Monday 31 December 2012

Kahwin?



Assalamualaikum w.b.t


Tetiba pulak nak cakap pasal topik kahwin. #Eh buang tebiat ke? NomNomNom..Ni semua sebab moi twin la. Gara-gara I tweet yang ke-2027 dan reply dia punya tweet so dia kata nombor tu nombor kami masing-masing akan kahwin. *Glurp. Tertelan air liur I okey. Mula-mula macam blur je. Kahwin tahun 2027 ke kahwin masa umur 27. Kemudian dia jelaskan kahwin masa umur 27. Kalau tahun 2027 memang lah tua dah.. *Ehem-ehem.. Sambil membetulkan tekak. Gayanya I kahwin dulu la nampaknya sebab I lagi tua dari moi twin. #Zupp.. Terlibas sekejap.


Wee.. I mana ada calon meh. Then moi twin kata   "hehe, dlm msa beberapa taun slps ni, siapa tau kn. Allah punya kuasa"  :)


me: setuju2..itu sangat betul..
moi twin: yeay! Sy pon sgt setuju klau yana pon setuju kwen dlu
me: haha.. .. itupun kalau serunya awal la.. *glurp


Membebel-membebel dekat twitter then nak tengok siapa yang naik pelamin dulu. Kalau serunya awal dan jodohnya sampai kahwin lah awal ye moi twin. Itu semua kuasa dari-Nya.


p/s: Makan-makan.


Wassalam



Wednesday 26 December 2012

You are 53 now Ayah



Assalamualaikum w.b.t

Wehhooo.. 
Selamat menyambut ulangtahun yang ke-53 to my beloved ayah.
Alhamdulillah ayah masih tegap dan masih sudi menjaga kami anak-anak mu sehingga kini
Semoga Allah melimpah kurniakan ayah dengan kesihatan yang sihat dan rezeki yang tiada hentinya




As your daughter, I hope that you always be healthy
Be strong in whatever situation that you face it
You know what I'm always behind and beside you
You always in my heart and always be my beloved person that others can't fill in
I'm always support you



I will make you happy and I try to full fill your wish..
We go to Mecca together
Back to Lumut and recall back all of your memoir
InSyaAllah


If I'm married one day, I still be your beloved daughter
You always in my heart
Why you special to us because you celebrate birthday for two times
You are unique to us


I'm not with you on 1st January but I'm with you on 25th December
That two dates is my loving date whereas you are here with us
Love you so much

you beloved first daughter,
Lyana Yusof


Wassalam


rintihanku1



Assalamualaikum w.b.t

Tika rabu memunculkan diri
Sepucuk surat tiba
Terkelip-kelip mata melihat dan membacanya
Degupan jantung berdetik tidak seirama
Akal mula berfikir rasional
Hanya satu yang terlintas
Jangan ada yang melibatkan kesihatan
Allah itu maha mengetahui
Jauhikanlah kami dari dugaan-Mu yang jauh lebih berat
Sesungguhnya kami bukanlah hamba-Mu yang kuat untuk hadapi segalanya
Kami hamba yang lemah

Tak ralat dengan kemunculan
Penat menghadap segala kerenah
Tak ada pun tak kisah dah
Kerana tempat bergantungku hanya penciptaku dan juga ibubapa ku
Kekuatanku hanya pada mereka yang mengasihiku


Wassalam


Monday 24 December 2012

kami dikatakan kembar



Assalamualaikum w.b.t


I know her last semester. But we did not talking to each other. Its start this semester whereas we have been closed like she is my twin. And my friends call us twin because we are almost have same characters. Kuikui..There my superb friend and also my twins..  Jeng jeng jeng..






*Kami perosak gambar*



*Berlagak yang amat tu* Pergghhh.. Tak padan pakai baju kurung/kebaya ganas tu tetap ada.



*we again ruined the picture*


Wassalam..


