Saturday 23 February 2013

Burger Bakar Sri Pulai 2, Sikamat


Assalammualaikum w.b.t

Sambil menunggu mak balik kerja, sempat la kejap nak update blog. Walhal kejap lagi nak siap-siap balik kampung sebab esok ada kenduri tahlil. Satu benda tak packing lagi. Jadilah saya anak tunggul tunggal untuk sehari kot. Almaklum saya sorang je anak yang follow balik sebab adik-adik yang lain ada seminar dan aktiviti sekolah yang menyebabkan tak boleh nak join. It's okay. Sedara manyak lamai wo. Mereka pun boleh buat keje ma. haha

Aktiviti-aktiviti dihujung-hujung cuti semester. Bersama mereka sentiasa gembira walaupun sekejap sahaja. 

Jumaat petang dapat call dari member ajak keluar malam. Cakap dalam phone tak sampai 5minit pun terus setuju nak keluar. Selepas 5minit letak phone, otak tetiba jadi blur. Eh nak pergi mana malam. Then mesej another members tanya apa program. Dia pun sama juga blur. Tapi ada dengar la cakap nak pergi terjah burger bakar. Dekat mana tu masih tak tahu.

Konon-konon selepas maghrib nak gerak pergi rumah member, park dekat sana. Sekali cuaca tidak mengizinkan. Pukul 8 kononnya buat donno je lagi. Padahal member dok mesej cakap nak jemput dekat rumah dengan call pun tak pasan. Busy nak mengisi perut sebab lapar sangat. Tambah-tambah phone memang bukan dalam tangan kalau dekat rumah. Faham-faham yolah.

8lebih masih tertunggu-tunggu member jemput. Pukul 9 baru sampai. Patut la lewat semacam, di kutipnya sorang-sorang. Haha. Masuk-masuk kereta tengok ada budak laki. La si Helmi rupanya. Kawan masa lower6 dulu. Kau memang banyak cakap ye Helmi oi. 

Ni sebab masing-masing nak makan burger bakar, habis sampai ke Sikamat cari. Jauh no dari rumah masig-masing. Dah habis makan burger baru teringat gambar tak ambil. Bila makanan depan mata. Terjah makanan dulu. Yang lain belakang cerita. Memang malam tu terseremapak dengan kawan si Helmi je eh.



Ni muka kekenyangan selepas masing-masing membaham burger bakar, yong taufu and the last is roti tisu. Ambik ko. Makanan banyak gila dari mulut. Sepanjang cuti sem ni lah sekali je dapat jumpa before start semester baru. Sebab kekangan masa. 

Btw, happy dapat jumpa korang. InsyaAllah ada masa jumpa lagi.

Wassalam

Thursday 21 February 2013

Apa tu Iluminati?


Assalamualaikum w.b.t.

Jiwa yang tenang boleh membantu perjalanan harian. Alhamdulillah. Basahkan lidah kita dengan zikrullah. InsyaAllah. Ketenangan itu akan menemani diri kita. 

Pernah dengar tak apa itu iluminati. Actually saya masih lagi baru dengan perkara ini. Tahun lepas merupakan segala pembongkaran tentang iluminati dalam hidup saya. Maksudnya, tahun lepas baru saya tahu apa itu iluminati. Itupun ada sorang kakak yang tiba-tiba ajak saya tengok one video ni. Mula-mula macam eh apa ni. Lepas tu kami tonton dari first video sampailah kami faham pergerakan sebenar kumpulan ini. 

Dengan apa yang dapat saya fahamkan dari apa yang saya lihat melalui video tersebut  kumpulan ini merupakan satu pergerakan dimana ianya ada kaitan dengan freemanson. Freemanson mesti tahu kan apa tu.  Satu kumpulan yang bertindak mahu menghancurkan islam tanpa kita sedar. Video yang saya lihat tu pun berkaitan juga denagn firaun dan juga yahudi yang memang tak boleh nak terima islam.

Ada juga lagu dan artis barat yang terlibat dengan kumpulan iluminati ni. Sebab tu kita seharusnya sedar, lagu yang adakalanya kita ikut nyanyi mempunyai maksud yang tersendiri. Kalau kita betul-betul hayati dan fahamkan maksud dia, insyaAllah kita pasti akan tahu agenda mereka disebalik lagu yang mereka dendang itu.

