasa macam dekat luar negara. I mean macam dekat Myanmar dsb. Dulu kalau datang PD dengan family, bangga gila sebab ramai orang-orang kita. But now, I feel disappointed of what happened and what I see. 





This car exhibition make we happy after disappointed before. See. How cool there are. How cool the workers of Proton. They have lot of idea to design the car. And it awesome.


 So cute the cars. We call it shoes car. Because the design like shoes.  :)  mihmih


After that we proceed to Ulu Bendul. Sebelum tu, kami turun Seremban singgah restoran rakyat then solat dekat Masjid Negeri. Tapi singgah Giant Senawang sebab nak beli sikit barang. Memang kelakar bila ada yang tak bawa baju lebih untuk tukar lepas mandi air terjun. Nasib baik tak gerak jauh lagi.


.



Muka bahagia setelah berendam dalam air terjun.  :)
InsyaAllah the next trip will be better.

Wassalam


Monday 8 April 2013

Happy Wedding


Assalamualaikum wbt

Weekend yang diisi dengan sukarela memberi bantuan pada wedding abang kawan. The happy wedding that I joined. Setiap majlis confirm-confirm la penat kan. Of coz ia sangat memenatkan tapi sangat menerujakan. Konon-konon nak balik dengan bus hari khamis lepas (4April) sekali meeting pulak lambat habis. Dah la lambat habis lepas tu merapu meraban bagai mereka-mereka membuatkan masing-masing yang nak balik resah gelisah bagai. Habis tak habis balik tetap balik. Keluar pun dah agak lewat. Sampai-sampai Melaka Sentral tengok gelap dah. Okey apa yang terfikir memang terjadi. Akibat terlewat beberapa belas minit, jadi bus pun takde dah. Masing-masing dok berfikir nak balik hostel ataupun tidur je dekat stesen bus. Then pagi-pagi terus cari tiket paling awal nak gi KL. Last-last decide nak overnight je terus dekat MC. Tapi ada kawan kepada kawan baik hati malam tu offer diri nak ambil kami berempat di Melaka then hantar kami semua ke KL. Woooaahhh.. Itu sangat menyeronokkan kami yang memang teruja nak balik tapi takde bus. 

Sampai KL lebih kurang pukul 4 pagi. Kalau sampai terus tidur takpe gak. Ni masing-masing sampai masih sibuk dengan handphone masing-masing. Lewat tidur, lewat sikit bangun. Subuh still on walaupun penat. Sampai ibu Ain telefon suruh kami turun sarapan. Itupun setelah beberapa kali dikejutkan. Penatnya kami. Hari yang bermulanya kami bertungkus lumus bagi menyiapkan segala barang yang hendak digunakan pada majlis kahwin. Sempat la kejap lari jumaat petang pergi  perpustakaan negara. 


We Are Here  :o  PERPUSTAKAAN NEGARA


Kenduri doa selamat after Isya'. Selesai makan turn kami kemas-kemas. Masing-masing memulakan tugas. Basuh pinggan dan juga meracik bunga rampai. Itu dia harumnya daun pandan. Meracik je sampai berejam. Menahan sakitnya jari. Racik sehalus yang mungkin. Memang la superb kot. Its one of the experience yang seronok kot. Siap racik pukul 2 pagi .



Balik rumah then tidur. Bangun pagi pun lewat sebab kepenatan. Turun ke bawah tengok rumah penuh dah saudara-sudara Ain sampai. Hari yang penuh dengan aktiviti. Sarapan sekali tengah hari sebab lewat, sambung isi bunga rampai dalam uncang. Isi punya isi memang tak cukup pun. Pisau dikeluarkan. Daun pandan dicapai. Aktiviti meracik bermula lagi sekali. Siap balut jari dengan plaster sebab nak elak sakit. Itu dia. Tenaga meracik dikerah lagi sebab nak cepat. Abah Ain, spupu laki Ain termasuk pengantin lelaki membantu menyiapkan. Siap-siap je terus gerak gi teman pengapit fitting baju sekali dengan isi telur dalam bekas dia. Balik rumah pun lewat. Konon dah sampai pun dah maghrib ingat nak naik atas gi mandi sekali ibu tahan sebab kami kalau dah naik lambat-lambat je turun. Solat la dekat bilik Ain. Siap solat, makan dan meracik daun pandan sekali lagi untuk sesi merenjis kemudian terus gerak ke dewan untuk menyiapkan ini.. 

.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa

Special Force Team. Bapak pengantin termasuk pengantin turut menyiapkan bunga manggar.


Pelamin siap. Bunga manggar siap. Masa untuk pulang. Before balik rumah pergi mengisi perut yang kelaparan. nyumnyum. Makan Time. Balik rumah amek kunci gosok baju terus tumbang tidur. Mata masing-masing kuyu gila-gila dah. 


D-Day #Setiap gambar ada ceritanya sendiri




Apabila Jat conquer pelamin


Tak sempat amik gambar berempat kena serbu dengan anak sudara Ain. Semua BUSU kena serbu. Yang nak duduk dekat riba pun ada. Datang-datang terus mengendeng. Kami pasrah sehabis yang mungkin. 

w/ moi twin merangkap pengapit pengantin


Finally, its done at 4pm. Semua sanak saudara gerak balik. Tak cukup kerusi meja sebab tetamnu yang sangat ramai. Berpusu-pusu datang meraikan pengantin dan bernasib baik lauk semua cukup dan berlebih sehingga kami makan untuk kedua kalinya.. Alhamdulillah. Bak kata abah beban setahun dah habis. Nice wedding event and may Allah bless the events. Amin.


#Anak dara dan mak dara. hehe




Wassalam.