It's the best thing why I love to stay at home: HIS STORY




Assalamualaikum w.b.t

Mengira detik untuk menjawab final exam. Semoga dipermudahkan urusan. I am happy now because ada dekat rumah. Weeee..Before balik siap buat drama dekat MC sebab tak dapat tiket nak balik. Seriously selalu kalau beli on the spot, dapat je tiket. Then tetiba nak balik kali ni, tiket semua habis. Erk.. Telefon mak kata tiket takde. Then berairlah mata  sebab memang dah set dekat mind nak balik malam tu juga. Alhamdulillah dapat juga tiket akhirnya setelah kakak kita tolong cari dan belikan. Bukan kakak kandung sebab kita takde kakak tapi kakak dekat U.. Thank kak aini..


Yang seronoknya bila balik of coz macam-macam cerita kita dengar. Parent always make we happy right. They understand us more and more. That why we have to love them more than others. 


Apa yang saya buat bila dapat balik rumah mak ayah. Of coz cari makanan. Makan makanan yang dimasak mak sendiri lagi puas dari makan dekat luar. Dekat rumah nak makan apa pun tak kisah sebab duit tak keluar macam air. Yahoo.. It's the best thing why I love to stay at home.  Kedua dapat main dengan kucing sendiri. Wee.. Saya pencinta kucing.. Tak kisahlah kena gigit sampai tangan jadi bengkak ke apa ke tapi saya memang suka kucing dari dulu lagi. And now Dutdut dah besar dan suka mengigit orang. Lasaknya dia and sekarang tengah fikir sama ada nak bawa Dutdut pergi Gemas ke tak masa Kak Ina kahwin. :(  Nak tinggal rumah macam susah je sebab Dutdut tak pandai nak cari makanan sendiri lagi. Tambah-tambah Dutdut masih belum dilepaskan ke dunia luar.



The most story yang paling suka--> ayah cerita pasa Navy. Memang dari dulu sampai sekarang tak pernah bosa. Story about macam mana dia terlibat dengan dunia perkapalan, pengalaman masa belayar. What happen in his life. And why he decide to stop from that life. Eh.. Why I love the story of NAVY more. Adakah jodoh saya dengan orang yang bekerja dengan NAVY atau seangkatan dengannya. *Glurp.. tertelan air liur


Hari ini ayah cerita pasal kebanyakkan NAVY ramai juga yang gila. Macam mana tetiba terkeluar topik sebab tadi lepas hantar balik atok wan kat kampung nampak sorang pakcik ni macam tak betul je. Then tanya ayah orang tu gila ke. Ayah cakap taklah. Dia memang macam tu. Me like 'erm okay'.. But still fikir dan berfikir lagi.


Ayah sambung lagi cerita pasal macam mana kebanyakan NAVY boleh jadi gila. Me: Tekanan kerja.. Ayah pun jawab it's YES. Siapa tahan kalau kerja NAVY asyik kena belayar je. One of example like my father yang memang sentiasa belayar. Sepanjang mak ayah kahwin dan duduk dekat Lumut hanya beberapa kali je ayah ada dekat darat. Almost dia dekat laut je dan belayar..Pity my mom sebab stay sorang-sorang dekat apartment Lumut. 


Kalau orang kata nama pun kerja NAVY memanglah kena belayar. Yeah it's true. Tapi tak semua orang bernasib baik sebab ada orang belayar then balik boleh rehat2 dulu. Tetapi ayah saya baru sampai darat kena panggil lagi. Then baru je masuk bengkel dah kena panggil belayar. Because of that circle life, he apply MINDEF. Tetapi bukan rezeki nak ke MINDEF sebab dapat pun setelah ayah berhenti dari NAVY. Kalau perlantikan dan perpindahan tu sampai awal sikit kami bukan disini. Kita merancang, Allah yang mengaturkannya. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.


Back to words of crazy. This is a funny story that my dad tell to me today. Ayat permulaan ayah tadi. 

Ayah: Ayah pun gila juga.  
Me: hah!!!!