Perasan tak lagu LUCIFER dari kumpulan SHINee. Kalau peminat KPOP confirm dorang tahu lah lagu ni. Buat umat islam yang minat sangat lagu LUCIFER ni korang sedar tak apa maksud LUCIFER tu. Kalau rasa dah tahu apa itu lucifer henti-hentilah nyanyi lagu ni. Bagi yang tak tahu apa itu lucifer tolonglah pergi cari apa tu maksud dia. Kalau tajuk lagu pun dah tak elok ini kan lagu yang didendangkan. Tak baik untuk kita yang beragama islam ni. Boleh menggelapkan hati. 

Kita nak minat dengan sesuatu artis tu tak salah kot, tapi jangan lah sampai terlalu taksub.
Selamat mencari dan memahami.

Wassalam


Wednesday 20 February 2013

Ia runtuh jua akhirnya

Akhirnya tangisan yang selama ini aku pendam dari mak ayah jatuh jua menyembah bumi. Angah cuba kuatkan diri angah tapi kali ini dengan pelbagai dugaan yang datang angah betul-betul tak tahan. Tangisan yang angah cuba tahan memakan diri apabila mak terdengar esakan itu. Mak siap cakap duit jangan risau. Mak boleh cari. Seboleh-bolehnya angah taknak guna duit mak dengan ayah sesen pun. 

Cukuplah selama ini angah rasa angah jadi bebanan mak dengan ayah. Mak dengan ayah dah banyak habiskan duit besarkan, sekolahkan angah. Biarlah dunia universiti angah berdikari sendiri tanpa meminta duit dari mak ayah. Cukuplah bila orang lain yang memberi bebanan pada mak ayah. Angah tak suka meminta-minta pada orang walaupun saudara sendiri kerana angah tahu kelak ia akan menjadi makanan rutin dan harian. 

Angah taknak benda tu dalam hidup angah sebab nanti sampai suatu ketika angah akan meminta, meminta dan meminta sehingga tiada kesudahannya. Lebih baik angah cegah diri angah dari perkara sebegitu. Selama ini angah cukup kuat nak hadam segala masalah. Tapi bila angah tengok keresahan di muka ayah, angah tahu ayah tengah runsing nak fikir bagaimana nak selesaikan semua masalah. Kalau boleh biarlah masalah itu yang angah yang selesaikan bukan ayah. Angah taknak tengok ayah bersusah payah lagi di umur begini. 

-Bila diri tak segagah dulu-

Sakit yang tak terduga dan tak dirancang



Assalamualaikum w.b.t.

Menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki 10 hari dengan duduk rumah sahaja. Walhal member-member semua dah start semester baru seminggu/dua minggu yang lepas. UiTM je lewat sikit sebab kami cuti pun lewat dari IPT yang lain. Rezeki di UiTM kan. Seharusnya kita bersyukur sebab masih dapat menyambung pelajaran sedangkan segelintir lagi umat diluar sana tidak dapat sambung belajar.

Kalau tengok orang mengerang sakit mesti macam tertanya-tanya sakit sangat ke sampai mengerang begitu sekali. Jangan sesekali kita minta nak rasa sakit tu sebab mana ada penyakit yang tak sakit. Sakit juga datang tanpa kita duga dan tanpa kita rancang.

Pernah tak rasa bila korang nak rukuk dalam solat tetiba rasa sakit sangat dekat belakang bahagian pinggang. Bila gerak sikit sakit dia jangan cakaplah. Boleh mengerang juga lah. Tapi sebab dalam solat kita tahan dan senyap je lah bila sakit. Lepas tu bila baring nak alih badan ke kiri atau ke kanan sikit bukan mengiring tau tapi dah rasa sakit dia mencucuk-cucuk. And now I feel it. Ini kali kedua kena serang sakit begini. Kalah orang pregnant sakit belakang. Sampai member suruh pergi buat check up. Nak tunggu dua/tiga hari dulu. Kalau tak okay juga baru pergu buat check up. Kalau jumaat ni tak sakit lagi tak payah pergi.

Allah itu maha mengetahui apa yang kita rasa. Itu hanya sebahagian ujian yang DIA turunkan pada kita supaya sentiasa muhasabah diri dan dekatkan diri dengan DIA.

Take care yourself. 
Badan kita hanya tumpangan roh kita buat sementara sahaja. 
Kelak ia akan kembali menyembah bumi jua.

Wassalam.


