Wednesday 24 August 2011

mahu berubah atau tidak?

Sesetengah orang ada niat hendak berubah..
Tapi kalau sekadar niat sahaja tanpa usaha adakah berbaloi?
Kan lebih bagus kalau sudah ada niat better berusaha melakukan perubahan..
Jangan berubah kerana rakan..
Jangan berubah kerana orang lain..
Tetapi berubahlah kerana Allah s.w.t..



Berubahlah kerana diri sendiri..
Berubahlah demi keluarga..
Dan berubahlah kerana masa depan..


Bukan mak ayah yang menentukan masa depan kita..
Bukan sahabat/kenalan yang menentukan hidup kita..
Tetapi diri kita sendiri yang menentukan masa depan kita..
Keluarga hanya membantu dalam membimbing kita..
Namun kita yang perlu berfikir arah tuju yang hendak kita lalui..
Kita yang perlu berusaha dalam menetukan corak hidup kita..
Kita juga yang menetapkan matlamat hidup kita..
BERUBAHLAH demi kebaikan..
BERUBAHLAH untuk sepanjang hayat..
Kerana PERUBAHAN memberi impak besar dalam hidup kita kelak..
INSYA'ALLAH..

Tuesday 16 August 2011

Perlu ke perkahwinan yang grand gitu???


 ala2 taman ..

ala2 cinderella gi tu..

ala2 hawaiian..


KALAU KAHWIN YANG GRAND2 KAN mesti terfikir nak yang macam gambar kat bawah ni an...

 baju mesti la yang wooooooo.... 
klazzz gi tu an..kalau lagi panjang lagi bagus kot.. leh sapu habuk2 sume an.. *hihi

kek mesti lah tinggi...
kalau boleh cecah langit pun agak2 eh lagi bgos kot... 

Tapi perlu ke itu semua..
perlu bagi orang yang berkemampuan kan..
tapi an kalau setakat nak menunjuk2 yang ko kaya..
rasa nya tak perlu kot..
sebab orang mesti taw ko memang kaya..
tapi sesetengah orang merasakan itu adalah impian mereka..
erm.. okay.. alhamdulillah lah kalau itu impian hendak mempunyai grand wedding tu tercapai..
Dan sangat2 tidak kisah dalam mengeluarkan duit sebanyak beratus2 ribu..
Sebab akan rasa sangat berbaloi dan puas hati sebab guna duit sendiri..

Tapi ada jugak orang yang tidak berkemampuan mahukan wedding macam ni.. yang grand.. tapi bukan la grand sangat2.. Cukup la dapat jemput kawan n saudara mara ramai2..
Disebabkan tidak mampu la dorang just buat kecik2..
Sepatutnye orang2 macam ni la patut di sponsor an..
Sebab bukan orang senang an..

Yang ni pergi tabur duit sponsor orang yang memang ada harta banyak2..
Then bila dah tabur duit sponsor nanti macam tak berapa nak hargai sangat sebab bukan dari titik peluh sendiri an wit tu..
Pastu dah sponsor nak demand bagai.. Cett.. Plizz la..
Macam tak berbaloi.. lebih baik utamakan orang2 yang tidak mampu sume..
Lagi berkat.. Insya Allah..
Allahualam..

p/s : Ni pendapat saya yep.. Len orang len pendapat..

Monday 15 August 2011

Sape2 yang rasa hendak kelainan dalam penampilan mereka boleh la join!!*wink wink


MAD Deal of the Day: RM59 instead of RM498 for 90 mins Signature Facial + Toning & Firming Radio Dermal Treatment + Eye Treatment + Ear Candling + RM100 Facial Package Voucher from Aleema Beauty, Wangsa Maju.

