Friday 27 December 2013


Lihat sahabat ketawa, senyum, berjenaka dengan keluarga.
Kita pernah mengidam nak yang sebegitu.
Namun kita tak mampu nak capai.
Kita cemburu lihat orang lain ketawa.
Namun kita tak mampu untuk senyum sekalipun.

Sedar tak adakalanya senyuman jauh dari titipan kita.
Sedar tak walaupun kita senyum, ia hanya menutup sedikit sahaja kedukaan kita.
Sebab senyuman itu hanya lakonan untuk menyorokkan segala kekusutan.

Angan, jauh sekali.
Mimpi, jauh sekali.
Realiti bertambah jauh.

kealpaan dunia, beribu langkah, berjuta kesilapan


Dia di panggil sahabat?
Dia melahirkan engkau?
Dia membesarkan engkau?
Dia mendidik engkau?
Dia membelai engkau?
Dia harta bagi engkau?
Dia membantu engkau bila susah?
Dia bersama engkau yang susah?
Itukah SAHABAT bagi engkau?

Sedarkah kita, sahabat itu membahagiakan.
Sedarkah kita, sahabat itu merosakkan.
Sedarkah kita, sahabat itu mempersonakan.
Sedarkah kita, sahabat itu memecahkan.
Satu langkah ke depan, mahu pun ke belakang membinasakan.

Kadang-kadang hidup kita jangan terlalu meninggi diri sampai tak lihat sekeliling kita.
Jangan selalu merasa yang diri kita bagus sedangkan kita bukan siapa-siapa.
Jangan rasa kita sudah cukup lengkap sedangkan kita masih terkapai-kapai.
Jangan terlampau mengagungkan sahabat yang bukan SAHABAT sebenar.

Setitik ia jatuh, kita tak nampak.
Dua titik ia jatuh, kita tak nampak.
Tiga titik ia jatuh, kita tak nampak.
Renyai-renyai ia jatuh, kita tak nampak.
Lebat sehingga ribut pun kita masih tidak nampak titisan itu menghempas bumi.
Gelapnya sang hati. Pendeknya si akal.

Tercatit lah satu, dua, tiga malah banyak lagi di bahu kiri kita.
Tercatit lah untuk kita hadapi akhirat kelak.
Tercatit lah ia membuktikan berdosanya kita.

Sedarkah kita, mereka masih berharap.
Sedarkah kita, mereka pokok kita berpaut.
Sedarkah kita, mereka keringat tua mereka membesarkan kita.
Dunia, dunia, dunia.
Itu semua permainan dunia.

Jangan dicantas dahan yang selama ini aku berpaut.
Jangan ditebang pokok yang aku peluk.
Dahannya yang satu itu patah menyembah bumi.
Aku lemah mempertahankannya.
Aku pinta bertahan.
Namun siapa aku untuk meminta.
Siapa aku untuk menukar takdir.
Siapa aku.
Hanyalah insan lemah.

Monday 23 December 2013

counting the days 2014 - memoir of 2013


Assalamualaikum wbt.

-Entry yang panjang-

Now counting the years of 2014.
Counting sekali dengan nak final exam untuk semester 5 *paper start 3 Jan
Counting nak intern lagi sekali *bulan satu
Counting nak pergi trip dengan budak kelas *insyaallah bulan 4
Counting nak buat research.
Counting nak VIVA.
Counting nak habis belajar.
Counting nak kahwin  *ooppss tu tak tersenarai pun
Counting birthday ayah of coz awal bulan satu *1 Jan tu awal la


Sebelum nak counting masuk tahun baru, imbas balik apa yang berlaku sepanjang 2013. Imbas sepanjang kejadian yang berlaku baik gembira, sedih, duka, marah, semuanya ada hinggakan jatuh tumbang menyembah bumi, kemudian bangkit kembali, jatuh, bangkit dan cuba bertahan selagi mampu. 

Januari 2013 
Dimulakan dengan pemergian keluarga *atoks ebelah mak
Diiringi dengan final yang menanti.
Boneka-boneka sedia ada mempersembahkan jalan cerita mereka sendiri
Perasaan terhiris dengan belati.
Hujan yang turun mencurah menggambarkan kucar kacir semua yang ada.
Yang melukiskan senyuman sinis, kata-kata yang mencengkam hati.
Siapa saudara, siapa sahabat, siapa adik beradik, siapa kita, siapa mereka.
Siapa, siapa, siapa.

Drama diteruskan tanpa skrip yang direka.
Drama yang meruntun jiwa.
Drama yang mengejutkan.
Drama yang membuktikan siapa mereka yang sebenar
Drama yang menyedarkan kita.