Tuesday 19 February 2013

Terlampau stress buat kita nangis



Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak korang rasa lagi nak abis study lagi banyak benda nak buat dan bermacam-macam dugaan datang. Adakalanya stress tu membantu kita dalam tangani masalah tetapi adakalanya ia membebankan sehingga membunuh diri kita sendiri. Stress yang melampau juga membuatkan airmata itu tiba-tiba mengalir tanpa henti. Ia hadir menemani kita tanpa kita pinta. Tangisan turut memberi kelegaan namun ia bukan jalan penyelesaian segala masalah.

Ujian itu pasti ada dalam kehidupan. Baru ia dapat menguji ketahanan mental dan juga fizikal kita. Kerana bila ujian itu datang sesungguhnya kita tahu bahawa Allah itu tidak mahu kita mengabaikan pencipta manusia. Akibat terlampau leka dengan nikmat dunia menyebabkan pelbagai ujian itu datang bertimpa supaya manusia itu sedar bahawa segala di dunia hanya sementara sahaj dan ia tidak kekal buat selama-lamanya.

Dan tetiba juga rasa nak berhenti belajar. Hati kuat sangat rasa nak berhenti belajar. Rasa nak pergi sujud dekat kaki mak ayah cakap 'mak/ayah, angah nak berhenti belajarlah. Angah nak kerja tolong mak/ayah. Angah tak sanggup nak tengok mak/ayah runsing, pening, sakit sebab nak cari duit semua. Biarlah angah yang bersusah payah pulak cari duit semua'. 

Agak-agak apa reaksi dorang kalau nak cakap macam tu. Mesti dorang kecewa gila dengan anak yang dorang harapkan tetiba cakap nak berhenti belajar. Keadaan yang berlaku sekarang ni betul-betul buat angah stress. Bila adik beradik lain lansung tak fikir nak corakkan masa depan dorang sendiri. Fikir perasaan mak ayah yang dah susah payah besarkan dorang dari kecil sampailah besar kini.

Dorang buat masalah tapi kita yang tertekan nak fikirkan masalah dorang dan bagaimana nak selesaikan semua. Kalau angah tengok ayah stress sebab nak fikirkan masalah kewangan. Ia juga buat angah terfikir bahawa adakah kami semua turut jadi bebanan ayah.

Mungkin result semester lepas turun sebab angah terlampau stress dengan apa yang berlaku. Mungkin angah tak sedar ia turut membunuh diri angah. Menganggu konsentrasi angah dalam menjawab exam. Nampak cekal di luar namun sangat lemah di dalam. Nampak gembira di luar namun disebaliknya angah sedih stress dengan apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya angah tak mahu minta duit mak ayah sebab angah taknak jadi bebanan mak/ayah dalam membesarkan angah.

Angah tahu ayah runsing dengan apa yang berlaku. Walaupun angah tak nampak tangisan ayah, tapi angah tahu ayah menangis dengan apa yang berlaku. Ayah kecewa dengan apa yang berlaku. Ayah cuba cekal dan tabah dengan ujian yang ayah perlu hadapi. Sunggu angah tak kuat nak tengok apa yang ayah hadapi tapi angah cuba kuatkan diri angah depan semua, depan ayah supaya  angah dapat salurkan kekuatan pada ayah. 

Maybe sekarang Allah nak bagi ujian tu pada kita. Mana tahu dalam 2/3 tahun akan datang, Allah akan bagi rezeki nya pada kita tanpa henti hingga terhentinya nafas kita di dunia ini. Manusia keliling kita mungkin tertawa dan mengata tentang kita, tapi adakah mereka sedar bahawa tawa itu, kata itu akan kembali jua pada mereka kelak. Mungkin mereka keji kita dalam diam, tapi ia turut akan berbalik pada mereka jika mereka tidak pernah sedar dan berubah dengan apa yang mereka lakukan. mereka mungkin tak faham dengan apa yang berlaku. mereka hanya tahu berkata, berkata tanpa henti kerana mereka tidak merasa apa yang kita rasa. Tapi Allah itu maha adil. kita tak mampu nak balas apa yang mereka lakukan, tapi sesungguhnya Allah itu berkuasa membalas segalanya kerana kita tak layak nak hukum mereka. 