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jom!! Jom!!
:P

apa sebab perempuan reject lelaki?

klau kita tgk skang an ramai je orang perempuan reject orang lelaki..
pe sebab ek.. cian je an.. orang lelaki asyik kena reject..


mungkin taste perempuan tu sangat tinggi,
mungkin perempuan nak yang ada rupa,
mungkin perempuan nak yang tinggi *almaklum lelaki malaysia xla bape tinggi*,
mungkin perempuan mahu lelaki yang ada matlamat hidup,


mungkin lelaki itu kuat mengongkong,
=guys plizz la.. kami xsuka lelaki yang sangat2 mengongkong..sebab nya kami dah tahu nak berdikari sendiri..takkan nak keluar gan member pun tak bagi.. cett.. Sebab tu la korang kena reject gan perempuan..

mungkin lelaki itu kuat merajuk *pang laju2*,
=hah!!! merajuk.. hello.. dah besar2 pun na merajuk ke.. kalah orang perempuan ni.. Beb jiwa haruslah kental..seiring dengan diri korang yang digelar lelaki.. uhuk3x..

mungkin lelaki itu sangat2 manja *uwekkkkzzz..geli tekak kita taw*,
=yang manja ni sangat2 la payah.. sebab sangat2 tak bertempat.. kalau dah kahwin tu len cita ma.. ni belum kahwin lagi.. confirm ke perempuan tu jadi bini ko yang sah nanti.. jeng jeng jeng...

mungkin lelaki itu tiada rupa,
=actually rupa xpenting sangat.. yang penting hati budi..kalau ada rupa tapi perangai macam haram.. bye2 r.. sape nak buat ko jadi laki kami...

mungkin lelaki itu tiada pelajaran,
=ini sangat2 la penting.. Disebabkan taraf idup yang semakin tinggi so lelaki2 di luar sana haruslah bijak ye dalam meng'arrange' ur money sume.. kumpul harta bagai.. kalau xde tu sume macam mana na bagi makan anak dara orang.. bukan mudah nak jaga anak dara orang yep..

mungkin lelaki itu tiada matlamat hidup,
=susahlah kalau tiada matlamat idup kan.. sume orang perlu ada matlamat idup.. sebab tu yang mendorong kita untuk berjaya..kalau tak nak berjaya hampeh la ko ni..

mungkin lelaki itu anak emak,
=erk.. okay2.. yang tu boleh consider la..tapi kalau sikit2 mak...sikit2 mak.. pergghh... ini sangat2 melampau.. takkan dah besar2 mak ko na suap ko makan jugak, nak mandi kan ko, nak bagi duit poket kat ko..kalau ko budak2 itu tak de masalah la.. ni boleh di kira da besar sangat2 dan dah matang k..

So sebagai kesimpulannya, setiap orang ada citarasa mereka sendiri..Jadi pilihlah yang terbaik..

p/s: ni kita nye pendapat yep.. len orang len pendapat mereka
=peace=

Saturday 13 August 2011

masalah-masalah... heyyy....

sume orang ada masalah kan..
masalah family..
masalah duit..
masalah kerja..
masalah dengan kawan..
yang penting sume nye MASALAH la..


how's to solve the problem??
*pikir sendiri la..huhu

bila ada masalah perlu ke kita nak simpan sampai berkurun..
ingat masalah boleh selesai ke bila kita diam kan diri..
tak de makna nya yep..
kalau terlampau berat sangat masalah yang ditanggung try selesaikan sedikit demi sedikit..
bukan simpan je.. sampai berbukit..
pergi cari family ke, member ke, ur jmpa pakar kaunseling yep..
maybe dorang2 sekalian boleh membantu anda bagaimana nak selesaikan masalah..
bukan dorang yang selesaikan masalah anda taw..
dorang cuma membantu setakat yang dorang mampu...
sume nye bergantung pada diri anda la..
so selagi mampu berusaha ye tuk selesaikan...

Friday 12 August 2011

apa perasaan anda bila boy anda buat perangai???

apa perasaan anda yep bila boy anda buat perangai..misalnya, dy komen gambar girl len..kalau gambar tu bese2 xpe la..ni girl tu pakai baju yang woo...meletup sgt2 sampai xcukup kain.. miskin ke??? tapi rasanya org miskin pun pandai taw pakai baju tutup aurat..then tanya girl tu no phone bagai..cakap la yang dy contact no girl tu tak dapat.. Hmm..Terdesak sangat ke..


