Friday 26 December 2014

Setelah 6 bulan

Dari satu ujian ke satu ujian
Dari satu penungguan ke satu penungguan
Akhirnya.
Alhamdulillah.
Dipermudahkan segala kekusutan.
Macam tak sangka.
Tidak meletakkan segala harapan.
Rezeki penungguan selama 6bulan.
6bulan yang bukan sekejap.
6bulan yang meletihkan.
6bulan yang penuh segala cabaran.
6bulan yang penuh tanda tanya.
Semoga selepas 6 bulan segalanya bergerak lancar.

Wednesday 17 December 2014

13th December

Hola~



Siapa yang takde kawan gila-gila. Yang otak masing-masing tak pernah berhenti buat plan. Mereka yang tak pernah berkira dengan kita. Ni sungguh mengejut bila one of them tetiba whatsapp tanya jadi ke nak lepak. Kita ni tak tahu apa-apa lansung jujur la. Awat aku tak tahu pape. Memang blur habis. Tak tunggu-tunggu dah terus contact yang lain. Tetiba je kata nak turun Shah Alam amek kawan konon nak balik Seremban. Tu dia demand bak hang. Asal boleh tu merayu suruh jemput. Padahal boleh je balik sendiri. Tahu dah otak masing-masing. Lama sangat tak jumpa, lama sangat tak lepak. Borak dalam whatsapp tak puas. Nak kena jumpa depan-depan baru puas. Nak sakat antara satu sama lain sampai muncung ke depan. Bergurau sampai ketawa mengalir air mata.


Yang balik kerja tak sempat rehat lansung, dah start enjin terus gerak Shah Alam. Yang bagusnya takde sorang pun roger member kat Shah Alam kata dah gerak nak ambil dia. Tak terkejut member bila kita call cakap dah nak sampai. Tiap kali turun Shah Alam memang tak lari la dari makan ayam penyet. Kali ni ke padang jawa kita. Nasi dia not bad. Sebab boleh tambah sendiri. Nak makan banyak mana pun ikut perut masing-masing la berapa banyak boleh muat. 

Plan paling gila bila masing-masing angkat kening kata 'jom p BBW'. Dalam hati masing-masing dah 'YES, YES'. Waktu tu tak kisah la dah tengah malam sekalipun, kalau dah kehendak campur nafsu. Memang laju je menyinggah. Tapi kali ni memang tiada tangkapan lansung. Sekadar cuci mata dengan buku sebab tahun lepas punya best lagi kot. Cukup sekadar jejak kaki pun dah puas hati. Jalan, pusing, berhenti, jalan pusing, berhenti tengok masa dah pukul 3pagi. Yang menguap tanpa henti. Dengan esok masing-masing ada hal. Mata masing-masing tak payah nak kata, kuyu, layu. Tapi bila kepuasan berjumpa tu mengatasi segalanya. Kepuasan yang tiada hingga bila bersama sahabat.







6 year and countings

Assalamualaikum

Hola~

Still countings for what?
Relationships?

Yes! Relationship with them.

Them who are always with me.
Them who are always make me crazy.
Them who are always make me angry.
Them who are always make me happy.
Them who are always make me crying.
Them who are always make lot of memories.
Them who are we call friends.

Tipu la kalau dalam persabahatan tiada perselisihan faham.
Tipu la kalau dalam persahabatan tiada pergaduhan.
Tipu la kalau dalam persahabatan tiada kecil hati.
Itu normal.
Ya jujur.

Kadang-kadang bila terasa tu abaikan je.
Bila lagi dilayan perasaan, tak kemana perginya.
Balik-balik kita yang sakit.
Bila diabaikan, lama-lama bercantum kembali.

Kami tak sempurna.
Kami pun tak lari dari terasa antara satu sama lain.
Masa yang membaiki segala.

Mereka sahabat.


Tuesday 16 December 2014

I'm officially graduated

Yippie!
Hola~~~


Here~ IceQueen


Now I'm officially graduated and alumni of UiTM. I dont care what people like to said bout UiTM but for me I love UiTM too much. Pretty sad sebab dah  habis belajar. Dah tinggal zaman mengaji buku-buku tebal, grouping, research, thesis, gaduh and else. Selama tiga tahun lot of things happened. Sama ada gembira mahupun tangisan. Semua pendam ataupun terukir sebalik wajah.  Hanya kita je yang tahu.