Ayah sambung lagi. Dulu masa kerja ada la sorang Sarjan kalau tak silap, suka suruh ayah buat kerja. Kira macam suka buli orang and arah-arahkan orang. Then ayah tak tahan, ayah kejar that person dengan kayu or something la. Tak sure. Seriously kelakar gila. Lepas tu kawan ayah cakap dengan that Sarjan. 'Sarjan, you jangan main-main dengan budak tu, dia tu GILA'. Haha.. Lepas tu memang sarjan tu tak berani nak buli ayah sebab dia ingat ayah gila.. kuikui.. Padan muka. Suka buli orang terima padahnya. And the truth is my DAD tak gila pun. Saja je buat macam tu supaya orang tu sedar jangan nak buli orang je.



But about TEKANAN itu adalah betul. Ayah sendiri mengaku tekanan kerja boleh buat kita jadi tak betul sebab one of my dad's friend jadi tak betul dah sekarang sebab tekanan. Maybe sebab kerja ataupun family. Yang sorang lagi sampai boleh buang-buang duit macam tu je selepas dapat gaji. Bukan buang dengan enjoy tapi campak or lambung duit tu ke udara. Boleh bayangkan betapa stress nya diaorang. Tapi itu dululah. Sekarang Navy tak macam tu kot. Sebab masa ayah kerja dulu, time tu komunis semua ada lagi. Sekarang Malaysia dah aman. InsyaAllah..



He's always be my HERO.. Love you ayah.



Wassalam



Tuesday 18 December 2012

Transformasi Diri Penentu Destinasi



Assalamualaikum w.b.t


Date : 16th December 2012
Time : 1800-2300
Venue : Strait Ballroom, Holiday Inn, Melaka

Theme:   "ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA"

Dear  NURLIYANA BINTI MOHD YUSOF
YOUR ARE CORDIALLY INVITED TO ATTEND
"TRANSFORMASI DIRI PENENTU DESTINASI"


Last Sunday I've attend the dinner of my faculty and what I want to said here is, it can be superb night. This is the second dinner for the second year at UiTM. 



have fun with the props






lari dari ballroom just to capture pic











and WE the most that always ruined the picture 



love u'olls.. new moment that create on that day..
bila si 'dodol' minta dodol
bila si sengkuang nak amek gambar dengan hulubalang@hululalang juga
bila si ayon asyik nak ke ladies.. oppsss
bila si dayang asyik menjulingkan mata  *jeng jeng jeng
bila dinner tanpa Jat@'abg' jat..
but it a happiness time that we together..

Wassalam


Monday 17 December 2012

didn't expect



Assalamualaikum w.b.t

What a depressed semester when people around you did not same with the last semester and when they change already 100%.. Not 1% or 10% but it 100%.. Of course you will shock more. I hope it will be better and better for the next time. I hope it will back to the early acquaintanceship. And please jangan jadi seperti kuih talam. Bermuka-muka. Depan cakap lemah lembut tetapi belakang mengumpat.

Final was here.. Study and have a good result.. InsyaAllah.. pray more..

Wassalam

Saturday 15 December 2012

Hoping it will be better



Assalamualaikum w.b.t.  

It a nice day today.. 
Done with the marathon.. fuhh.. 
Sangat lama tak lari jauh. *Lost sekejap
Sekali sekala join seronok juga. 
Berterima kasih pada sahabat yang ajak kami.  :D





Alhamdulillah semester ini akan berakhir tak lama lagi. Semester baru, pengalaman baru, ilmu yang baru bakal menanti InSyaAllah. Moga mendapat kerahmatan untuk kesemuanya. *feeling excited  InSyaAllah yang berlalu jadikan panduan pada masa hadapan. Yang bakal datang hopefully tidak mendatangkan debar yang kencang yang kadang-kadang sangat-sangat tak terduga.


Ujian dan dugaan sentiasa datang dan pergi. Bagaimana kita atasi, itulah merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan. Membiarkannya sahaja tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian, but sometimes we need to solve it. How to solve, it depends on people. Yeah. Smile and think positive. Dekatkan diri dengan Allah serta doa banyak-banyak minta petunjuk dari-Nya. Apa yang berlaku Allah sahaja yang tahu. Kita sebagai hamba dan umat Rasulullah harus atau wajib ikut perintahnya bukan membelakang atau menyindir islam. Wallahualam..