Then, lagi satu bila boy anda terlampau mengongkong.. awat nye boy tu nak jd KingKong ke..Overprotective...tak kisah la na protect pun your girl kan tapi biar lah berpada2.. Nak jumpa member pun tak bagi.. Nak keluar gan member pun tak bagi..Sedangkan your girl tak kisah pun boy dy na g mana2 gan member dy..macam2 ragam betul la.. Macam mana na selesaikan masalah ni kalau dah beberapa kali boy anda buat perkara yang sama..Ada yang decide perang (bergaduh), ada yang decide just let go je la, ada yang decide mendiamkan diri, ada jugak yang decide breakup dan tak kurang nye me'remove'kan boy dari MUKABUKU..Hak masing2 la bagaimana hendak selesaikan masalah ini.. Kerana setiap orang tak perfect.. Dan jangan terlampau percaya pada kata2 manis boy or girl anda yep.. Adakalanya kata2 yang terucap itu adalah sebagai penyejuk hati walhal maksud nye tak sampai pun..hihi..

Monday 8 August 2011

Tanah Beradat

Sebagai anak jati Negeri Sembilan..Aku terasa sangat2 berminat hendak mengetahui semua tentang asal usul ku..Lebih2 lagi bila ayah suka sangat2 cerita tentang suku keluarga emak.. Ayah cakap emak keturunan suku biduanda..Kiranya anak lelaki dalam keluarga boleh menjadi waris undang luak rembau.. Hmm.. Sometimes terfikir jugak.. Ingat senang ke nak jadi undang.. Banyak tanggungjawab woo..Tambahan pula perlantikan mengikut sistem bergilir kerana suku biduanda terbahagi kepada dua iaitu Waris Jakun(Dato' Lela Maharaja) dan Waris Jawa(Dato' Sedia Raja).. Dan tentang adat yang sangat2 dijulang.. Kalau kita lihat pada hari ini, masyarakat sekarang banyak yang tidak mengambil tahu mengenai sejarah2 yang ada di Malaysia..Adat perpatih dan Adat Temenggung merupakan dua adat yang diamalkan di Tanah Melayu... Seperti yang kita tahu Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih..Adat ini lebih mementingkan nasab ibu.. Oleh itu semua harta pusaka akan di beri kepada anak perempuan.. Bukan itu sahaja, ingat kahwin mudah ke.. Yela kalau tengok masyarakat sekarang.. Ada yang tak pentingkan adat lagi.. Tapi bukan keluarga aku.. Semua masih mementingkan adat..Kalau nak kahwin kena jemput buapak siap bawa tepak sirih.. Jangan main2 taw.. Lagi satu ramai juga la orang lelaki luar dari Negeri Sembilan taknak kahwin dengan orang perempuan Negeri Sembilan.. Sebab ape???   Sebab dorang takut nanti harta2 dorang kena amek.. Adoh hai.. Jangan salah faham pada adat perpatih..Harta sepencarian dibahagi sama rata.. Harta yang dibawa oleh si lelaki tidak akan diambil malah andai kata si lelaki bercerai dengan si perempuan si lelaki boleh mengambil harta yang dibawa nye bersama2..Tetapi harta pusaka perempuan itu si lelaki tidak boleh amek..  Cuba faham kan dan pelajari tentang adat perpatih... Adat ni sangat2 unik..Bukan hanya membuat andaian sendiri tetapi cuba pelajari dan fahami..


Terdapat 12 suku iaitu suku :

                 1)  Biduanda (Dondo), 
                 2)  Batu Hampar (Tompar),
                 3)  Paya Kumbuh (Payo Kumboh), 
                 4)  Mungkal, 
                 5)  Tiga Nenek,
                 6)  Seri Melenggeng (Somolenggang), 
                 7)  Seri Lemak (Solomak), 
                 8)  Batu Belang, 
                 9)  Tanah Datar, 
               10)  Anak Acheh,
               11)  Anak Melaka dan
               12)  Tiga Batu


Dalam 12 suku ini, suku Biduanda merupakan suku yang boleh menjadi undang..Hal ini kerana suku ini dianggap sebagai suku asal Negeri Sembilan..