I'm not a friendly person. Selalu dalam dunia sendiri. Just few people yang rapat. Yang tak pernah sangka kita akan rapat akhirnya. Selalu ada disisi semasa jatuh dan bangkit, dipulaukan, malah dipinggirkan. Mereka insan yang tak pernah tahu erti perit memberi nasihat. Mereka adik-adik tetapi ibarat sebaya. Keletah yang tak kenal erti perit.  Yang membawa ketawa. Yang mendukung supaya tida tersembam. Yang faham segala kedukaan kegembiraan. 

Terima kasih sebab sudi terima diri yang banyak kekurangan. Walaupun gila-gila otak masing-masing tapi sentiasa mengingatkan, sudi berkongsi. Sehingga saat terakhir bergelar pelajar dan juga ketika detik bergelarnya seorang graduan. 








Dan tak lupa kepada mak ayah,

Terima kasih sebab sentiasa ada.
Tak pernah mengeluh.
Tak pernah marah.
Kecil hati itu ada tapi tak pernah tunjuk.
Sentiasa menjadi tulang belakang.
Sentiasa menyokong.

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih

Kerana dia adik, aku kakak

Tinggal berdua ni seronok bila kau masing-masing satu kepala.
Gaduh gelak semua sama.
Tak rumit keadaan.
Tak runsing.
Apa-apa buat semua sama. 

Gaduh kejap sebab kita sama.
Gelak kejap sebab kita sama.
Gurau kejap sebab kita sama.
Pukul kejap sebab kita sama.
Dia pukul sekali aku pukul double triple.
Sampai muka bengang.
Bila dia merungut aku kata aku kan kakak. 
Masalah tinggal belakang.
Buat-buat pekak sama.
Buat-buat bodoh sama.
Buat-buat tak tahu sama.
Buat-buat malas memang SEJIBIK sama.
Nangis pun sama-sama pendam.
Tangisan dalam senyuman?
Tapi dia double malas.
Tambah-tambah kalau bab masak.
Pokok pangkal semua sama.
Jarak umur bukan dekat.
7 tahun. But still semua sama.
Cuma dia adik, aku kakak.
Dia sedara tak kenal, aku sedara kenal.
Dia senyap, aku kepoh (dulu), sekarang bisu.
Aku dulu baik baik jahat.
Dia memang nerd.
Nerd-nerd dia pun kaki ponteng.
Aku susah ponteng.
Dia muka lain, sampai orang tanya. 
Kita jawab dia anak angkat. Dalam gurauan itu pasti.
Apa aku tak suka, dia pun tak suka.
So, apa-apa dia adik aku kakak. *hahahaha (gelak kejam).
Kita dua je MAYBE tak buat ayah pening.
Kita dua je pandai buat trick.
Kita dua je pandai bodek.
Sebab kita anak ayah.
Sebab kita ikuit cakap ayah.
Sebab kita dua je bagi telinga dekat ayah.
Tapi bila ayah bebel pasal orang lain kita dua cepat lari.
Tutup telinga sebab malas nak dengar kalau benda tu bukan pasal kita.
Damn.
Stupid people always make problem.
Too much.
Kita dua pun penat. Penat layan.
Segala impian, segala harapan, segala dugaan.
Kita selalu hadap.
Walaupun takde kena mengena.

Kerana dia adik, aku kakak,

Bila ayah cakap pasal 'kahwin'

Topik paling SCARY bila parent kau cakap pasal kahwin. Duk duduk2 depan tv la tetiba cakap pasal kahwin. Mentang2 la topik ni tengah hangat bila sedara ko ni nak kahwin, sepupu sebaya yang tu nak nikah bulan satu. Abang kau yang gatal mengeyam yang bertunang, anak kawan ayah dok rushing nak tunang juga padahal baru lepas putus tunang gara2 tak sabar tunggu ex tunang balik mesia. Then kau cakap alahai orang2 sekarang ni macam2 ragam. Tetiba kau pulak kena tembak.