Tabahkan hambamu ini ya Allah
Kuatkan hambamu ini ya Allah
Sesungguhnya ujian mu memberi kesan yang dalam pada kami ya Allah
Kami hambamu yang lemah ya Allah

Wassalam


Sunday 17 February 2013

Fobia dan Trauma dengan mesin



Assalamaualaikum w.b.t.

Hujung minggu dihabiskan dengan balik kampung dan mengemas segala habuk dalam rumah. Almaklum sekarang takde orang nak jaga. Disebabkan rumah tu akan turun pada mak so tiap-tiap 2/3 minggu sekali wajib balik jaga serta bela rumah. Susah bila rumah dah ada dua ni. Tak terkejar nak jaga.

Ayah dah cakap rumah bandar lepas ni anak-anak uruskan sebab dia nak duduk kampung terus. Uwargghh.. Tinggal dengan adik beradik memang agak susah juga nak handle. Dushh. Tolong sedar diri Yana yang awak tu dah besar. Bak kata emak, kalau umur macam ko tu dah layak jadi bini dengan emak orang. Eh mak ada ke umat yang sudi dengan anak emak yang comot momot gini ni ye dak. Kalau ada meh datang rumah jumpa pak Usop yang muka macam nak makan orang tu ha. *okay itu gurau saja

For the first time ayah guna mesin rumput dia yang baru nak potong segala semak samun kat kampung tu. Slow tu bukan main lagi. Mak kata takpe ayah baru lagi. Ayoyoyo. Slow gila mak oi. kalah kura-kura. haha. Takpe yang penting ikatan keluarga tu penting. kihkih. Kalau ayah tahu anak dia cakap pasal dia confirm kena tunjal kepala ni ha. 

And until now I still takut dengan mesin rumput. Kalau orang mesin confirm lari lah jauh-jauh. Duduk 3/4 meter sebab takut terkena segala cebisan rumput/batu yang melayang-layang tu. Tak rela kulit ni disakiti. Uwekk.. Ada bunyi gedik disitu.

Lagi satu paling sadis sampai sekarang, I tak boleh dengar bunyi mesin kelapa atau dekat dengan mesin kelapa. Nanti mulalah terbayang-bayang pasal mesin tu dok kisar jari jemari yang tak halus ni ha. Dulu taiko woo.. Tak heran lansung dengan mesin kepala. Kalau nak mesin je kelapa, cepat-cepat angkat tangan volunteer nak tolong mesinkan. Tak kisah lah berapa biji sekalipun. Tapi itu 7/8 tahun dulu kala. Di zaman awal sekolah menengah kot. Sejak jari-jemari tak berapa halus ni dikisar oleh mesin yang makan tuan tu, terus fobia dengan trauma dengan mesin tu. Seminggu tangan ni berbalut gara-gara luka yang dasyat. So sad.. I dah tak taiko tapi pengecut gila.

It's okay. I kena cari bakal suami yang berani segala benda. haha. Lepas tu biar dia buat semuanya. I tolong juga. Tolong tengok yo. Takmo la mesin-mesin ni. Cukuplah sekali tu terkisar abis jari walaupun pernah kena juga sebelumnya. Tapi tak teruk mana sebelum yang kes fobia ni. 

Satu lagi kes mencederakan diri sendiri. Ni kes memang silap sendiri. Taknak dengar cakap mak amek ko. Ketulahan. Konon-konon nak menjahit baju kalau tak silap. Alih-alih jahit jari sendiri. Jarum jahit mesin tu patah terus masuk kat ibu jari. Tak sakit pun masa kena tu. Tapi lepas dah tarik keluar jarum tu pakai sepit uban ayah, memang power lah. terus telan ubat panadaol kasi tahan sakit. Okay.. mak-mak jangan buat mai yo. Memang dapat balasan eh. Insaf woo.

Dasyat gila zaman awal remaja. Semua benda nak buat. Tapi semuanya meninggalkan kesan. Yang tak fobia ada juga. Bawa motor laju-laju padahal dah pernah excident. Ni susah sikit nak insaf. mesin jahit pun masih berani lagi. Sebab I suka jahit baju sendiri. Yang tu bersyukur sebab hobi turun dari mak. yeah. i boleh jahit baju sendiri. Takyah susahkan mak lagi.

Result exam lepas dah keluar. Alhamdulillah besyukur dengan apa yang dapat. Next sem cuba lagi baik.

Wassalam


Thursday 14 February 2013

Result make feel like to explode



Assalamualaikum w.b.t

A few hours will be last
Seriously I feel...