Segala yang berlaku orang kata tangani dengan kematangan yang ada dalam diri kita. Tetapi segelintir manusia yang bijak berhujah adakalanya tergelincir dari landasan kematangan itu. Bila marah menguasai diri, segala nya habis dilontar tanpa disedari diri sendiri.


Tidak perlu untuk kita melihat jauh mencarinya. Pandanglah dan renungkanlah diri sendiri. Ia berlaku dalam hidup kita. Cuma kita yang tidak pernah sedari. Hormat privasi orang serta tutup keaiban orang tersebut. Bukannya menjaja cerita kepada semua orang. itu diibarat memakan darah daging sendiri. Cerita yang diputar belit seperti tali yang bersimpul boleh memakan diri sendiri. 


Apabila si A bertemu si B dia bercerita tentang si C. Kemudiannya, si B terserempak dengan si C. Disampaikan cerita yang tidak baik malah ditukar klimaks dan penghujungnya sehingga menyebabkan si A berbalah dengan si C. Adakah itu suatu situasi yang baik? 

ATAUPUN, apabila si A update satus di twitter berkenaan apa yang dia rasa. Then, Si B pula mahu meng'update' status namun status itu menyindir si A. Walhal status si A itu tiada kena mengena dengan sesiapa. Perlukah kita menunjukkan keburukan kita pada orang ramai. Seperti bunga tahi ayam. Rupa sahaja cantik tetapi bau nya sangat busuk..


Orang yang suka mereka-reka cerita dan melaga-lagakan orang mungkin tidak sedar bahawa dirinya banyak melakukan suatu perkara yang tidak baik dalam hidupnya. Tahukah dia bahawa segala tindak tanduk nya dicatit oleh malaikat. Segala yang di lakukanya akan dipersoalkan di akhirat. Tidak perlu kita saling dengki mendengki dengan orang. Doa banyak-banyak supaya didatangi dengan kebaikan dijauhi dengan keburukan. 


Adakah dia akan bahagia? Adakah dia akan mendapat keberkatan dari Yang Esa. Wallahulam.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tahu bahawa semua orang pernah melakukan kesilapan dan aku mengaku juga aku banyak melakukan kesilapan sama ada dalam keadaan sedar, amarah dan sebagainya. Kita memang takkan lari dari semuanya. Namun, haruslah kita sedar kembali dan berfikiran rasional bahawa kembali ke arah jalan yang benar. Bukannya menuju ke jalan yang hitam..


Doakan saya dan berharap menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Saya juga mendoakan kalian diluar sana termasuk sahabat-sahabat ataupun kenalan diluar sana. InSyaAllah..


Wassalam



Tuesday 11 December 2012

I'm strict




Assalamualaikum w.b.t.

Noted here: Baru sahaja beberapa minit classmate menyatakan bahawa kelas batal.. Happy la kan.. Siapa tak happy bila kelas batal ye dak. Rasanya kelas ganti takde dah kot sebab silibus pun dah habis.. yahoo..   BUT3x mood bertukar kepada stress sebab esok ada test. Okay itu sangat merosakkan mood saya. Kegembiraan hanya sebentar kerana saya perlu membuka buku untuk menelaahnya supaya esok masa test takde la terkontang-kanting sorang-sorang time nak jawab. No No No it's okay. Think positive. Setiap kali kita belajar confirm ada ujian kan. So usaha itu penting. Sebelum buka buku kita buka facebook, twitter, blog dsb. Itu dia student yang tak bertauliah. HEHE. Masih lagi dengan dunia sibernya. Rosak anak pak Usop kot gayanya gini. Potong Broadband. *itu tidak perlu   -.-"

Minggu-minggu terakhir ni masih lagi berperang dengan assignment. Kalau diikutkan dah siap hantar dah. Tapi apabila lecturer menggunakan kuasa vetonye menundakan tarikh penghantaran memanglah semuanya dilengah-lengahkan. Padahal kalau ikut tarikh yang dibagi sebelum ni, tak payah nak perah segala info bila nak hujung-hujung sem ni. KRIK KRIK   >.<