Ayah  : kau ngah takde ke?
Moi    : elek. Takdo. *sambil buat tangan pusing2*
Ayah  : *terus tukar topi*  Kojo. Dah duduk rumah mana nak jumpa. *tetiba masuk topik balik*
Moi    : kalau la senang macam petik jari terus muncul dah lama dah. Ala tu akak2 supupu relax je.
Ayah   : ayah makin berumur ha. *ayat sedih siap hint suruh cari cepat la tu*
Moi     : huh!
Ayah   : silap2 adik ko dulu. Dah langkah bendul.
Moi     : takpe. Spersalinan wajib bagi.
Ayah   : aah. Ayah minta bagi sepersalinan kain buruk je kat kau *gelak kejam*
Moi     : T.T   *sampai nya hati*

Ni mimpi ngeri ni. Dulu ya tak suka anak2 couple2 ni. La ni ya dah siap hint nak menantu tapi bukan hantu. Kita pulak dup dap nervous. Ni mesti sebab kita nak masuk 24 tahun depan sebab tu ya suruh kita cepat2 cari. Jangan la gitu. Kita tak puas nak duduk bawa ketiak mak ayah lagi dah nak hantar kita duduk bawak ketiak suami. *sentap* Macam dah tak sudi nak jaga kita je. Eh patut nya kita la jaga mak ayah kita an. Tapi ni kita pulak nak suruh maka ayah kita jaga, tengok kita. Melampau nya si anak. Hikhik. Tak puas nak manja2 dengan mak ayah lagi. Well, aku ANAK AYAH okay. Ada kisah pulak. Apa2 AYAH. Sebab dia ada setiap masa. Dia dengar je celoteh kita lebih2 kalau kita start membebel dia tadah je telinga. Sebab kita ni spesies diam tapi kuat bercakap bila dengan parent. Well, I dont care. Nanti kita jumpa kita suruh orang tu datang jumpa ya. Silap2 kita suruh je orang tu masuk meminang. Nak senang mak ayah carikan je la. Selesai. Tu kawan2 Navy takde ke anak bujang. Takde nak runsing fikir2 nak cari. *mengeluh* 

Thursday 20 November 2014

Couple nickname

Sentiasa tertanya2 kenapa couple like to call their couple Hubby, mama, papa, abah, ibu and whatsever yang sekutu dengannya. Or Im the one person who are weird among others. You know the nickname sometimes make others feel like to throw up. You not married BUT stills like to use that nickname. Did you desperate to be call like that. Did you know actually that nickname dia macam kita pegang satu tanggungjawab besar. Dan itu bukan mudah untuk dipikul. Naahhh. Maybe Im the weird ones. MAYBE.

Monday 3 November 2014

old skool+fav subject

Holla,

Apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka masa zaman sekolah. I mean subjek, or whatever yang buat korang rasa seronok or not sampai teringat ingat dan tak boleh lupakan. Hidup aku agak kucar kacir masa zaman sekolah sebab form1-2 dengan form3-5 aku sekolah dekat dua sekolah yang berbeza. I dont know why aku decide pindah dari DUHA. Padahal that skool memang bagi aku gempak walaupun sekolah baru. 

Okay, actually aku asal bukan sekolah DUHA. Aku sekolah dekat SJ@SerembanJaya untuk dua minggu(tak sampai 2minggu pun) masa awal form 1. Then dapat surat tawaran dari DUHA dan bapak aku decide untuk transfer aku ke sana. Well, bila masuk awal2 agak alone sebab tak kenal sape2. Dan tinggal dekat asrama. First time separate dengan parent. Tapi lama2 seronok sebab ramai2 kawan. Aktif tak aktif la dekat sana. Benda or subjek paling aku suka masa zaman DUHA adalah PJ. Time riadah main bola tampar, bola jaring dan sukan paling lasak aku main before pindah baseball. Hampir nak join wakil sekolah. But stupid me sebab decide pindah. Maybe sebab tak matang masa tu. 

Zaman form3 zaman paling ngeri sebab aku pindah masuk kelas yang in the middle. Bukan depan bukan belakang. Form 4 je, terus lompat masuk kelas kedua sampai budak2 batch aku terkejut sebab aku satu2 budak kelas hampir nak hujung masuk kelas sains tulen. Tak riak but its me. Memang dari sekolah rendah aku dah biasa kelas depan2. Sebab aku dah dilatih dan selalu rasa tercabar dengan sepupu sepupu yang memang bijak. Usaha sampai boleh, tapi kalau dah tak mampu tawakal. Form4 memang zaman paling seronok sebab time ni lah aku dapat kenal dengan The Bengongs dan sampai sekarang rapat. Apa2 selalu dengan TheB. Balik kepada suka tak suka. Masuk SJ balik, subjek paling aku benci adalah subjek PJ. Yes subjek paling aku suka dekat DUHA aku benci dekat SJ. Mungkin sebab faktor sekolah ni sekolah just aktif olahraga. Dah aku jadi down. Tambah pulak masa form3 masuk kelas yang budak2 dia dah start nakal2.