NERVOUS
...
..
.

I can't stop thinking bout it.
I can't control my heartbeat.
I can't control the nervousness come.
Fuhh.


WORRIED
...
..
.

What if the unexpected thing come out.
What if I make my parent disappointed with it.

THEN, my heart feel like want to explode and cry.

Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada diri ku ini.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada diri ku ini

Result of last semester will come out.
And it make me feel lot of different feelings.

Wassalam


Wednesday 6 February 2013

Siapa yang tentukan kadar takrif Pembayaran Eletrik



Assalamualaikum w.b.t.


Panjang tak tajuk entry. #Eh kenapa pulak tetiba nak sentuh pasal takrif pembayaran elektrik ni. Kenapa bukan air pulak. 

Puncanya bila meter elektrik kat depan rumah tu rosak. Ada dalam sebulan lebih or dua bulan juga lah orang TNB ambil masa nak repair walhal dorang dah tahu meter tu rosak lama kot. Pahal buat kerja delay abang oi. 

Actually tak tahu pun benda ni sampai ayah bising kata meter tu rosak. Faham-faham lah kalau rosakkan. Tak pasal-pasal salah kira takrif bagai lepas tu bil melambung-lambung. Ingat kami kaya nak bayar bil tinggi melangit. Memang idok le.

Then around 3pm la ada dengar orang bagi salam. Nampak lah dua orang manusia yang tengah berdiri depan rumah dengan yang sorang tu siap pegang tangga bagai. Tak cakap pape lagi dorang dah masuk sampai dekat porch kete. Almaklumlah saya dalam bilik terkejar-kejar cari kain nak tutup kepala. Rembat jelah tuala. Senang.

Pastu dorang kata nak repair meter. Okay go on lah. Lepastu pergi cepat-cepat sikit. Tak selesa orang lelaki datang rumah walaupun along ada dalam rumah juga. Tengah dorang repair tu muncul lah jiran tetiba. Teehee.. 

Jiran: kenapa? 
Abg TNB: Meter rosak. Tak keluar nombor. 
Jiran: Meter baru ni laju eh gerak nombor dia.
Abg TNB: Kalau rosak abang(jiran) kena buat report baru kami boleh datang check.
Jiran: Pakai tak banyak mana pun tapi bil tinggi.
Abg TNB:   ... (mereka speechless) 
Jiran: Kenapa cara kira tinggi semacam? Ada pulak ikut kadar lain sume.
Abg TNB: Tak tahulah saya. Semua tu kerajaan yang tetapkan.
Jiran: Eh! Apa pulak kerajaan. TNB yang tetapkan. (Bla..bla..bla..)
Abg TNB: Kerajaan lah bang. 
Jiran: Eh! TNB la.
Abg TNB:  *dua-dua muka dah bengang.    'Saya kerja TNB saya tahulah'  (Cakap perlahan)
Jiran: *Masih menyambung ceramah ketidakpuasan hati sampai mamat dua orang tu bla.

Selepas jiran dan juga mamat TNB dua orang tu bla.
Me: Suka hati korang lah nak berdebat apa pun. Teehee

Saya kurang pandai dalam bab-bab gini. Tapi kalau orang cerita saya suka dengar. Tolong cerita benda yang benar bukan yang tidak benar. Nanti ayah balik nak tanya dia banyak-banyak. Hahaha. Biar dia explain benda ni kasi faham. Explain dari A to Z. 

SIAPAKAH YANG TENTUKAN KADAR PEMBAYARAN ELEKTRIK?
TNB kah atau KERAJAAN kah
Selamat belajar benda baru.

Wassalam


9days to go



Assalamualaikum w.b.t.


Dup Dap Dup Dap. Ada rasa debar tak. Kuat dan laju dari biasa.

9 hari lagi result keluar
Dah bersedia? Korang dah dah dahhhh 
Me nope. Debar gila.

Sebab masa exam hari tu agak banyak yang stuck and the elaboration pun macam entah pape je. Seriously before masuk dewan tu bukan main lagi study macam takkan jumpa buku lepas tu. Tapi bila dah masuk dan duduk, tambah-tambah kertas depan mata terus macam blur. Something wrong somewhere la time exam hari tu.

