Friday 26 December 2014

Setelah 6 bulan

Dari satu ujian ke satu ujian
Dari satu penungguan ke satu penungguan
Akhirnya.
Alhamdulillah.
Dipermudahkan segala kekusutan.
Macam tak sangka.
Tidak meletakkan segala harapan.
Rezeki penungguan selama 6bulan.
6bulan yang bukan sekejap.
6bulan yang meletihkan.
6bulan yang penuh segala cabaran.
6bulan yang penuh tanda tanya.
Semoga selepas 6 bulan segalanya bergerak lancar.

Wednesday 17 December 2014

13th December

Hola~



Siapa yang takde kawan gila-gila. Yang otak masing-masing tak pernah berhenti buat plan. Mereka yang tak pernah berkira dengan kita. Ni sungguh mengejut bila one of them tetiba whatsapp tanya jadi ke nak lepak. Kita ni tak tahu apa-apa lansung jujur la. Awat aku tak tahu pape. Memang blur habis. Tak tunggu-tunggu dah terus contact yang lain. Tetiba je kata nak turun Shah Alam amek kawan konon nak balik Seremban. Tu dia demand bak hang. Asal boleh tu merayu suruh jemput. Padahal boleh je balik sendiri. Tahu dah otak masing-masing. Lama sangat tak jumpa, lama sangat tak lepak. Borak dalam whatsapp tak puas. Nak kena jumpa depan-depan baru puas. Nak sakat antara satu sama lain sampai muncung ke depan. Bergurau sampai ketawa mengalir air mata.


Yang balik kerja tak sempat rehat lansung, dah start enjin terus gerak Shah Alam. Yang bagusnya takde sorang pun roger member kat Shah Alam kata dah gerak nak ambil dia. Tak terkejut member bila kita call cakap dah nak sampai. Tiap kali turun Shah Alam memang tak lari la dari makan ayam penyet. Kali ni ke padang jawa kita. Nasi dia not bad. Sebab boleh tambah sendiri. Nak makan banyak mana pun ikut perut masing-masing la berapa banyak boleh muat. 

Plan paling gila bila masing-masing angkat kening kata 'jom p BBW'. Dalam hati masing-masing dah 'YES, YES'. Waktu tu tak kisah la dah tengah malam sekalipun, kalau dah kehendak campur nafsu. Memang laju je menyinggah. Tapi kali ni memang tiada tangkapan lansung. Sekadar cuci mata dengan buku sebab tahun lepas punya best lagi kot. Cukup sekadar jejak kaki pun dah puas hati. Jalan, pusing, berhenti, jalan pusing, berhenti tengok masa dah pukul 3pagi. Yang menguap tanpa henti. Dengan esok masing-masing ada hal. Mata masing-masing tak payah nak kata, kuyu, layu. Tapi bila kepuasan berjumpa tu mengatasi segalanya. Kepuasan yang tiada hingga bila bersama sahabat.







6 year and countings

Assalamualaikum

Hola~

Still countings for what?
Relationships?

Yes! Relationship with them.

Them who are always with me.
Them who are always make me crazy.
Them who are always make me angry.
Them who are always make me happy.
Them who are always make me crying.
Them who are always make lot of memories.
Them who are we call friends.

Tipu la kalau dalam persabahatan tiada perselisihan faham.
Tipu la kalau dalam persahabatan tiada pergaduhan.
Tipu la kalau dalam persahabatan tiada kecil hati.
Itu normal.
Ya jujur.

Kadang-kadang bila terasa tu abaikan je.
Bila lagi dilayan perasaan, tak kemana perginya.
Balik-balik kita yang sakit.
Bila diabaikan, lama-lama bercantum kembali.

Kami tak sempurna.
Kami pun tak lari dari terasa antara satu sama lain.
Masa yang membaiki segala.

Mereka sahabat.


Tuesday 16 December 2014

I'm officially graduated

Yippie!
Hola~~~


Here~ IceQueen


Now I'm officially graduated and alumni of UiTM. I dont care what people like to said bout UiTM but for me I love UiTM too much. Pretty sad sebab dah  habis belajar. Dah tinggal zaman mengaji buku-buku tebal, grouping, research, thesis, gaduh and else. Selama tiga tahun lot of things happened. Sama ada gembira mahupun tangisan. Semua pendam ataupun terukir sebalik wajah.  Hanya kita je yang tahu.


I'm not a friendly person. Selalu dalam dunia sendiri. Just few people yang rapat. Yang tak pernah sangka kita akan rapat akhirnya. Selalu ada disisi semasa jatuh dan bangkit, dipulaukan, malah dipinggirkan. Mereka insan yang tak pernah tahu erti perit memberi nasihat. Mereka adik-adik tetapi ibarat sebaya. Keletah yang tak kenal erti perit.  Yang membawa ketawa. Yang mendukung supaya tida tersembam. Yang faham segala kedukaan kegembiraan. 

Terima kasih sebab sudi terima diri yang banyak kekurangan. Walaupun gila-gila otak masing-masing tapi sentiasa mengingatkan, sudi berkongsi. Sehingga saat terakhir bergelar pelajar dan juga ketika detik bergelarnya seorang graduan. 








