Wednesday 30 May 2012

As Salam..

Sesungguhnya aku tak kuat untuk menghadapi dugaan-Mu ini Ya Allah..
Jauhkanlah kami dari ujian ini Ya Allah..
Ia nya sangat besar bagi diriku yang kerdil ini Ya Allah..
Sesungguhnya aku tak sekuat dulu lagi..
Semakin rapuh diri ni Ya Allah..
Aku tak mampu nak berdiri lagi..
Hanya dengan doa dan sujudku sahaja aku dapat bertahan dengan bebanan ini Ya Allah..
Bantu lah hamba-Mu ini Ya Allah..
Sesungguhnya aku bukan diri aku lagi Ya Allah..
Sengsara mereka merupakann sengsara diriku juga...
Berikanlah perlindungan-Mu kepada kami Ya Allah..
Payungilah kami dari segala anasir jahat..
Kami pohon pada-Mu Ya Allah..
Tiada yang lain kami pinta selain dari-Mu..
Hanya diri-Mu yang seagung-agungnya Ya Allah..

Amin..

p/s: tak kuat nak hadapi nya lagi.. kuat kan diri demi keluarga yang tersayang.. Berikanlah senyuman yang manis buat mereka supaya mereka kuat hadapi segalanya.. Berapa banyak harus aku hadapi untuk keluar dari segalanya.. Berapa banyak harus air mata ini di buang lagi.. Berapa banyak harus tisu digunakan untuk diriku hapuskan segala deraian air mata.. Berapa banyak masa yang diperlukan untuk aku lupakan segala masalah.. berapa banyak masa yang perlu aku peruntukan untuk selesaikan semuanya.. Tak kuat diri ini untuk hadapi semua nya lagi.. walaupun senyuman diberikan tatkala hati menangis dalam sendu..


Wasalam..

Tuesday 29 May 2012

Melaka Wonderland diserang Gummy

As salam...

Jauh melangkah, luas pemandangan.. wait-wait.. luas ke??  Setelah berbulan-bulan dok tangguh je, akhirnya sampai sudah.. Then dah selamat sampai rumah kembali.. Cuti bermula so pengembaraan pun bermula.. Mari rakan-rakan kita jalan-jalan untuk release tension.. Chop-chop... tension ke saya??  Dok eh.. Saya dok tension pun.. Cume melepaskan rindu pada sahabat-sahabat saya yang dah lama tak jumpa.. Kalau jumpa pun mesti tak lengkap 5 orang..  masing-masing busy dengan assignment and study.. but today, we'll can make a reunion again.. Alhamdulillah.. dapat ketemu lagi..Bak kata bekas guru kelas di tingkatan 6, kami ni 5 dara pinggitan.. Mana-mana pegi mesti berlima.. 

Dimakah kami tuju.. Yeah, kami menuju ke Melaka Wonderland.. Tiket murah.. kami beli awal masa ada discount gile2.. gila la sangat.. tapi siyes berbaloi kot.. Memang la tempat tu dok besar mana pun.. Tapi seronok la bila masing-masing otak nye agak kegilaan kan.. Awal pagi dah gerak.. Selalu nya orang sampai-sampai terus serang an.. tapi kami sampai-sampai dok berkelah kat depan tu.. siap makan la bagai.. Sementara nak tunggu sepupu member sampai.. 


4 org pun boleh atas pelampung


bajet comei la wat gaya gitu..





Memang syok la bila naik pelampung ada tukang tolak.. hihi.. "khadam tolong tolak"... kuikui.. tak baik na panggil orang gi tu.. "korang tolak cepat".. hahah.. memang terbaik la bila bawa budak laki sekali.. ada jugak yang tolong kitaorang.. Syok gila bile kena simbah dengan air baldi besar tu. Sakit kot badan kena air simbahan dia..Then dah rasa panas menyengat gile.. pe lagi gerak g bersihkan badan.. 




Perut pun dah lapar sangat.. Tapi solat dulu.. Masjid selat tempat yang kami tujui.. Jangan ingat kat Terengganu je ada masjid terapung.. Kat Melaka pun ada gak.. Tak la besar tapi seriously cantik sangat-sangat.. Bangga dengan pembinaan dia..