Maybe faktor pembelajaran tak macam sem-sem sebelumnya kot. Sem yang ni asyik terperap dalam bilik. Study pun dekat bilik. And maybe sebab terperap tu yang tips tak menjadi. Before ni study dekat meja depan. Alhamdulillah result memberansangkan. Kali ni tak tahu la macam mana dengan result.

Doa yang terbaik buat saya dan kawan-kawan seperjuangan.

Do the best and be the best. InsyaAllah. Pray lot and remember HIM..

Da da..


Wassalam 


Sunday 3 February 2013

Trend kini - Minat Artis Korea



Assalamualaikum w.b.t.


#This will be the long-long post. Sila bersabar bila membacanya. 


Cuti yang tinggal sebulan ni digunakan dengan menghadiri majlis kahwin sedara, jiran dan juga kenalan. Ada juga masa cuti ini diisi dengan jumpa kawan-kawan before bermulanya semester baru. Alhamdulillah cuti yang perlu digunakan sebaik-baiknya sebab bukannya selalu sangat dapat spend time dengan family kan. Even belajar dekat Melaka dan rumah dekat N9 pun jarang balik. Kadang-kadang sebulan lebih baru balik. Sampai kawan-kawan dok cakap kalau aku lah Yana rumah dekat tiap-tiap minggu aku balik rumah. Actually bukan taknak balik, tambah-tambah kita student. Jadual even tak penuh mana pun pack dengan assignment. Kalau balik rumah tiap-tiap minggu, memang assignment tu tak pandang rasanya kot. Sebab confirm berjalan dengan family kalau dah balik rumah. That's why I'm prefer to stay at hostel and settle my assignments. Walaupun banyak dugaan duduk hostel tapi keje confirm settle.

Tak tahu lah korang sedar ke tak sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang fanatik gila dengan artis Korea. Rasanya confirm lah perasan kan sebab ramai dah rakyat Malaysia nak ikut gaya atau fesyen dari Korea bagai. Then, bila ada konsert sume ramai yang sanggup berhabis duit beli tiket semata-mata nak tengok artis pujaan mereka depan-depan. Tambahan pula muka dorang semuanya pink-pink jambu gitu, comel-comel. Ye dak.

#LikeThis

Kim HyunJoong, Leader of SS501, Actor of BOF

Girl Generation

Lee Hyori


AND me is one of them yang sangat-sangat fanatik dengan artis Korea. #TapiItuDulu Bukan sahaja artis malah pelakon, MC, comedian pun I kenal and fanatics gila sampai tiap-tiap bulan wajib beli KLIK, E-POP dan majalah yang memang berkaitan dengan artis korea dan juga Taiwan. Dah boleh nampak kan berapa banyak duit yang telah I bazirkan dekat benda-benda alah ni sume. Kalau simpan duit tu mesti dah beribu-ribu ada dalam bank tu ha. You know what, I membesar dengan cerita-cerita Cina, Japan dan Korea. Memang dari sekolah rendah lagi I dah mengenali pelakon-pelakon Korea, Taiwan, Japan. Sebab tiap kali balik sekolah confirm mengadap tv. I think start with the Winter Sonata, Autumn In My Heart, Full House, Sweet Spy, cerita-cerita Hong Kong, Japan, Taiwan  macam GTO, HanaKimi, ISWAK, Prince Turn to Frog, Magicians of Love dan banyak lagi. *tak ingat sangat dah. 

Autumn In My Heart. The sad story that make me always cry when watch it.

ISWAK. Drama that my friend love to watch again and again.

Lead Actor&Actress w/ Jimmy Lin yang sudah berusia tapi still nampak muda dan juga Yoo Hana pelakon Korea


Sejak kebelakangan dalam 3-4 tahun ni, kita nampak ramai sangat peminat artis Korea yang terlampau fanatik. Bukan sahaja saya seorang yang perasan, malah kawan-kawan saya yang dulunya peminat tegar Korea turut melihat perkara yang sama.  Sejak peningkatan peminat Korea di Malaysia dan semakin ramai yang  mengenali artis Korea, kami sedar minat kami pada artis Korea dan juga yang berkaitan makin menipis. Malah artis dan juga lagu-lagu baru yang berkumandang di radio adakalanya kami tidak tahu siapa yang nyanyi. Bila orang tanya pasal Korea kami jadi blur. 