I still miss DUHA. Sampai masa form 5, bapak sedara aku ajak pindah sana balik sebab dia jadi pengetua dekat sana. Tapi hati aku tak tergerak nak pindah. Maybe sebab aku dah rapat dengan TheB. Keputusan yang dah buat takkan patah balik. That me. Life is life. Just enjoy your life. Tak perlu mengundur. Sebab ada hikmah sebalik apa yang berlaku.

Traumatized

Holla,

I dont know if anyone has traumatized for certain thing. But me YES. Actually, banyak benda yang aku takut sampai tak tahu macam mana nak handle sedangkan orang lain relax je. How to handle it. I try slow2 but still cant handle it.

First,
Aku paling trauma dengan mesin kelapa. Funny kan. But its the truth. Dulu aku memang pro habis la. Mak aku dulu meniaga kelapa tapi jual dengan jiran jiran je. Sebab malas nak ke kedai. So bila jiran ring ring nak kelapa sebiji ke or lebih, aku pun zuuppp la hilang terus p mesin. Sampai la satu masa tu masa ni dekat kampung and paling seronok nak raya pulak. Mesin la kelapa untuk masak rendang. Mesin punya mesin, dengan jari2 sendiri aku sagat. Dapat pulak mata mesin tu baru tukar memang tajam gila. Yes jari aku luka teruk bukan satu jari pula tu kena sagat. Azab dia time tu tak boleh gun tangan. Lepas tu memang terus tak berani dekat dengan mesin. Bila dengar bunyi je terngiang ngiang kat telinga siap terimbau kena sagat. La ni dengar bunyi okay da cuma kadang2 tu la teringat. But still tak boleh dekat dan mesin kelapa sendiri.


Second,
First time aku naik motor masa form 2. Time tu malam raya. Sebab kampung mak ayah aku sebelah2 je. So memang tiap2 tahun balik belah mak dulu. Malam raya tu nak la menjengah belah ayah. Naik la motor sebab yg nak p aku dengan ayah je. Dia pun ajar aku bawa. Memang tak lama tu berani gila la bawa motor. Kira dah terror. Sampai la satu hari tu aku p accident motor lepas hantar adik aku p sekolah. Memang nasib tak kena tibai je. Start je lepas accident no more motor. Ngeri. Trauma dengan jalan2 besar. Bila masuk tingkatan 6. Bapak aku paksa aku amek lesen sebab dia malas nak hantar dengan kutip aku dari sekolah. Ye la. Sebab dia keje ikut shift. Agak susah la nak lari keluar amek aku kat rumah subuh2 hantar sekolah sume. Bila dah ada motor sendiri memang terus hilang trauma sebab beranikan diri. But still sometimes kalau naik dengan orang aku takut sampai kaki tu rasa nak tekan brake. But kalau bawa sendiri tak heran pun.


Third, 
Aku takut naik kereta dengan orang yang bawa macam orang mabuk dengan orang yang suka follow kereta depan dekat2 macam nak cium buntut kereta. Sampai rasa aku nak tekan brake kuat2. Damn. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku sangat berhati2. Tapi kalau duduk seat belakang aku tak heran kalau org bawa laju. Cuma duduk depan la aku sangat sangat TAKUT.


Forth,
......

Fifth,
.....

Sixth,
...

And so on.

Sangat banyak sebenarnya tapi yang banyak tu tak mampu nak senaraikan sebab banyak sebab.
Aku admit aku sangat pengecut.

Lama

Puas.
Bukan mudah memuaskan.
Bukan mudah dipuaskan.

Faham.
Bukan mudah memahami.
Bukan mudah difahami.

Hanya kerana perbezaan masa yang terluang,
Musnah segalanya.
Retak kaca yang jernih
Demi penyatuan.
Demi perkongsian.
Demi kenangan.
Tercipta disebalik kesukaran.