Then, pi makan kat Oldtown Dataran Pahlawan.. Memang kenyang sangat-sangat.. bersyukur dimurahkan rezeki..Makan pun sudah.. Masa pun dah makin suntuk sebab ada member masuk kerja keesokan hari.. takut kepenatan sangat-sangat.. Destinasi yang dituju pulang kerumah..





Wait-wait!!!  Posing dulu tepi Dataran Pahlawan.. Siap suruh sepupu member tolong jadi photographer kami sekejap.. hihi.. kesian dia..penat dok layan kerenah kami. Takpe la.. bukan nye dapat jumpa lagi lepas ni.. Tunggu Fatma kawen la kot baru jumpa lagi..

Btw, penat tu tersangat la penat.. tapi seronok tu terasa sangat sebab dapat hangout dengan sahabat rapat.. next time kuar lagi..Insyaallah bila dipanjang kan umur kita kua ramai-ramai..



Wasalam.


Sunday 27 May 2012

will miss you Amel

Salam..

tutt tutt tutt tutt.. Deringan telefon berbunyi tapi tidak kedengaran.. Sekali tengok dekat phone  '1 missed call'...Then dengan hati yang tertanya-tanya siapa yang called.. Then buka tengok nama adik.. Call semula.. Then dia angkat sambil berkata..

"Amel dah takde"

"Hah?? "

"Amel dah takde.."

"Tak faham la.."

"Amel dah takde..Aku jumpa dia depan rumah Cik Ana.."

"Amel ke Acik?"

"Amel la.."

"Mati kenapa? kena langgar ke apa?"

"Tak tahu lah..Mati sebab sakit tua kot.."

Then aku pun 'okay'

Letak phone called.. Then pastu naik atas katil menangis la juga..Siapa tak sedih..Kita dah bela dia selama 5 tahun..5tahun bersama, main bersama, siap mandi kan lagi, bagi makan, bawa tidur, bawa balik kampung..Belai seperti anak sendiri.. Sekali dapat called cakap dah mati je..Sedih..Hiba sangat2.. Lepas ni tak dengar dah bunyi "Meow..Meow..Meow.."

Sampai je rumah, ayah cakap pasal Amel dah takde.. Then sume cakap tak puas hati dengan kematian dia.. Sebab semalam Amel still okay.. tak sakit pun.. sihat je..Then my family syak yang Amel kena pukul.. Malas nak buat kesimpulan.Just cakap dengan family.. "Dah sampai ajal dia..Kalau betul kena pukul, biarlah orang tu terima akibatnya di akhirat kelak.."  Tak sanggup nak buat spekulasi sendiri..Sebak sangat-sangat...

Amel, angah will miss you so so much..
InsyaAllah jumpa disana..
tak sempat nak jumpa Amel..
Kalau lah angah boleh balik awal mesti still boleh dapat jumpa Amel buat kali terakhir..
Rindu nak peluk Amel ketat-ketat..
Nak main dengan Amel..
Love you so much..tenang lah Amel dekat sana..
will miss you...(sedihnya)


Wasalam..  

Kalau masa boleh diputarkan

As salam..
Hye to readers,

Bismillahirahmanirahim


Detik ke detik.. 
Saat ke saat..
Jam ke jam.. 
Hari ke hari.. 
Selagi bernyawa hargailah masa yang ada.. 
Jangan bila dah terhenti anda menyesali segalanya..


Kalau kita tengok masa akan bergerak dan tak mungkin akan berhenti right... Kalau masa boleh diputarkan.. mesti korang nak macam-macam perkara diubah right.. same to me...kalau masa boleh boleh diputar seperti alat dalam poket doraemon, saya nak sangat ubah segalanya..Bak kata seorang sahabat, kalau masa boleh diputarkan, b*** pun boleh terbang...




Kalau selama persahabatan selama ini buat anda tak selesa dengan saya dan sering sakit hati dengan apa yang saya buat.. Kalau boleh saya taknak kenal lansung anda..Almaklum tak semua orang boleh terima perangai kita kan..Tak semua orang kita boleh puas kan hati nya.. Maaf kalau andai kata selama ini sikap saya buat anda jelik.. Sejujurnya apa yang saya boleh katakan.. Anda banyak berubah.. Sebelum ni anda seorang yang sangat-sangat ceria.. Sejak anda dengan dia anda lansung berubah.. Ingat tak yang saya pernah cakap dulu "kalau ko dengan dia aku taknak ko jadi macam pasangan tu..Lupa member sume.. Asyik berkepit je..pastu member dekat belakang ko lupakan" ... Jujur ye saya cakap.. Dekat semua member saya cakap benda yang sama.. Saya bahagia bila tengok sahabat-sahabat saya bahagia dengan pasangan masing-masing, tapi satu je saya minta.. Jangan leka dengan sesuatu perhubungan selagi belum sah.. Then jangan lupa member..That the important thing..