Bila tengok ada kawan-kawan yang baru kita kenali baru nak start minat Korea kita jadi macam  #eh. Aku dah lama minat sejak sekolah rendah dan sejak dorang debut awal-awal lagi. Lagi awal dari korang yang baru nak minat tetiba. Contohnya macam BigBang. I have collections of all theirs songs from their debut in the music industry until the new one. Then SuperJunior yang pernah buat klip video dekat Putrajaya. 

SUJU in the early Debut. 

BB with their hip hop image

 FTTS with HwanHee&Brian


#NOW---> Secara konklusinya, saya dan rakan-rakan bukan lagi peminat fanatik artis Korea dan sebagainya malah saya juga tak tahu perkembangan artis Korea yang terkini. Hanya yang basic sahaja saya tahu kini. Dulu masa form 4&5 pun orang masih lagi tak minat Korea. Tetiba 2/3 tahun ni je benda ni jadi satu fenomena yang terlampau mendadak naiknya. Sedangkan zaman kami minat serta fanatik Korea pun tidaklah terlampau taksub dengan mereka. Tidaklah sampai mahu memalukan diri sendiri menari di tepi-tepi jalan di BB seperti peminat yang membantah pengeluaran Jaypark dari 2PM. Melakukan pelbagai sepanduk kerana tidak menyetujui segala tindakan yang diambil oleh pihak management sana. Membazir duit membeli tiket bagi menghadiri segala konsert. Kini kesedaran itu makin lama makin memunculkan diri. Itu semua adalah satu pembaziran. Minat itu takpe tapi janganlah sampai melakukan satu pembaziran yang terlampau. 

Bak kata kawan, dia bukan lagi peminat fanatik artis Korea namun dia masih lagi menonton cerita Korea  yang dipaparkan kerana dia belajar bahasa Korea. Dan itu adalah penting bagi memantapkan lagi pembelajaran yang dipelajari dia. I'm respect her.


*Sorry with the long post.
And Good Luck to people who are start to love them. Teehee. :p
I'm done with them. Minat hanya sedikit sahaja yang tinggal. :D
And now I like to travel. Just travel and start to make another memoir in my life.

Wassalam


Friday 1 February 2013

Sikap pemandu Malaysia kini



Assalamualaikum w.b.t.

Hye hye. Penat keluar dengan family. Pusing-pusing Seremban ja pun tapi disebabkan jem yang keterlaluan membuatkan duduk dalam kereta pun boleh penat gila. Dari masuk dalam kereta, kereta bergerak ke setiap jalan sehinggalah pulang ke rumah asyik memerhati sikap pemandu di Malaysia pada zaman kini. 

Dalam beberapa tahun ni rasa macam sikap pemandu makin menjadi-jadi ja. Macam lesen memandu tu mudah saja mereka perolehi kot. Masa belajar memandu bukan main lagi ikut undang-undang bagi signal seawal yang mungkin before masuk simpang. Now bila dah ada lesen, signal pun entah ke mana kan. Lepas tu kalau nak menyelit ikut suka hati pemandu je nak menyelit tanpa signal. Kalau terlanggar kang disalahkan kita pula sebab dah tercium buntut kereta dia sampai kemek. Padahal salah dia sebab tak bagi signal awal. Sebab tu setiap kereta dipasangkan signal supaya kita gunakannya bukan sebagai perhiasan semata-mata. Kan kalau kita pasang signal masa nak masuk simpang atau sebagainya ia membolehkan pemandu lain alert dan berhati-hati juga. Takde lah nak menyusahkan diri bila terlanggar.

And one thing yang berlaku petang tadi masa keluar dengan family. Traffic light hijau tapi kereta bergerak perlahan. So ingatkan jem sekali nampak ada motor dah terbalik jatuh. Yang paling kesian aunty yang bawa motor tulah jatuh. Kemana sikap kesabaran seorang pemandu. Memang lah lampu tu dah hijau dan anda mahu meneruskan perjalanan tapi janganlah sampai melanggar kenderaan lain especially motor. Sungguh bernasib baik aunty tu tak cedera kalau aunty tu cedera sehingga melibatkan kehilangan nyawa anda akan didakwa. 

Dan sebab itu kita tak boleh nak pentingkan diri sendiri ibarat jalan itu kita punya seorang. Bukan kita sahaja manusia yang hidup di dunia ini. Banyak lagi manusia lain yang memerlukan kemudahan yang sama seperti kita.

p/s: Peringatan buat diri sendiri juga supaya sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya.


Wassalam