Thursday 27 September 2012

comfortably wearing hijab


Assalamualaikum wbt.


It is weirdo if we wear hijab?  
Especially using the big hijab
Then for sure la among your friends they will called you 'ustazah' right. 
For me the word of "weird" just only suitable to people who like to called ladies that wears the big hijab 'ustazah'. 
Sometimes it's depend on people how they berhijab. 
Looks comfortable, nice was okay what. 
So please don't judges them. 
Be understandable person in this world.

Wassalam

Wednesday 26 September 2012

"kecil hati"


Assalamualaikum wbt..


'Kecil hati'
Istilah ni mesti tidak pernah lari dari hidup kita kan..
Tak kiralah dengan sesiapa pun
Baik dengan keluarga, adik beradik malah kawan sendiri
Sama ada sedar ataupun tidak
Bila hati 'terasa' dengan perlakuan orang,
dalam sekelip mata sahaja mood boleh berubah

Kadang-kadang bila kita di atas, jangan hidup ini terlampau meninggi diri..
Bila kita di bawah jangan malu dan segan untuk menonjolkan diri..

Pape pun, dapat kawan baru jangan pinggir kawan lama..hikhik..
kawan lama tu lagi memahami diri dari kawan baru..
hargai mereka sebelum mereka pergi dari hidup anda.
And the lastly, jangan pilih kasih

*Join pilik kasih kat tv tu takpe..


Khas peringatan buat diri  :p

Wassalam

Saturday 22 September 2012

it's making sense

me ------------------>   HEARTLESS


MAYBE.. 
Just want to say.  Ya..I can be heartless for certain thing
Jangan menaruh harapan, jangan mengharap
Sometimes it's may be will make people hurt
Sometimes i'm not realize that
So please do not have hard feeling to me

I'm a different person
Lot things that I want to do in my life
Especially to my family
Don't expect that the relationship will be upgrade in short time

I just want to say NO..
I want a husband till Jannah, don't want a boyfriend till Jannah before 'halal' relationships..
Maybe I'm cruel
but this is my Principe..

I don't want my family disappointed with my attitude as their daughter.

Then if you really want that girl be 'halal' for you, why not you decide to married her.
see her family then minta izin untuk dijadikan wife.
Don't think that married life is easy to handle
there have lot of commitment


As a human we just plans, while the rest it depend on our 'usaha' and du'a



Wassalam


Anak emak ker


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Pagi yang indah di rumah family sambil mendengar lagu maroon5..

"Yeww.. Anak emak ke awak ni?? Baru dua minggu untuk semester baru tapi awak dah balik rumah.." 

Ehem ehem..  *sambil membetulkan tekak 


"Ish.. Kita memang la anak emak dan AYAH sekali okay.. Kalau dorang takde, tak wujudlah kita yep. Ala kita nak balik rumah jugak.."  *sambil menghentak kaki


Disebabkan selepas ini sibuk teramat dengan assignment yang dah menimbun depan mata even baru je minggu kedua, dengan hati yang memberontak sejak dari minggu pertama lagi akhirnya buat keputusan balik rumah juga.


"Eleh.. rumah awak dekat bolehlah nak balik"   *Ada rasa macam nak bagi penampar je pada yang berkata begitu. Eh mana ada dekat. Satu jam suku juga kalau naik bas kot. Walaupun sebelah negeri je dan ingat kita rajin sangat ke nak balik. Nama je sebelah negeri tapi nak balik tu jarang. Bukan tak nak balik tapi komitmen yang melambak tu mengehadkan masa untuk pulang.



p/s: Dutdut dah demok cangat.. baru dua minggu tak jumpa.. makin menbulat perut. lagi besar dari kepala.


Tuesday 11 September 2012

Hati vs Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim
As Salam

Hati? 
Apa itu hati?


Sahabat?
Apa itu sahabat?

Hati dengan sahabat ni boleh berkaitan ke
Terpulang pada diri masing-masing kan

Kalau kita manusia selalunya sibuk sangat hendak jaga hati sahabat
Sikit-sikit sahabat
Hati sendiri tak peduli lansung
Kalau sakit pun diam-diam je
Yelah sahabat lebih penting dari hati sendiri

Kalau semua benda nak buat perlu tanya sahabat sama ada dia suka atau tidak pun susah juga.
Memang kita kena jaga hati sahabat tetapi hati kita pun kita perlu juga jaga.
Berbincang mungkin boleh memuaskan hati masing-masing kan.
Bukannya buat keputusan yang melulu.

Bermusyawarah beramai-ramai dapat mencari satu keputusan terbaik.
Insya-Allah..

Wassalam

Saturday 8 September 2012

Jauh dari negeri kelahiran ku

As Salam..



"good luck for the new semester guys"

are you happy?
are you feel excited?
are you feel nervous?
are you feel comfortable with the result of last semester?



DONE !!!


if you asking me the question like that

my answer will be 50/50

not because I'm not in good mood or else..
but i don't know why for this semester i feel like so sad..
feel like some stone was put on my shoulder even this semester not start yet


will miss everything that happened hold the 'cuti' semester
will miss my family more and more..
miss my friends..
miss my cats..
miss my room..


but this is reality..
we want or not it still happen..
so i try to think positive..
this is my future..
i must fight with everything..
Hope my istiqomah will be more bless by HIM..