Bila assignment melambak, mulalah rasa gelabah je. Tambah-tambah kalau buat last minute ye dak. It's them. ME?  sometimes but I'm prefer untuk siapkan awal sebab nanti tak menyusahkan hidup. Sepanjang 3sem ni memang muka aku je dok kumpul segala bahagian report assignment. Paling rasa sangat geram bila masing-masing hantar bahagian mereka pendek, sesingkat yang boleh. Tak faham dengan style mereka. And mereka pun mungkin tak faham dengan style aku.. Whatever la. Mesti lepas ni korang rasa serik dengan aku kan.. haha  *gelak kejam+tersipu-sipu . Okay itu tiada kaitan..

The truth of me is I'm strict with the report assignment. Tak kisah la apa jenis assignment pun. Kalau buat report mesti nak panjang-panjang sebab kalau pendek-pendek rasa sangat tak puas hati. Selagi boleh cerita secara detail, kita cerita dalam report. Kenapa nak ambil point penting tapi tiada huraian. Biar cerita tergantung macam tu memanglah tak sedap apabila dibacakan. 

To my members group, I'm SORRY if I'm strict with you. I have to. Kalau boleh nak kumpul segala maklumat cepat supaya dapat di 'combine' kan sekali. Then hantar dekat lecturer. Aku nampak macam paksa korang kan. Ya.. It's true maybe. Kalau buat last-last minute semua kerja tak jadi. Tambah-tambah aku yang kumpul and aku tak suka nak stay up sampai subuh macam sem-sem lepas. Aku kena edit orang punya, aku kena baca, aku kena tambah infromation. Semua tu sangat rumit. Kalau korang bagi awal-awal, senang aku nak edit. Tak payah aku nak rushing semak semua..


Lastly, guys  --------->>    I'M SORRY



Wassalam


Thursday 6 December 2012

Tidak sempurna seperti yang lain




Asslamualaikum w.b.t..


'Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata binasa diri'


Memang terasa la tempias-tempias nya sekarang.. Ya.. I'm feel guilty more than ever.. Saya bukan sempurna seperti Rasulullah S.A.W.. Tapi saya cuba mencari kesempurnaan dalam diri saya.. Saya cuba baiki ketidaksempurnaan saya itu.. Maafkah lah kekhilafan dan kealpaan saya ini. Kadang-kadang perbuatan saya berada luar jangkaan saya sehingga tiba satu detik yang membuatkan saya sedar bahawa saya telah jauh dari-Nya.. Mengeluh itu satu perkara yang tidak baik dalam hidup kita sebagai seorang Islam.. Itu tidak dinafikan bahawa diri ini juga kerap mengeluh apabila tetiba sedar bahawa saya telah jauh dari landasan yang benar..Maaf Maaf Maaf kan lah saya wahai sahabat.. Banyak benda yang berlaku membuatkan kadang-kadang saya tidak dapat mengawal emosi saya.. Saya tahu itu boleh membuatkan saya jadi terumbang-ambing.. Ikhlas dari hati ini, bahawa saya bukan sempurna seperti orang lain.. 



Ya Allah.. bantulah hamba-Mu dengan mendekatkan diri ini pada-Mu.. Bantulah hamba-Mu ini menyucikan dirinya..

Monday 3 December 2012

What event? ----> Clean,Games&Fun




Assalamualaikum w.b.t.


Sekarang boleh rasa sangat lega bila event selesai.. What event eh?  Event for the course subject.. Wajib buat sebab ada carry marks for the final exams.. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepas.. *Fuhh fuhh fuhh..... Lega..(dah macam orang pregnant pulak nak fuh fuh bagai)..