Tapi realitinya anda berubah 100%.. adakah anda tahu yang sahabat anda sangat kecil hati dengan anda.. Sangat-sangat kecil hati.. Cuma saya hanya berdiamkan diri.. Sejujurnya, tersangat banyak benda atau perkara yang telah anda buat menyebabkan saya sangat-sangat berkecil hati..Tapi saya senyap kan.. Saya tahu anda dalam dilema dan banyak masalah.. Tipulah kalau saya cakap, saya tak ambil berat pasal anda.. Sebagai seorang kakak, saya sangat ambil berat tentang adik-adik saya cuma saya tak tunjukkan.. Saya memang jenis pendam segalanya.. Kadang-kadang perasaan risau tu sangat menguasai tapi akal akan cuba sangkal cakap 'think positive yana'..sebab takut sangat bad thing happened.. but.. so sad.. i think u don't know bout it.. 

Kalau anda kata anda ada masalah.. Saya lagi ada masalah yang sangat besar..Okey dekat sini saya nak highlight kan.. Saya lagi ada banyak masalah.. Perlu ke anda nak tunjukkan masalah anda sehingga menganggu kehidupan harian anda.. Perlu ke???  Menganggu pembelajaran semua??? Sebagai seorang kakak saya tak nak adik saya leka dan lalai.. Masalah yang saya hadapi semua dari dalaman.. maksud saya masalah yang datang dari pertalian darah sendiri.. Family prob.. tapi saya senyap je kan.. Nampak kan saya suka huhahuha dan gelak ketawa dengan orang sekeliling saya, tapi hati saya..dalaman saya anda faham ke???  Tahukah anda saya menangis hampir tiap hari.. Tahukah anda, saya stress tiap hari.. Banyak benda yang saya fikirkan.. Cuma realiti nya saya tangani dengan ketawa.. bergembira buat kan hati yang gundah jadi riang walaupun seketika.. Tak perlu untuk saya tunjukkan kerisauan saya sebab ia akan menjejaskan mood saya dalam menimba ilmu..





Kalau jalan penyelesaian dengan menjauhkan diri adalah yang terbaik.. Okey.. Saya akan jauhkan diri saya dari anda.. Bersahabat itu masih ye.. Tapi untuk meluahkan segalanya saya lebih prefer tutup mulut saya dari berkata-kata dengan anda sebab saya takut anda makin kecil hati dengan saya.. Lagipun anda sudah berjumpa dengan sahabat yang sangat-sangat faham anda..Saya ni tak faham anda sebab tu anda menjauhkan diri dari saya..




Maaf sekali lagi jika saya banyak buat hati anda terluka..Moga berbahagia hendaknya..Jangan toleh kebelakang lagi ye sayang.. Hargai dia yang ada depan mata anda..Insyaallah dia jodoh anda..Banyakkan berdoa kepada-Nya.. Semoga dipermudahkan urusan didunia dan akhirat kelak..Sebagai kakak yang lebih tua dari anda dan pasangan anda, saya mendoakan supaya hubungan kalian kekal selamanya..Jagalah hubungan ini seperti mana anda jaga maruah diri anda dan keluarga anda..

Belajar rajin-rajin..Jangan ponteng kelas(jangan marah.niat baik sangat2)...Kalau kita gagal tapi dah berusaha sebaik yang mungkin it's okay klau kita down.. Tapi klau down lebih2, tapi usaha tiada, takguna nak menangis.. Sembahyang jangan tinggal dik.. Marilah kita sama-sama saling mengingati tentang solat..Walaupun kubur asing-asing, tapi sebagai umat-Nya, terdetik dihati untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama-sama...InsyaAllah..

Goodluck for the coming final ye sayang.. Sayang semua.. Jangan ambil hati dengan luahan yang diatas ye.. Luahan ini juga untuk si kaki bebel(penulis blog).. Peringatan supaya tidak jauh dari-Nya..