'Sesungguhnya bantula hamba-Mu ya Allah, kuatkanlah iman ku ya Allah, tabahkanlah hati ku ya Allah, jauhkanlah anasir jahat serta dugaan mu dari kami ya Allah'

Amin



Wassalam

Monday 3 September 2012

Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku

As Salam..

Allahuakhbar..Allahuakhbar.. Allahuakhbar..

Sungguh ku terkedu tika membaca ceritamu wahai sahabat. Sungguh ku hiba sehingga terasa sayu dihati ini  tidak dapt diungkapkan dengan kata-kata. Tidak ku sangka hidupmu sungguh perit. Tidak ku duga disebalik nasihat dan kekuatanmu sebagai anak, pelajar dan juga pembimbing dirimu diselubungi pelbagai dugaan dan ujian yang getir dari-Nya. 


Sesungguhnya sahabatmu ini tersangat merinduimu. Merindui senyummu, ketabahanmu, tawamu, kecekalanmu. Allah itu maha mengetahui segala perjalanan hidup umat-Nya. Disebalik ujian yang menimpa pasti ada kebahagiaan jua. Tabahkanlah dirimu wahai sahabat. Kuatkanlah dirimu untuk meneruskan perjuangan kita sebagai seorang umat islam. 

Tidak terduga sungguh besar dugaan yang menimpa sahabat. Dari satu dugaan ke satu dugaan. Hanya doa dapat sahabat titipkan buat dirimu disana. Semoga Allah permudahkan urusan mu dan menjauhkan segala ujian yang lagi besar dari hidupmu.Walaupun sahabat membaca banyak kali, sahabat tidak dapat menahan kesedihan. Berat bahumu wahai sahabat untuk memikul beban ini. 

Tika ini terkenang kembali memori lama detik perkenalan kita. Kelembutanmu keayuanmu memikat ramai hati sang jejaka diluar sana. Alhamdulillah dirimu pandai menjaga segala tatatertib sebagai seorang muslimah. Kerajinan, usaha serta kepandaianmu akhirnya membuahkan hasil sehingga kini berjaya menjadi mahasiswi di sebuah Universiti. Alhamdulillah.. Dan kini berusaha menjadi pelajar yang berjaya, pemimpin yang berdedikasi, anak yang taat dan memahami serta hamba yang berusaha memantapkan iman. Nasihat yang tidak pernah putus dari mu walaupun hanya dari alam maya sangat-sangat membantu sahabatmu yang lain.


Bertahun perkenalan kita membuatkan dirimu kini lebih tabah dan cekal menghadapi segala ujian dari-Nya. Perubahanmu sungguh menjadi rujukan dalam hidupku. Keranamu wahai sahabat sering menjadi perintis ke arah islam yang benar. Insya-Allah.. Akan ku hargai usaha mu wahai sahabat. Teruskan perjuangan mu menyampaikan dakwah sedikit demi sedikit kerana ilmu itu sangat berharga.. Allahualam..

Yang merinduimu,
Sahabat


Wassalam..

Terjah jangan tak terjah

As Salam..

[Nada dering DH2]
'Di jemput menghadiri rumah terbuka saya hari ahad 2 september ..Majlis akan bermula pada jam 1200.. anda semua dijemput hadir .. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian bebas tol 1300*****5 .. Hahaha'

Received:
13:29:16
01-09-2012
from:
Ayh.Fakhri
+6017*******


Sekali baca siap ada talian bebas tol. Hemoi kau ayah, macam tu sekali. Kot tak datang sentap. Parah kami..hahah.. Dah nama pun sahabatkan, kami paksa diri rela kan diri datang rumah hang no. Datang lewat pun hang nak membebel no.. kalah Joyah kot.. Sampai hati untuk kami hang tinggalkan sisa makanan je. Nasib baik time kami sampai banyak makanan.. Kot betul la tinggal sisa makanan je, kami datang salam mak hang, then kami cabut la..hahah.. jahat tak.. hee.. Angan-angan yo lebih, buat eh pun tak..kuikui..Sampai-sampai je ada pulak si kaki sakat ni. ahah.. Habislah KAMI..

bila si ayah(hujung) bertemu kaki sakat(superman shirt) maka habislah kami yang didepan..  >.<


Then tetiba pulak rasa nak buat macam program melodi terjah jangan tak terjah ye dakk.. Tambah-tambah cuti tak sampai seminggu pun lagi dan raya masih lagi ada dua minggu. Pe lagi mari kita terjah rumah cikgu sekolah. Nasib baik rumah yang diterjah itu berpenghuni.. Kot takde hancur lah harapan nak jumpa cikgu..Macam-macam cerita timbul. Terkejut, sedih.. 

