Thursday 24 January 2013

Happy Married and Congratulations



Assalamualaikum w.b.t.


Nothing to say but I just want to wish congratulations to my cousins who are married last Saturday. Alhamdulillah. Happy Married Kak Ina and Abang Aril. May Allah SWT bless your until Jannah. 

Bertolak awal pagi Sabtu dengan dua kereta yang sepatutnya hanya satu kereta sahaja pada awalnya. Last minute adik laki nak ikut. erm. Tak kisahlah. Yang penting sampai sana dengan selamatnya.


Dalam kereta otw ke Felda Jelai, Gemas


Abang dan adik yang selalu menjadi 'troublemaker' dalam keluarga.


Itu dia adik bongsu saya. Jangan ingat dia lagi tinggi dari saya. Dia nampak tinggi pun faktor dia pakai my wedges 


adik: eh ayah asyik amek gambar dengan angah je. *ada bunyi cemburu disitu. Then ayah pun layanlah amek gambar dengan anak dara bongsu dia ni.


Itu dia pelamin pinkish kot plus silver. It's nice combination.

*kepak kepung kepak kepung. Groom and bride was here. hee  :p



And the lastly, I wish HAPPY MARRIED Kak Ina.. Semoga kekal sampai jannah. Amin. Cepat-cepat tambah anak buah untuk kami. hee 


 Ikhlas dari kami,
Nolly dan anak eh silap anak buah. *gambar bawah

Itu anak buah saya. Mikhail nama diberi. Ala tomei tomei. 
Pantang nampak camera mesti cakap 'nak tekan! nak tekan!'  How's cute you sayang.


Eh dah habis. Need a rest. Goodnight.

Wassalam


Wednesday 23 January 2013

Memoir semester 3



Assalamualaikum w.b.t

Fuh. Fuh. Leganya rasa bila semester 3 tamat secara rasminya. Alhamdulillah. Sekarang ni duduk rumah makan tido sambil tunggu result. Cuak gila kot. Cuak Cuak. Ada rasa mahu jerit je. Kalau boleh nak yang bergema sikit. Okay itu hanya angan-angan.

Banyak benda yang berlaku sepanjang sem3 ni. Okay. Let's recall back all of thing that happened on the semester 3. We start with the INDUCTION. Setiap semester pasti akan ada program ni. Kiranya sesi perkenalan dengan pelajar baru dengan merapatkan lagi ukhuwah pelajar lama.


my classmates


Kemudiaannya mengisi masa lapang dengan makan. Project bersama roomate. Infinite Melon


Our journey/ trips to Kelantan. Sambil menyelam minum air. Kiranya sambil buat assignment kita jalan-jalan. 


After that back to Kuala Terengganu. Done with other assignment and main golf. At least even tak pro tapi bolehlah pukul bola dari takde kan.



Tempat yang seterusnya setelah kembali pulang dari Terengganu---> Hutan Rekreasi Ayer Keroh


 Yeah.. I love Coconut Shake Pantai Klebang.  *Hee. Promote sikit. Padahal famous dah minuman ni. Dapat minum setelah selesai menemubual dan mendapat segala maklumat dari Encik 'tak tahu nama'


Our events ----> Clean, Games & Fun.


Dinner+AGM







And the last activities for semester 3. Seoul Garden and Yong Taufu Kak Lin dekat Pirate Parks. Hangout with besties. *Nyum nyum



Done~


Semoga semester 4 lagi baik dari sebelumnya dan memberikan lebih banyak lagi kenangan. Kenangan manis ja takmo yang pahit bak hempedu. Tak larat nak telan nanti. Selamat tinggal semester 3. 
Bye bye *sobs sobs

Eh chop chop. Sebelum saya mengundurkan diri. Saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL   :D


Wassalam




Friday 18 January 2013

countdown last paper exam



Assalamualaikum w.b.t


Hye~ hye~ Saya masih lagi berada didalam mood final exam. Padahal budak lain semua dah habis. Sedih lah sikit. Sikit je okay sebab kita patut bersyukur kerana setiap gap paper itu tidak terlalu dekat. Budak lain habis awal sebab dorang takde gap. Tapi gap lama-lama pun boleh buat kita leka. Ye dak. Ye kan je lah eh. Sebab gap yang takat 3hari pun saya dan sahabat boleh main game. Teruk no anak pak usop ni la hai. Sorry la bapakku, tumpuan anakmu lari sebentar semester ini.


Muka minta penampar *saya yang memakai kain batik dikepala.


Tak terkejar segala benda. Sob sob. Okay. Abaikan itu semua. Isnin paper akhir then merdeka untuk sebulan. Wee.. itu saya suka. Duduk rumah~makan~tido~makan~tido~main game~makan dan tido juga. Kui kui. Teruk punya anak dara. Macam mana nak jadi calon menantu solehah kot gini gaya nya. 


p/s: Ehem~Ehem~ Disini saya ingin menyatakan jutaan terima kasih kepada anda kerana masih mengingati saya. Terkilan sikit je. Walaupun kiriman itu dari orang lain tapi anda masih menghargai kehadiran saya. Itu pun sudah cukup bagi insan yang lemah ini. Semoga perjalanan anda bergerak dengan lancar dan menjadi insan yang cemerlang. Saya doa dari jauh. InSyaAllah. 



Wassalam



Saturday 12 January 2013

Perginya tak akan kembali



Assalamualaikum w.bt


Saat mata terbuka, kau hilang dari pandangan kami
Saat mata tertutup, kau masih bersemadi di hati kami
Al-Fatihah


Tanggal 9 Januari 2013 yang lepas, tepat 12.00 pm tetiba rasa nak sangat tengok handphone. Banyak panggilan yang tidak disangka-sangka termasuk mesej dari mak dan abang. Menitis butir-butir air mata saat membaca mesej yang disampaikan. Allahuakhbar. Perginya seorang insan yang bergelar ayah kepada mak ku, datuk kepada kami cucu-cucunya dan Tok nyang kepada cicit-cicitnya. Perginya tak akan kembali. Perginya menghadap ilahi.

Terkenang saat-saat diwaktu sihatnya. Bebelan dan kecerewetannya di malam raya sangat membingitkan telinga. Beban sakit yang ditanggung akibat jatuh sehingga terlantar tanpa melakukan apa-apa. Saat kerinduannya pada arwah anak lelaki yang paling disayanginya meruntun sedih dijiwa kami. Namun itu semua menjadi kenangan yang abadi pada kami. Perginya diiringi awan mendung yang berarak. Menyampaikan mesej bahawa perginya menghadap penciptanya dan setiap yang hidup pasti akan pergi jua.

Pemergiannya mengulangi peristiwa yang sama seperti saat permergian abang iparnya, Tok Darek. Meninggal dalam tidur - Bangun pagi seperti biasa. Diberi makan dan minum. Beberapa jam kemudian mengejutkannya dari tidur namum tiada reaksi lagi. Allahuakbar. Kami redha dengan pemergiannya. 


Tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah


Wassalam