Dan tak lupa kepada mak ayah,

Terima kasih sebab sentiasa ada.
Tak pernah mengeluh.
Tak pernah marah.
Kecil hati itu ada tapi tak pernah tunjuk.
Sentiasa menjadi tulang belakang.
Sentiasa menyokong.

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih

Kerana dia adik, aku kakak

Tinggal berdua ni seronok bila kau masing-masing satu kepala.
Gaduh gelak semua sama.
Tak rumit keadaan.
Tak runsing.
Apa-apa buat semua sama. 

Gaduh kejap sebab kita sama.
Gelak kejap sebab kita sama.
Gurau kejap sebab kita sama.
Pukul kejap sebab kita sama.
Dia pukul sekali aku pukul double triple.
Sampai muka bengang.
Bila dia merungut aku kata aku kan kakak. 
Masalah tinggal belakang.
Buat-buat pekak sama.
Buat-buat bodoh sama.
Buat-buat tak tahu sama.
Buat-buat malas memang SEJIBIK sama.
Nangis pun sama-sama pendam.
Tangisan dalam senyuman?
Tapi dia double malas.
Tambah-tambah kalau bab masak.
Pokok pangkal semua sama.
Jarak umur bukan dekat.
7 tahun. But still semua sama.
Cuma dia adik, aku kakak.
Dia sedara tak kenal, aku sedara kenal.
Dia senyap, aku kepoh (dulu), sekarang bisu.
Aku dulu baik baik jahat.
Dia memang nerd.
Nerd-nerd dia pun kaki ponteng.
Aku susah ponteng.
Dia muka lain, sampai orang tanya. 
Kita jawab dia anak angkat. Dalam gurauan itu pasti.
Apa aku tak suka, dia pun tak suka.
So, apa-apa dia adik aku kakak. *hahahaha (gelak kejam).
Kita dua je MAYBE tak buat ayah pening.
Kita dua je pandai buat trick.
Kita dua je pandai bodek.
Sebab kita anak ayah.
Sebab kita ikuit cakap ayah.
Sebab kita dua je bagi telinga dekat ayah.
Tapi bila ayah bebel pasal orang lain kita dua cepat lari.
Tutup telinga sebab malas nak dengar kalau benda tu bukan pasal kita.
Damn.
Stupid people always make problem.
Too much.
Kita dua pun penat. Penat layan.
Segala impian, segala harapan, segala dugaan.
Kita selalu hadap.
Walaupun takde kena mengena.

Kerana dia adik, aku kakak,

Bila ayah cakap pasal 'kahwin'

Topik paling SCARY bila parent kau cakap pasal kahwin. Duk duduk2 depan tv la tetiba cakap pasal kahwin. Mentang2 la topik ni tengah hangat bila sedara ko ni nak kahwin, sepupu sebaya yang tu nak nikah bulan satu. Abang kau yang gatal mengeyam yang bertunang, anak kawan ayah dok rushing nak tunang juga padahal baru lepas putus tunang gara2 tak sabar tunggu ex tunang balik mesia. Then kau cakap alahai orang2 sekarang ni macam2 ragam. Tetiba kau pulak kena tembak.

Ayah  : kau ngah takde ke?
Moi    : elek. Takdo. *sambil buat tangan pusing2*
Ayah  : *terus tukar topi*  Kojo. Dah duduk rumah mana nak jumpa. *tetiba masuk topik balik*
Moi    : kalau la senang macam petik jari terus muncul dah lama dah. Ala tu akak2 supupu relax je.
Ayah   : ayah makin berumur ha. *ayat sedih siap hint suruh cari cepat la tu*
Moi     : huh!
Ayah   : silap2 adik ko dulu. Dah langkah bendul.
Moi     : takpe. Spersalinan wajib bagi.
Ayah   : aah. Ayah minta bagi sepersalinan kain buruk je kat kau *gelak kejam*
Moi     : T.T   *sampai nya hati*

Ni mimpi ngeri ni. Dulu ya tak suka anak2 couple2 ni. La ni ya dah siap hint nak menantu tapi bukan hantu. Kita pulak dup dap nervous. Ni mesti sebab kita nak masuk 24 tahun depan sebab tu ya suruh kita cepat2 cari. Jangan la gitu. Kita tak puas nak duduk bawa ketiak mak ayah lagi dah nak hantar kita duduk bawak ketiak suami. *sentap* Macam dah tak sudi nak jaga kita je. Eh patut nya kita la jaga mak ayah kita an. Tapi ni kita pulak nak suruh maka ayah kita jaga, tengok kita. Melampau nya si anak. Hikhik. Tak puas nak manja2 dengan mak ayah lagi. Well, aku ANAK AYAH okay. Ada kisah pulak. Apa2 AYAH. Sebab dia ada setiap masa. Dia dengar je celoteh kita lebih2 kalau kita start membebel dia tadah je telinga. Sebab kita ni spesies diam tapi kuat bercakap bila dengan parent. Well, I dont care. Nanti kita jumpa kita suruh orang tu datang jumpa ya. Silap2 kita suruh je orang tu masuk meminang. Nak senang mak ayah carikan je la. Selesai. Tu kawan2 Navy takde ke anak bujang. Takde nak runsing fikir2 nak cari. *mengeluh*