Wasalam..
Maaf jika luahan kali ini tersangat la panjang..



Friday 25 May 2012

ekspresi

Salam..

Otak sedang mula bekerja memikirkan topik atau tajuk yang hendak digunakan bagi memulakan report assignment. Owh, sayang tolong memberi kerjasama anda untuk memudahkan kerja tuan mu ini.. Sambil makan Mandarin Peel jari memulakan rentak dengan menaip segala ayat untuk dimuntahkan di dalam ruangan bebelan ini.. Tetiba teringat tentang ekspresi muka dimana dapat mengambarkan keadaan seseorang.. 



 Marah!!!

Mesti lah kita tahu kalau orang itu sedang marah hanya dengan melihat ekspresi muka je..Kalau marah mesti kita nampak muka orang tu macam bengang dan bengis je.. Walaubagaimanapun, kadang-kadang ekspresi yang ditunjukkan tak sama dengan apa orang itu rasa. Misalnya, muka orang tu garang.. Adakalanya adakah anda tahu muka orang itu sebenarnya memang begitu.. Mana lah kita tahu kan yang sebenarnya orang itu tengah gembira sesangat.. So jangan tuduh-tuduh orang tu you.. Tak baik.. Kita kena kenal dengan orang itu baru kita tahu dia yang bagaimana k..




Senyum seperti ini..Tapi jangan senyum lebih-lebih..

Kalau orang tu happy, mesti kita nampak orang itu senyum je.. Habis semua gigi orang tu kita nampak bila dia happy sangat-sangat. Segala perbuatan nampak halus je.. Yelah tengah bahagia.. Lebih-lebih kalau orang tu dapat tahu dia ada peminat setia.. Almaklum lah, tak pernah ada, tetiba pulak ada yang muncul kan diri.. Tak terkejut.. habis sepanjang hari lebar je senyum.. kuikui.. sampai tak nampak sahabat sekeliling dok perhati je.. jangan lebih-lebih you.. Malu taw..





sedih dengan mata yang bulat dan bercahaya..

Kalau sedih kita mesti nampak ekspresi muka orang itu suram.. Macam kucing minta makan.. Kan kalau kita perasan(tak tahu lah anda perasan ke tak..) sebagai pelanggan yang setia dengan kedai makan kat luar(terpaksa sebab student lagi..xde dapur) mesti kita nampak muka-muka kesian minta makan.. time-time camni lah hati tersentuh.. Ala janganlah you.. I nak makan ni.. Takmo Takmo.. takmo buat muka sedih tu.. Sayu I tengok you.. dengan muka tak bersalah, dia buat lagi muka sedih minta makan tu.. Nak tak nak, kita bagi je lah.. Kalau orang sedih tak salah kita nak comfort kan dia.. Bukan bagi dia lagi down k.. 

Dari ekspresi muka-muka tersebut, timbul la macam-macam conclusion kan.. jangan cepat buat spekulasi terhadap orang itu.. nanti banyak salah faham..

p/s: Btw, saya suka kucing.. Rindu kucing yang ada kat rumah.. Jom balik rumah..

 Wasalam..



Salam Jumaat yang indah lagi sejuk..
Sejuk sehinga ke tulang..
Hujan membasahi bumi Allah SWT..
Mulakan hari baru dengan sesuatu yang baru..
Pengisian yang baru..


Amin..
Wasalam.

Wednesday 23 May 2012

hati vs akal

Salam,

Setiap manusia diberi akal fikiran untuk berfikir.. Akal juga digunakan untuk membuat sesuatu keputusan yang relevan. Tapi kadang-kadang bila akal berkata 'ya' hati pulak sebaliknya. Bila akal kata 'dia kot jodoh aku' hati pulak akan berkata 'bukanlah' adakalanya hati dan akal selalu berselisihan faham tentang apa yang diinginkan.. Susah betul kita nak collaborate kan hati dengan akal supaya seriring dengan apa yang kita nak. 


Adakalanya bila hati mula dupdapdupdap itu semestinya nampak si jejaka gantang(gantang la sangat), akal mula melakukan suatu proses dengan mengeluarkan hujahnya 'Jangan nak mengatal. Tak pasal-pasal laki orang. Study dulu and grab your target to be a successful people'.. Lepas tu mulalah teringat pesan mak ayah.. "Belajar dulu. Bercinta kemudian.. umur baru setahun jagung dah nak menggatal"  <-- okay itu nasihat masa saya sekolah.. 

