Friday 31 August 2012

Hidup Ini Penuh Dengan Pelbagai Ujian

As Salam..

Woah.. Panjang nya tajuk entry. Takde lagi panjang ke.. Gluppss.. Buat masa ini tajuk macam ni lah panjang nye.. Nak lagi panjang tunggu la next next next entry eh..hee.. Awat tetiba cakap pasal ujian.. Nak pergi amek ujian ka?  Dok eh.. Semalam ada la berbalas komen dengan classmate.. Then tetiba dia cakap dia tak beli lagi tiket nak balik Melaka.. Dia cakap banyak masalah yang timbul kalau dia balik Melaka sekarang.. Awat ni?  Then as a member and merangkap adik gitu just cakap banyak berdoa and berusaha.. 

Hidup kita ni tak lari dari masalah ataupun ujian..Tak kira lah masalah kecil ataupun besar.. Kita yang selalu kena cuba mencari jalan penyelesaian. Kalau hidup ni sentiasa smooth je ala tak terasa la nikmat nye kan.. hukhuk..

Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah putus asa dengan masalah atau ujian yang datang.. Banyak kali kot putus asa.. Macam-macam dok fikir kat kepala otak ni sebenarnya bila menghadapi ujian.. Tapi last2 berdoa banyak2 dan try to thinking in positive way.. Ada hikmah disebalik ujian yang kita hadapi.. Ujian itu kadang-kadang menguji tahap kesabaran kita. Dari situ kita dapat membaiki diri kita..

Mendoakan yang terbaik buat sahabat andai yang berada dalam kesusahan.. Jangan putus asa.. (PERINGATAN BUAT DIRI JUGA)

Wassalam..


Tuesday 28 August 2012

Spend time dengan sahabat2 straight 3days


Assalam..

Apabila cuti makin berkurangan kita kena gunakan dengan sebaiknya. Tambahan pula still dalam mood raya kan.. So sambil keluar tu kita pergi ziarah keluarga sahabat sekali.. Nanti bila dah start busy memang nak jumpa tu takde peluang lansung. Dengan assignment, project, exam dll.. 


What is the itinerary for the straight 3days??

Friday
Get a calling from Fatma.. Ajak datang rumah.. ada makan-makan sikit(open house).. then terus mesej syra.. ajak join.. Syra on.. so gerak berdua..

Saturday
Jalan beraya dengan sahabat form5 but its cancelling last minute sebab ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. So it' okay.. Then tengah hari, dapat mesej Fatma ajak keluar pergi PD.. sampai pun agak lewat.. Jalan-jalan kat Teluk kemang..Then gerak pergi pekan PD.. Mencari makanan.. Kami memang suka makan..

posing kejap sementara tunggu order siap  =.=

Dah macam promote makanan je.. King's + Domino Pizza


Sunday
hangout with the form6 friends.. beraya di rumah cikgu form6 dan sahabat-sahabat terdekat.. Alhamdulillah kenyang sebab terlalu banyak makanan yang dihidang..



Wassalam


zaman comot-momot


Assalam..

Did you have zaman comot-momot?  Everyone have that zaman.. Did you want to know bout the zaman comot-momot..it's happened when we still in the school uniform.. When we see the picture that still using the school uniform then we will make a face.. Lot of different face maybe.. ha ha.. will see the dress up at that time.. whoa.. You will asking yourself.. It's that me???  unbelievable right.. Moreover, one of your friends upload the picture on the facebook.. Then everyone see that picture.. what your reaction.. 

For me => eerrmm... will think more then make a face.. what???  then said it's okay.. its the memories of school.. then smile more.. ha ha ..

After that we make a comparison with the latest picture.. Lot of different.. Dulu selekeh je kan.. But now depends on the eyes..


Wassalam..





Thursday 23 August 2012

Jarak masa merapatkan lagi ukhuwah teman seperjuangan

As Salam..

Masa tidak pernah terhenti,
Malah masa sentiasa bergerak,
Dari saat ke saat,
Dari minit ke minit,
Dari jam ke jam,
Dari hari ke hari,
Dari Minggu ke minggu,
Dari Bulan ke bulan,
Dari tahun ke tahun.

Disebalik geraknya masa,
Terlakar perjalan kehidupan,
Pahit, manis, suka, duka,
Segalanya tersandar harapan.

Sedang kaki mula melangkah setapak,
Cabaran serta dugaan mula menghampiri,
Asam garam sesebuah kehidupan,
Merempuh segala onak duri,
Jatuh menghampiri kegagalan,
Bangun menghampiri kejayaan,
Perjuangan tidak akan terhenti selagi nadi bergerak.

Teman,
Kalianlah yang sering mencorakkan kanvas putih,
Kalianlah yang pembakar semangat,
Kejayaan melakar kegembiraan.
Amin


Alhamdulillah.. Ikatan ukhuwah kita masih lagi kuat.. Insya-Allah dipermudahkan segalanya. Doa sentiasa mengiringi teman seperjuangan menjadi insan yang akan dibanggakan.. Selamat terbang kembali pada teman-teman bagi meneruskan perjuangan kalian..

Wassalam.


Monday 20 August 2012

Bila Cik Lyana gian


As Salam..

Kalau dilihat tajuk entry kali ni dok tulis Cik Lyana gian.. Apa yang di gian eh tu? Jangan fikir yang bukan-bukan yep.. Saya bukan gian benda yang bukan-bukan pun.. Dok gian nak drive kete je.. Almaklum bila tetiba hati tu kuat sangat rasa nak drive, sekali tetiba pulak cakap kat abang sendiri nak drive kete.. Sekali dah pijak paddle kete.. DAH macam orang mabuk je bawa kete.. HAhah.. Kelakar je.. Tu padah eh lama tak bawa kete.. TAPI at least dapat jugak lepaskan gian saya..  Sayang ko la along.. bagi adik yang kaki membebel ni bawa kete ko.. hihi.. BERANI mati je dia naik kete yang adik dia bawa.. hahah..