Memang 2-3 minggu ni rasa macam-macam.. Nak marah, nak menangis, nak ketawa dan nak macam-macam lah sebab terlampau stress. Lots of thing happened before this event.. You know what, kami di marah, di perli dan sebagainya.. Yeah.. Maybe it's our fault because not heard others.. Suka buat kepala sendiri then moody because of certain matters.. Huhu.. so sad liao.. But we try to think positive and hoping that our event will be smooth. And Alhamdulillah.. Today our event went very smoothly.. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang lain kerana kerjasama yang anda bagi tersangatlah bernilai.. Bangga dengan kalian kerana sanggup berpenat lelah dalam menjayakan event kita..Especially thank to students from UKM(kelab kesenian&budaya) yang sanggup terima jemputan dari kami.. 



that our mascot 'Statue of Nature'.. seiring dengan event yg kelas kami lakukan.






time for games ---> rebut kerusi..
habis patah tiga kerusi budak-budak ni buat.. and the most important is saya dapat kalahkan sir.. ehem2..  *bangga disitu 






itu dia lady bird besar punya.. *uhuk..uhuk.. lecturer kami yang sempoi tapi cepat touching kott..  huuhuu












crazy classmates yang macam-macam kerenah but very happening.. marah-marah, bergaduh, bermasam muka, bengang, nangis tapi kami tetap satu iaitu 3B..





Disitu lecturer yang dibuli student ya..dipaksa pakai peralatan maskot kami 
*Statue of Nature
Wajib pakai kerana kami telah merampas takhta dengan menjuarai maskot yang tak tahu la cantik ke tak.. yang penting ongkos nye tersangat la kecil but still creative maybe.. hee.. cc: to diela(classmate) yang meng'design'kan daun-daun ni..




Berakhirnya acara dan kami jugalah yang terakhir pulang.. posing-posing depan banner sebentar..



Balik --> rehat sebentar --> mandi --> solat --> tidur tak ingat dunia --> sedar2 dah lewat petang




Badan sakit tambah dengan keletihan teramat.. Thanks to MPP UiTM KBM sebab sudi hadir dalam acara kami.. All of our lectures yang stay jauh, thanks sebab datang and support our events.. Love you guys.. Proud..


Wassalam  :p











Saturday 1 December 2012

Malaysia join Farnborough Airshow 2012.. Teruja




Assalamualaikum w.b.t.


Did you know about Farnborough Airshow 2012?  you know? you know? or you don't know? This airshow an international event whereas lot of countries joined to this exhibition to show the different types of aeroplane, jet and else. How I know about this event?  There was one day, my friend and I bought the newspaper which is in that newspaper there have an article  about this event. My friend so exciting about this article where me like biasa-biasa.. Sampailah suatu hari bila our lecturer suruh cari one event for the individual assignment then critique.. Punyalah blank otak masing-masing fikir.. try to brainstrom..Tetiba teringat pasal this big event and automatic I decide to do it.

You know what mula-mula memang rasa macam biasa je bila cari information pasal this event. Then tetiba nampak satu video pasal Airbus dimana Malaysia Airline joins. Almakum, Malaysia baru dapat A380.. okey itu masih belum membuat saya teruja lagi. Decide to watch the video..ketika menonton this video pertunjukkan, seriously berubah 360 darjah..  Semua kapal terbang, jet bukan hanya sekadar tunjuk sebagai pameran.. tetapi mereka membawa semua kapal terbang dan jet sebagai pertunjukkan di ruang angkasa..macam mana rasa kagum itu timbul apabila melihat Airbus380 Malaysia Airlines di bawa oleh pilot sebagai pertunjukkan diruang udara dan hanya terbang rendah je then ambil pusingn  45 degrees.. woaahhh... it's superb and awesome...




Itu bukan kapal yang kecil.. A380 merupakan kapal yang sangat besar dan yang menggantikan Boeing 747-400 yang telah berkhidmat lama dalam MAS.. sayap kapal ni je lagi lebar dari landasan..WOOOAAAAHHHHH.. seriously kagum pada pilot Malaysia yang bawa A380 dimana mereka berani menerbangkan kapal sebesar ni dan mengambil risiko untuk membawa penumpang dalam jarak perjalanan yang sangat jauh..








guys you have to watch this video..If you want.. Tidak memaksa.. TQ



Wassalam