Sekarang bila sudah berada di tampuk peningkatan usia segala macam-macam ayat nasihat, bebelan pun masih disembur seperti machine gun memuntahkan pelurunya. Nanti ada lah saudara dekat malah yang jauh mula bertanya pada ayahanda yang tersayang. "Usop, ko bilo lai nak ado monantu. Den dah dapat sopasang ha". Kita yang dengar pun amboi ayat.. Kot tengah makan ke tak ke tersembur nasi ataupun tengah minum tersembur air kat muka orang depan.. Lebih-lebih kat depan kita tu si jejaka tampan.. okay jejaka tampan itu tipu.. 

Biasalah adat kehidupan.. Ada orang nak sangat tahu anak orang tu ada jodoh ke tak.. Apa boleh buat hati dan akal selalu memberi pendapat yang berbeza.. Bila hati kata nak kahwin cepat, akal cakap ko ingat senang nak cari suami yang soleh gitu.. Yang boleh menjamin masa depan kau dan sebagainya.. 

Hati oh Hati.. Akal oh Akal.. berilah kerjasama pada tuan empunya badan.. Susah lah kalau asyik nak bertelagah tak tentu hala je..Hancur lebur segala keputusan yang nak dibuat.. Doa selalu untuk dipertemukan dengan sang bertuah ye.. Ni kan bulan Rejab.. banyak-banyak kan doa.. Bukan doa yang bukan-bukan taw. Doalah untuk kesejahteraan hidup sendiri serta keluarga.. Jangan lupa doa dapat jodoh awal bagi yang teringin nak kahwin.. hee..

Wasalam..

Tuesday 22 May 2012

kalau ada hargai, kalau takde susah

Salam,

Hati manusia memang susah untuk kita fahami.. baikpun sahabat yang rapat, baikpun kenalan jauh, baikpun saudara dekat.. adakah kita mengambil inisiatif untuk memahami sesuatu situasi.. misalnya, minat sahabat kita?  apa yang sahabat kita suka?  tak semua orang akan peka benda-benda ni semua.. bak kata pepatah kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis jauh sekali.. jujur la dikatakan memang pun.. sometimes we have a problem, but our friends didn't know bout it. and didn't want to understand bout it.. sometimes they can be like 'whatever'  or 'problem ko apa aku kisah' and we just like ...   so pity right if we have friends like that.. ada juga  sahabat yang selalu pentingkan diri.. tak ambil tahu pun dengan perasaan sahabatnya.. yang dia tahu hanya keseronokan dia dan bergembira tanpa menghiraukan kesedihan sahabatnya yang lain..  really feel like jangan hanya senyum kalau terlibat dalam sesuatu masalah.. tak salah kita bertanya dengan sahabat kita, apa masalah dia.. selesaikan masalah.. bukan membabitkan orang lain.. 


my advisor syro


seriously, i'm very appreciate my lovely friends.. she's Syro a.k.a Syahira.. friend with her from my age 6years old.. maybe you'll tak percaya kan.. saya tak tipu.. dia lah kawan saya yang sangat-sangat rapat dengan saya.. semua masalah yang saya hadapi, pasti saya akan cerita dengan dia.. family problem ke, couple problem ke, friends problem ke.. pasti dia akan dengar masalah saya.. even dia busy macam mana pun.. dia sentiasa berada di sampaing saya..pasti akan dengar semua bebelan saya.. just want to say.. susah betul nak dapat sahabat yang betul-betul boleh faham kita.. kalau ada jumpa pun bukan semua dia boleh terima.. so we must appreciate our friends.. 

wasalam..

i'm sorry !!!

Salam..
just want to say sorry to you guys..
sorry bout everything..
sorry for make you'll feel exhausted with me..
sorry with my bad attitude..


seriously, 
tiada niat pun sakitkan hati korang..
cuma hari ini banyak sangat benda yang berlaku sampai jadi serabut semuanya..
perkara yang tak sangka-sangka semua terjadi..
sometimes rasa 'apa salah saya?'
saya taknak terlibat dalam hubungan siapa-siapa pun..
kalau rasa ada hati dengan orang tu jangan babitkan saya..
saya tak minat lansung nak mengucar-kacirkan hubungan korang..
sahabat atau apa pun..
kalau rasa ada hati dengan orang tu better pergi cakap..
jangan buat orang lain rasa serba salah..

then,
please i just want my friend to be focusing in their study..
please respects your friend in the class..
sorry kalau selama ini ada sakitkan hati mu wahai sahabat..
takde niat pun dan tak terlintas lansung..
maybe sahabat salah faham dengan perwatakan saya kot..
saya memang begini.. saya jenis yang serius.. semua benda kalau boleh saya nak perfect..
saya tak suka cacat cela.. 
and try to be a perfect person even i can't..



lastly, just want to say,

wasalam..

