Thursday 19 February 2015

Merangkak memahami destinasi

Holla~

Pernah atau tidak kau rasa yang baru je semalam kau dapat tawaran belajar sambung ijazah. Lepas tu kau tak tahu nak buat keputusan sama ada nak sambung atau tak walhal hati kau meronta ronta nak sambung belajar. Tapi disebabkan course yang ditawarkan tu buat kau jadi tawar hati nak sambung. 

Sebelum sambung STPM pun hati berbelah bagi nak masuk atau tak form6 padahal masa ex-sekolah call kemain bulat suara kata taknak. Tapi bila tunggu punya tunggu tawaran lain, kemain lambat pulak. Hati dah cuak takut takut tak dapat sambung. Minta nasihat ayh sedara, dia kata better masuk form 6. Dan bermulalah episod ayuh kembali ke sekolah. 

Tak pernah terdetik pun kata tak suka sekolah balik, tak suka pakai baju sekolah. Sebab kebanyakan orang tak suka masuk form sebab tak suka pakai baju sekolah. Kira macam nanti orang pandang enteng kat kita. Apa kes sekolah balik? Ni juga salah satu persoalan yang orang suka tanya. Aku jadi berbelah bagi nak sambung form 6 sebab hati aku nekad kat tempat lain. Sebab tu kita jangan terlalu berharap sampai kecewa bila tak dapat. 

Matrik tak dapat ke? Alhamdulillah aku dapat tawaran matrik. Tapi sebab aku budak sains dan aku tak berapa berani nak ambil sains lagi sebab kalau tak lepas terbazir gitu je. So masuk form 6 pun sebenarnya ditawarkan sains juga. Nekad dah taknak sains, tukar bidang ambil sains sosial. Ke arah sejarah dan ekonomi. Allah buka hati kita terus terjatuh cinta dekat sejarah, terjatuh hati dekat ekonomi sampai meronta ronta nak tahu semua. Cikgu yang sangat supportive dan kawan kawan seperjuangan yang juga gila-gila. Ikutkan batch sebelum aku batch yang ibarat hidup segan mati tak mahu. Datang sekolah sekadar belajar. Tapi batch aku yang mengembalikan kembali kegemilangan form 6 sebab kitaorg wujudkan balik prom ala ala nerd okay. Batch ni juga yang wujudkan identiti pelajar form 6. Reka baju walaupun tak cantik, tapi sampai sekarang dorang pakai. Macam terkejut juga tengok gambar cikgu nampak pelajar form 6 pakai baju yang batch kitaorg reka. Lama bertahan rupanya. Batch yang juga suka makan-makan terutama budak kelas aku memang makan je lah. Sampaikan cikgu mengajar pun aku masih mengunyah dekat belakang. Tak tahu la ustaz nampak atau tak atau ustaz buat2 tak nampak sebab tiap kali datang jenguk sekolah mesti cikgu cakap inilah batch yang suka makan-makan. Tertepek perkataan makanan dekat dahi masing masing. 

Tetiba dah masuk zaman bekerja. Macam baru je sambung ijazah. Tahun lepas konvo, tahun ni kerja. Sedar tak sedar umur pun makin meningkat. Bila orang tanya bila nak kahwin bila nak kahwin. Rasa macam 'whatever ala2 diva'. Kau ingat nak kahwin ni sambar je laki tepi jalan tu lepas tu ajak kahwin. Jangan nak buat keje gila. Jangan ditanya deh soalan sensitif ni. Walhal takdelah sensitif sangat pun. Cuma serah pada cepat lambat sampai insyaallah ada jodoh bertaut la. Terlalu berharap pun payah juga, lepas tu frust menonggeng sorang2. Ni bila abang kau nak kahwin, lepas tu ada pulak makcik2 kau sibuk busybody tanya macam macam. Eh naa bila lagi? Kang aku cakap kang minggu dopan den pulak nikah. Tokojut amek nanti. Lepas tu tanya dah kojo ko? Ek eleh. Den kojo ko den tak kojo ko mak bapak den takdo la nak push do. Di kabo eh slow2 yo.  

Komitmen pada keluarga pun baru nak cuba laksanakan, nikan pulak nak suruh kita buat komitmen pada keluarga baru. Biarlah rasa diri ni berguna dulu pada mak ayah, lepas tu dah puaskan hati sendiri baru la --> next commitment. Ni masih rasa belum berguna lagi. Rasa masih terkapai kapai lagi. Masih jauh lagi perjalanan. Masih merangkak lagi nak hidup dalam dunia perkerjaan.