Dan-dan je masing-masing nak pergi rumah guru kelas. Then call je, teacher suruh datang malam. Okayy.. temujanji dah buat. GO On je la..  Thanks for the satays and curry puff.. nyum nyummy.. Story mory sikit pasal time sekolah dulu. Macam-macam cerita keluar. Gelak sampai nak pecah perut. teacher you have a great memories la. sedangkan kami sendiri tak ingat pasal student yang tak gosok baju for the whole two years.. hahha.. hope to see you again.. Insya-Allah..


they we're with the best teacher  :p

wassalam

Saturday 1 September 2012

happy day to tragic moment

As Salam..

Will be a great morning maybe cause I can't sleep. Fuhh.Pusing kiri and pusing kanan. Still same.. My eyes can't close. Aishh.. Tomorrow lot thing to do la sayang.. Mata oh mata.. Then tetiba otak ni berfikir banyak dan merunsingkan fikiran.. Then imbas kembali apa yang berlaku the whole day of Independence Day in my life today..

kes pertama (1545pm)
Memenuhi undangan rumah terbuka dari sahabat sekolah menengah. And yes before I reached to my friend's house, Fatin ajak pergi Tesco untuk membeli kipas. Pilih kipas sekejap je tapi menunggu untuk membayar di kaunter bayaran punyalah lama. Okay we understand cause the machine cashier has a problem.. Sabar menunggu even orang yang beratur nak bayar tu ramai juga. Sudah membayar kepada pihak terbabit, then gerak kutip member lain. Delivery kipas dekat rumah Fatin dulu baru sampai rumah member. Satu jam sudah kelewatan kami sampai member lain merungut cakap kami tak tepat masa. Hehe.. Apa boleh buat.. Banyak sangat liku-liku nya..


kes ke-2 (1825pm)
Sampai rumah je, berdegup kencang jantung. Hemoi-hemoi jiran seberang jalan sibuk buat open house dengan berkaraoke bagai. Kuatnya pasang lagu macam orang kurang pendengaran pulak. Pasang telinga kejap je untuk beberapa saat. Tapi sebab terlampau kuat rasa macam menganggu ketenteraman pulak.


Me   :  Eh, jiran sana buat open house ke mak?
Mak :  A'ah.
Me   :  Siap pasang lagu kuat-kuat pulak.
Mak : Tu yang ayah kau bising tu.
Me   :  Ni nak maghrib pun nak pasang lagu kuat-kuat ke. Dah tak reti-reti nak tutup.
Mak :  ... (silence)
Me   : (Then membebel sorang-sorang)


Tak kisah la kot nak buat open house sebab still dalam bulan Syawal kan. Tapi hormat jirang keliling itu adalah perlu. nak karaoke ke nak pasang lagu ke tak perlu nak pasang kuat2 sampai satu taman nak dengar. Kot sekejap takpe gak.. Sudah azan maghrib boleh pulak sambung menyumbangkan lagu.. 


kes ke-3 (2055pm)
Seperti biasa ayah keluar hantar mak pergi hospital. Rutin untuk beberapa tahun kebelakangan tidur dekat hospital jaga nenek. 


Sampai nya ayah dekat rumah:

Ayah: Nasib baik tak kena ragut.

Me: Hah?  (ke'blur'an)

Ayah: Tadi sikit lagi tak kena ragut. Kalau tak habis la.

Me: Dekat mana?

Ayah: Jalan... (menerangkan jalan yang dilalui). Dua orang I*****s. Ditarik-tarik nye beg baju mak kau. Terkejut ayah. Ayah siku2 orang tu then orang tu cabut. Kalau dapat plat motor tadi memang ayah terus pergi balai buat report. Gelap tu yang tak nampak plat nye. Mak kau tu lah suka bawa beg dia tu(beg tangan). Nasib baik orang tu tak nampak beg tu. Kalau tak abis sume. Bukan sikit duit dalam tu.

Me:  Tahu. Mak la degil. Dah cakap simpan duit dalam bank tapi tak nak dengar. Nasib baik tak dapat ragut.

Ayah:  Nasib baik tak jatuh motor tadi. Ayah tengok cermin rupa-rupanya takde kereta lansung dekat belakang. 

Me:  ... (tak terkata)


Dengar cerita rasa macam WHAT!!!!!!...  Memang terkejut gila-gila. Ni memang kerja gila betul. Then teruskan sesi perbualan dengan ayah. Lepas ni kalau pergi mana-mana naik motor jangan bawa beg.. Bawa duit terus masuk poket then zip (nasihat ayah).. 

Fuhh.. Rasa macam nak bagi penyepak je kat dua makhluk tu. Dah la g***p.. tunjuk gigi pun belum tentu nampak lagi. Kot dapat berita something happend dekat my parents tadi, memang cari sampai lubang cacing la. Memang sama-menyaman la ye.. Jangan ingat nak lepas macam tu je. Benda ni melibatkan nyawa my parents kot. Nasib baik tak jatuh motor. Then lepas ni memang nak bawa pisau pergi mana-mana la.. Then kot tetiba it's happens again memang aku tikam terus. Tak bagi muka dah. Melampau betul. Negara kita ni aman dan ada undang-undang dan cuba jadi manusia yang berguna sikit. Buat kerja tak berfaedah apa guna. 


mood = (Still marah dengan makhluk dua orang tu)  >.<

Wassalam