Sunday 20 May 2012

camping dekat REMBAU

salam..

alhamdulillah habis juga pekhemahan KESATRIA dengan BOMBA.. selamat pergi selamat pulang.. takde la jauh mana pun destinasi nya.. pulang ke kampung bagi saya la kot..sebab berkhemah dekat je dengan kampung sendiri kan.. apa-apa pun tak kisah lah dekat mana-mana pun..janji program berjalan dengan lancar dan dah habis pun.. siapa kata seronok kalau dapat hiking dekat Gunung Datuk.. mesti la seronokkan.. tapi kami tak hiking pun sebab keadaan yang tidak mengizinkan..bilangan kami yang cukup besar menyebabkan kesemua jurulatih yang tidak ramai takut hendak mengambil risiko..siapa tak takut, kang ada pulak yang buat kepala sendiri..taknak ikut sistem sume susah kan orang lain.. masing-masing kan ada kepala sendiri.. but for me this camping seronok kalau saya dapat serta semua aktiviti. tapi saya tak jealous pun.. dengar cerita member sume dorang masuk air la lumpur la.. tapi kenapa saya tak join dorang eh??  sepanjang saya mengikuti kem ni, sepanjang tu lah keadaa kesihatan saya tidak mengizinkan.. sedih betul kan.. before camping lagi memang dah tak sihat.. bila dekat sana bertambah-tambah la tak sihat nye bila tak dapat tidurkan.. memang sepanjang aktiviti berlansng saya terpaksa duduk ditepi sama ada membantu orang dapur ataupun tidur.. kesian betul.. hari last paling seksa.. dengan demam campur dengan sakit kepala yang teramat sangat, cirit birit dan muntah.. tak pernah-pernah lah dulu jadi macam ni masa camping.. nak buat macam mana kan kalau badan tak boleh nak sesuaikan dengan keadaan dan perut yang tak boleh menerima sebarangan makanan.. makan je keluar, makan je keluar sampai jadi takut nak makan.. kalau makan pun sikit.. pape pun, take care of yourself sangat-sangat bila ada aktiviti luar..now aktiviti dah habis pun.. dah selamat pulang ke MELAKA semula. seminggu lagi cuti.. cuti study molek yep. final dah nak menjelang.. 

wasalam..

Thursday 10 May 2012

detik-detik terakhir sem 2..

As salam..

Sekarang ni memang musim lawak ke der dengan super spontan.. Habis sume ayat masing-masing dok hafal.. 'hari ini saya bebas'  'last paper'  'jangan buli la' dan banyak lagi la.. Lucu je bila dengar kawan-kawan sekeliling dok guna ayat-ayat dari lawak ke der.. Sweet gitu. Sometimes boleh buat orang stress gelak..And sometimes joking is good for our life.. 

Nape detik-detik terakhir sem 2.. Nape tak detik-detik terawal atau detik-detik pertengahan.. Kalau diikutkan pertengahan pun boleh juga.. Tapi lebih sesuai kalau guna terakhir.. Biar kesedaran tu datang dalam diri(khas buat diri sendiri).. Jangan nak tunggu saat-saat akhir baru nak sedar.. Lets study early and make effort to ourselves.. Nape pulak tulis macam ni kan.. Sometimes kita tak sedar yang kita start terleka dengan keadaan disekeliling kita.. Study pun macam tak study je.. So disebabkan final bakal menjelma dan sebelum betul-betul menjelma kita seharusnya buka langkah.. Study semula semua yang kita belajar untuk sem ni.. Jangan dok mengular je. Jangan bagi alasan banyak trip, program, kem dsb.. Study tetap Study.. Even semua aktiviti tu sedang menunggu dan sedang beratur di depan kita pelajaran juga harus diutamakan.. Nak kejar DL.. JOM kawan-kawan.. study..kekalkan momentum yang ada dan try naikkan lagi pointer.. insyaallah.. 