Wednesday 22 October 2014

Smoke by Maddie&Tae

"Smoke"

Wanna know who burned you so bad
Left your heart in ashes on the ground
Made you promises, took 'em right back
Left you cold and alone, now all you know is the sound

Of goodbye
You won't let anyone inside

Baby, you're just like smoke, blowing on the wind
One minute, you're by my side and then you're gone again
You might be bad for me, but I just wanna breathe you in
Every time I reach out, I find there ain't nothing to hold
Boy, you're just like smoke

We can start out slow like an ember
Get the fire burning back behind your eyes
I wanna feel you when we're together
So, whatever you do, baby, don't disappear

This time
Don't fade into the grey tonight

Baby, you're just like smoke, blowing on the wind
One minute, you're by my side and then you're gone again
You might be bad for me, but I just wanna breathe you in
Every time I reach out, I find there ain't nothing to hold
Boy, you're just like smoke

Smoke
Smoke
Yeah

Baby, you're just like smoke, blowing on the wind
One minute, you're by my side and then you're gone again
You might be bad for me, but I just wanna breathe you in
Every time I reach out, I find there ain't nothing to hold
Boy, you're just like smoke

Boy, you're just like smoke, yeah

Engagement, solemnization and pregnant

Assalamualaikum wbt.

Just counting the day/dates of convocation. Then, macam macam berita gembira of coz. My bff pregnant 3 months and this is amazing. Macam wau gila sebab nak dapat anak buah dah. Plus, my others friend will engaged this thursday and yesterday dia khabarkan berita gembira ni. Setelah macam macam ujian dugaan dia hadapi. Alhamdulillah, Allah bagi hadiah paling tak disangka. Semoga ikatan yang terikat berkekalan ke jinjang pelamin dan jannah. Yang tak tersangka actually, my cousin nak tunang and nikah terus on January 2015. Woooaaahh. I dont know how to response it. Hectic life. Ingat tunang je. Sekali my grandma cakap nikah sekali. I terus terdiam. Cool gila bakal tunang baru je convo but bulan 1 nak nikah. Macam eh. Macam oh. Rezeki dan jodoh sampai awal kan. Hope so that everything events will be smooth and be bless. Minggu yang dikekelilingi berita orang nak tunang, kahwin dan juga mengandung. Kita doakan semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin.

Friday 17 October 2014

Dia mungkin tidak mengerti.
Terkebil-kebil memahami.
Tergamam dengan situasi.
Berdiri tanpa berpaut.
Mencuba malah mencuba.
Dia mungkin berdiri sendiri.
Daya stabilkan diri.
Melangkah menuju yang pasti
Malah dia mungkin jatuh.
Tersembam menyembah bumi.
Graviti menyesuaikan diri.
Luka sembuh sendiri.
Belajar terbang sendiri.
Tanpa mereka disisi.
Dia sentiasa berusaha.
Berusaha sehingga berjaya.


Tuesday 14 October 2014

Kehidupan


Jauh melangkah.
Jauh meninggalkan.
Jauh melihat.
Jauh mendengar.
Keluhan.
Nasihat.
Kritikan.
Cacian.
Pujukan.
Bisikan.
Kata-kata penuh bermakna.
Meresap ke jiwa.
Bangkit dari merudum terhempas.

Warna warni malah berkepam memberi nafas yang terkapar-kapar.

Emotion


Trust,
Believe,
Happy,
Hurt,
Sad,
Everything are emotion that everyone feels.


I'm back with lots of love.

Thursday 1 May 2014

Aku harap aku buta untuk melihat.
Aku harap aku bisu untuk berkata-kata.
Aku harap aku pekak untuk mendengar kata nista.
Aku harap tanganku kudung untuk menulis.

Agar aku mampu simpan segala rasa duka gembira.
Agar aku mampu mengawal perasaan.
Agar aku tidak tersinggung dan menyinggung perasaan.

-YanaUseof-

Wednesday 9 April 2014

Dunia

Lihat dunia.
Lihat sekeliling.
Lihat diri sendiri paling utama.
Jangan lihat buruk pada orang.
Jangan lihat kebaikan pada sendiri.
Kelak diri kita dilihat orang.
Mudah kila menilai orang.
Payah bagi kita melihat dan menilai diri sendiri.
Jangan calit tahi dekat muka orang sedangkan muka sendiri penuh calitan tahi sendiri.
Malu.. Malu.. Malu..


cocok-geletek-terasa

Dicocok melatah
Tidak dicocok melatah
Digeletek ketawa
Tidak digeletek ketawa
Manusia tahu melihat
Tidak mahu memahami
Manusia tahu bercakap
Tidak mahu mendengar