May 2013
Digemparkan dengan satu berita ayah terlibat dalam kemalangan. Allahuakhbar. Dugaan apakah yang engkau berikan pada si anak. Dengan izin pensyarah, pulanglah si anak ke tanah tumpahnya darah. Cuba menjadi kuat melihat segala kejadian yang terbias di mata si anak. Berkerut-kerut dahi ayah menahan sakit hingga terdampar di atas katil. Berkerut-kerut dahi ayah mengingati apakah yang berlaku pada dia. Si ayah berpuasa hampir dua hari tanpa makan tanpa minum bagi meneruskan pembedahan yang tiada kata putus bila akan dilakukan. Si ayah yang tidak mampu untuk berjalan, tidak mampu melakukan apa-apa tanpa orang membantu. Alhamdulillah segala usaha dan kudrat yang ada si ayah akhirnya boleh berjalan seperti biasa. Si ayah boleh bekerja. Si ayah tak pernah mengenal putus asa. Ditambah pula dengan emak si ayah yang jatuh sakit. Si ayah yang masih dalam proses penyembuhan berkorban menjaga si emak di kampung.

Jatuh. Ya si anak jatuh kerana pokok yang dia berpaut patah dahannya. Kata semangat dari si ayah membuatkan si anak bangkit berdiri semula. Terima kasih ayah sebab sihat semula. Bangkit semula. Kuat semuala walaupun tidak seperti dulu.

Sedih diganti dengan kegembiraan. 
Disulam kembali dengan kesedihan apabila kehilangan waris keluarga *wan sebelah mak

Penuh hikmah apa yang berlaku.
Penuh pengisian dengan apa yang terjadi.
Allah itu maha mengetahui apa yang tergambar.

Friday 20 December 2013

prihatin si ayah


Assalamualaikum wbt

Waktu yang sepatutnya tiba di rumah dijangka tengah hari namun terlewat ke petang gara-gara tiket takde tengah hari. Tepat pukul dua bus bergerak menuju ke destinasi yang ditujui. Alhamdulillah tiba dengan selamat pada pukul 4 petang. Kerisauan si ayah menanti kepulangan anaknya yang sepatutnya tiba tengah hari tidak kunjung tiba. Akhirnya si ayah membuat keputusan untuk menghubungi si anak yang jauh dari pandangan mata tuanya.

Selesainya bertukar segala kata-kata, akhirnya si ayah akur dengan kelewatan si anak yang bukan dipinta oleh si anak. Kerisauan si ayah kembali apabila tiada sesiapa yang akan menunggu ketibaan si anak di terminal bus dan tiada sesiapa yang bakal menjemput si anak kerana komitmenn terhadap pekerjaan.

Bagi melegakan segala kekusutan si ayah, si anak mula memberi kata keputusan. Tidak mengapa ayah. Anakmu tahu mencari jalan pulangnya sendiri. Si ayah akhirnya tunduk menerima segala keputusan si anak. Setibanya si anak di tanah tumpah darahnya selama 22 tahun, si anak dengan pantas menghubungi si ayah untuk mengkabari bahawa dia telah selamat tiba dan memberi kabar yang si anak ada transport untuk menjejaki rumah si ayah. Si ayah menarik nafas lega nya.

Sesungguhnya kudrat si ayah dalam mencari rezeki disamping membesarkan anak-anaknya yang ramai membuatkan si anak merasakan dia tidak mahu menyusahkan si ayah nya lagi. Wahai ayah, anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu, kesihatan mu, dan selebihnya.

Si anak yang lemah


Siapa kita


Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang kita lupa dengan siapa kita berkawan
Hingga hilang sikap hormat-menghormati dengan yang tua.

Kadang-kadang kita lupa dengan siapa kita berkata-kata
Hingga lidah bagaikan pisau yang menghiris halus hati.

Kadang-kadang kita lupa dengan siapa kita berkasih
Hingga kita lupa batas-batas antara hak dan batil
Pandangan mata yang dikaburi janji-janji tiada penyudahnya.

Kadang-kadang kita lupa diri tak setanding dengan orang keliling kita
Hingga merendahkan diri seperti orang yang terlalu kerdil
Tak mampu mendongak
Tak mampu berucap
Tak mampu mendengar
Tak mampu melihat
Lemahnya kita

Adakalanya kaki mengigil untuk bertatih
Tak mampu memproses arahan dari otak
Hati yang mengeluh mendengar rintihan
Tangan yang tak mampu menggapai
Mulut tertutup ibarat dikunci

Siapa kita sebenarnya.
Siapa kita untuk meninggi diri.
Siapa kita untuk mengadili segalanya.
Siapa kita untuk memberi arahan tanpa mendengar.

Kita adalah kita.
Kita bukan sesiapa.
Kita yang lemah.
Kita hanyalah hamba-Nya

Wassalam

Sunday 8 December 2013

Kata-kata mudah menguris


Assalamualaikum wbt.

Lidah memang tiada tulang, tetapi ia sudah cukup kuat untuk menyakitkan hati seseorang.
Hargailah anugerah Allah kepada kita sebaiknya.

Iya itu betul. Adakala kita sendiri tak sedar apa yang kita telah lakukan, kita perkatakan, kita luahkan. Sedar-sedar kita teah menyakiti segelintir sahabat dan juga orang sekeliling kita dengan apa yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kita hamba yang lemah yang mudah melakukan pelbagai kesilapan tetapi ia boleh diperbaiki jika kita sentiasa berhati-hati dan muhasabah diri sentiasa. 

Maaf, maaf, maaf.

Wasalam.