Si adik dengan si abang.. Kalau orang datang raya kat rumah mesti cakap dorang ni kembar.. Padahal adik dengan abang lain-lain tahun lahirnya.. Layan keletah dorang memang tak kering gusi dan penat itu adalah confirm tapi seronok..

 Selesai salam bersalaman dan sembahyang raya.. Kita posing.. Tahun ni ayah sporting sikit nak amek gambar.. tapi raya pertama je.. masuk raya kedua orang ajak tangkap gambar.. Ayah dah mengelak.. 

 Adik bongsu sama tinggi dah dengan kakak nye.. huhu.. 

 Kedua bongsu dengan paling bongsu.. Sama je besar eh.. si abang begar si adik memanjang berfesyen je.. Parah~


Pape pun Raya dekat belak ayah awesome gila-gila.. Tapi orang dia sume tak gila.. Superb la kat sana.. Smooth je... Takde serabut pun.. Macam-macam kerenah masing-masing.. Dari atok sampai la ke bawah.. Dari yang tua sampai la yang paling muda.. Sebelah mak pula yang seronok nye bila melayan anak buah.. Dapat pulak masing-masing kaki posing.. Pantang nampak kamera posing nye mak oi.. 


Lastly...


Wassalam..

Saturday 18 August 2012

Iftar with them

As Salam..

Berlalunya Ramadhan.. Kini Syawal pula menjelma.. Happy Eid to all Muslim.. Sepanjang ramadhan alhamdulillah sempat beberapa kali saya iftar dengan sahabat-sahabat lama.. Seronok bila dapat berkumpul setelah lama tidak bersua muka. Ramadhan kali ini sangat penuh bermakna.. Iftar bersama rakan-rakan sekolah rendah, menengah sehinggalah sahabat tingkatan enam.. Bertukar-tukar cerita adakalanya mengimbas kembali memori-memori lama. Suka duka silih berganti.. Insya-Allah persahabatan kita akan sentiasa berkekalan..




mereka yang gila-gila.. borak punya borak, sakat punya sakat.. ketawa punya ketawa.. sakit perut jadinya.. 

kepochi gummy teams.. tak kering gusi la masing-masing bercerita.. 


Raya raya juga.. Jangan main mercun.. Makan tu ingat-ingat orang lain.. Jaga kesihatan jaga diri..Tangan dihulur.. Maaf dipinta jika ada terdapat kesalahn yang dilakukan sama ada sedar ataupu tidak sedar.. Salam Aidilfitri..

Wassalam..

Monday 13 August 2012

Sujudku Doaku Hanya Pada Mu


As Salam..

Syawal makin hampir.. Ramadhan makin meninggalkan kita.. Allahuakhbar.. Pasti rindu yang teramat. Semoga ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.. Amin.. Alhamdulillah.. Sepanjang minggu ni banyak berita gembira dapat didengari.. Semoga segala urusan dipermudahkan.. Insya-Allah.. Kediaman for the next semester settle.. Saya suka dengar berita ini.. Berlaku penjimatan sesangat.. So saya tidak memberi bebanan pada mak ayah saya.. Syukur sesangat dengan rezeki yang engkau berikan Ya Allah.. Sujudku Doaku pada Mu Ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada-Mu segala nikmat datang.. Jauhkanlah segala ujian dan dugaan kepada hamba-Mu ini.. Kuatkan dan Tabahkan diri..

Wassalam..


Monday 6 August 2012

Malu dengan awak..


As Salam..

Manusia kini tiada segan silu dengan orang keliling.. Saya malu dengan orang islam yang lansung tiada perasaan malu atau segan. Kadang-kadang rasa macam nak bagi penampar sebiji atau tazkirah yang panjang-panjang supaya manusia ni sedar diri. 

Hello cik abang, awak sedar tak ni bulan ramadhan.. Kalau bulan ramadhan, kita sebagai umat islam adalah diwajibkan untuk menunaikan rukun islam.. Ni mesti kes tak lepas PAI masa sekolah kan.. Entah-entah sekolah pun tak pergi.. Selamba badak awak je makan depan orang.. Pastu boleh pulak nak tunjuk yang awak makan depan orang.. Memang lah kubur masing-masing, tapi tolonglah hormat bulan yang mulia ni.. Memang lansung tiada kesedaran dalam diri. 

Kalau bab menggatal nak ada girlfriend bukan main lagi.. Tengok member ada awek, awak pun nak jugak.. Mulalah miang keladi.. Boleh cair tahi telinga dengar ayat-ayat jiwang tu.. Tapi bab yang wajib hancur.. Kalau diri sendiri pun tak betul, jangan sibuk nak menggatal.. Betulkan diri tu terlebih dahulu.. Berdiri dan bergerak dilandasan yang betul barulah orang respect. Islam itu mudah.. 

Kenapa kita yang nak rumitkan.. Tunaikan yang wajib insyaAllah hidup kita mendapat keberkatan. Wahai umat islam diluar sana, sedar-sedarkanlah diri anda. Jangan asyik sangat dengan keseronokan di dunia tapi leka dengan tanggungjawab kita sebagai umat islam yang perlu menunaikan segala kewajipan..

Kecewa..Malu..

Wassalam..