Travel sudah..makan-makan sudah..shopping sudah..dan tiba masanya untuk kita tumpu pada pelajaran pula.. kembali kepada niat asal kita belajar untuk _ _ _ ...

p/s: Kalau dia hadir untuk rosakkan persahabatan yang telah terjalin.. saya lebih rela memilih persahabatan dari dia..maaf kalau awak sentap dengan saya.. bukan saya yang mulakan.. tapi dia..  

wasalam..


Thursday 3 May 2012

melaka-k.terengganu-besut-tokbali

As salam..

Terasa lama sangat tak update blog..masa yang tidak mengizinkan pun boleh jugak lah..Alhamdulillah, akhirnya perancangan untuk travel bersama kengkawan berjaya juga.. seronok tu memang tersangat seronok.. around one week i stay at Terengganu and  i just want to say it awesome.. bertolak jumaat malam(20/04/12) tiba di KT sabtu pagi.. ye saya memang tak tido lansung dalam bus.. sepanjang 9jam tu mata ni celik je.. kalau ikutkan sampai2 je kat KT, bersihkan diri solat subuh then tido.. tapi saya sampai2, mandi solat subuh then siap2 pergi pasar tani cari bahan nak buat BBQ.. excited you.. hehe..balik dari pasar tani tiba masa untuk saya pulak membuat tahi mata(tido)..



lepak2 kat pasar payang..

BBQ time.. 



then pagi esok nya bertolak ke Besut.. Kampung Jabi.. Kampung Jabi.. Kampung Jabi.. thank to Umi sebab masak untuk kami..


mandi-manda di Lata Belatan


before gerak balik ke K.Terengganu.

jom melawat  monumen2 negara lain di TTI..habis semua negara kami melawat.. cett.. mengarut je an.. ha3



inilah yang ditunggu2 oleh saya dan member2 lain.. Snorkeling di Pulau kapas.. pagi2 dah bangun siap2 untuk ke Jeti.. harga sume tak tahu lansung.. main redah je pegi.. apa boleh buat.. ada member cakap nak join and tolong survey alih2 ermm.. dia yang tak pergi.. it's okay.. without you we'll still can survive.. he3..




Setibanya kami di Pulau Kapas.. posing2 dulu.. sebelum kulit terbakar.. excitednye masing2..Then dapat 3/4 orang instructor ajar kami macam mana snorkeling.. almaklum kami semua tak pandai pun.. tapi niat dihati nak juga snorkeling..  kesian kat diri sendiri..orang lain dah jauh kedepan, saya ni yang tertinggal kat belakang.. nasib baik lah ada sorang instructor tu yang tolong bawa ketengah laut.. memang best sangat2 sebab dapat telan and sedut air masin banyak2.. hewwww...




Selepas balik dari snorkeling.. seriously we'll like this picture more.. cantik sesangat you.. he3..memang masa mandi tak ingat apa lah kan.. dah bersihkan diri baru perasan kulit terbakar habis.. woooaahhh.... SUNBURN GILE3...dush3x.. tulah beronok2 sampai tak ingat tahap kepanasan cahaya sang suria sesangat kan.. akibatnya kulit saya habis dimamah cahaya matahari.. not only me, my friends too..



Di TER atau nama penuhnya Terengganu Equestrian Resort.. gara-gara baca novel si Damian Yong tu sesangatkan sampai excited gile nak pergi TER.. amaran jangan pandang lama-lama warna kulit saya.. memang saya tak putih sangat.. tapi selepas ber'jam-jam' mandi dekat pulau kapas serta dibawah sinaran cahaya matahari yang sangta terik menyebabkan kulit saya pun gelap you.. huhu3... then ingat nak pergi Hi-Tea kat Ri-Yaz heritage.. tapi tak jadi.. but still saja2 nak jalan2 kat Pulau Duyung.. sekali nampak banner tergantung ada pc fair.. wahh... apa lagi.. terjah jangan tak terjah..hihi.. 
best best best.. pape pun nak pergi Terengganu lagi.. tapi next time nak pergi Pulau Redang pulak.. seronok tak terkira.. cuti seminggu yang sangat terisi..

adios.. nak study plus ada test ticketing.. daadaa.. 
wasalam..