Tuesday 8 April 2014

Bila orang tak suka

Situasi 1:

Pernah tak rasa one day tu kau memang teringin sangat nak luahkan apa yang kau rasa. 
Luahan kau hanya sekadar apa yang kau rasa tanpa tuju kepada siapa-siapa. 
Tetapi luahan itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila terlalu ramai kaki latah. 
Ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa kepada mereka. 
Luahan hanya sekadar luahan bukan cacian atau kejian yang dilemparkan. 
But luahan itu telah mendapat pelbagai cacian kejian malah disebarkan kepada makhluk-makhluk lain yang hatinya tak tahu bagaimana nak digambaran. 
Sedangkan selama ni kau tak pernah bersuara. 
Hanya sekali bersuara sahaja ibarat beribu lontaran peluru dilemparkan kepada kita. 
Apa yang kau rasa sedangkan kau tak caci orang. 
Malah kau senyap tidak berkata apa. 
Tetapi orang masih lantang bersuara seolah-olah kau sampah yang sangat hina. 
Sampah yang tak layak berada di bumi Allah. 
Sedangkan orang lain menghina hasad dengki disokong, dijulang ibarat sebuah piala kemenangan. 
Namun kau hanya sampah yang tinggal masa untuk dilupuskan.
Tanpa henti orang melemparkan segala kata-kata.
Tanpa henti orang mengadu domba tentang kau.
Sedangkan kau hanya duduk diam bersahaja.
Tidak terusik sekalipun.
Jadi siapakah yang terasa.
Siapakah yang melebih-lebih.
Dan siapakah yang cepat melatah apabila ditegur.


Situasi 2:

Kita boleh lihat.
Tapi kita tak berani berkata.
Kau ada kumpulan menyokong kau.
Tapi kau tak tahu kumpulan itulah yang memijak kau jua.
Kau ramai penyokong.
Namun penyokong itulah yang menyiram kau ke dalam lembah yang hina.

Fikir-fikirkanlah.
Hari ini mungkin hari kau.
Hari ini mungkin kau menghina orang.
Hari ini mungkin kau mencaci orang.
Hari ini mungkin kau berkumpulan.

Sedarlah. 
Tak semua hari ini itu akan kekal dalam hidup kau.
Hari ini yang kau lakukan pada dia mungkin berlaku pada engkau.
Hari ini kau berkumpulan mungkin hari esok kau bersendirian.
Dunia tak kejam.
Tetapi kitalah manusia yang sebenarnya kejam.



Monday 7 April 2014

Lucky me

"Lucky I'm in love with my bestfriend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again"

I'm lucky to have you
I'm lucky to being you as my advisor
I'm lucky to have you scold me
I'm lucky to have you joking of me
I'm lucky to have you in my life

I'm lucky when you know I'm in terrible conditition.
You try your best to consult and comfort me.
Loser of me right.
Thanks for calling me
I'm sorry I cannot answer your phone call.
In terrible condition and I need time to relax.

Love you so much.
Sometimes this situation make me more mature.
Learn from the mistake.

To outsiders,
What I want to says is
I'm tired with you guys sometimes.
I'm happy to know you guys.
From there I know who is me.

To outsider,
I'm sorry if my words hurt you'll
I'm sorry sometimes I'm not mature enough
BUT
I'm not sorry when I said the truth.
I'm not sorry when I its my ways to talk the truth
I'm not sorry when I know my friends have repeatedly cover you guys from semester 1 until now.

To outsider,
I want you guys know that I'm not angry with you'll
I want you guys know that I'm not hate you'll
I want you guys know that silent of me sometimes can hurt others from one word
And sorry because sometimes not 'NIAT' to hurt you guys.

-yanerrthelosersometimesandthemostmoodyperson-



Hanya satu langkah

Hanya satu langkah
Mengundang padah
Dikecam, dihina, dipijak

Hanya satu langkah
Dipinggir, diperkata

Hanya satu langkah
Punah segalanya
Semuanya hilang

Hanya satu langkah
Jatuh bersujud

Hanya satu langkah
Menyedarkan segalanya

Hanya satu langkah
Bangkitlah

Hanya satu langkah
DIA masih bersama kita


Saturday 29 March 2014

In LOVE


I'm proud of you.
I respect your attitude.
What I want to said is 'Love You'
Yes.

FRIEND,
Always with me.
Always support me.
Always give me some advice freely.
Always share information and opinion.
Always joking and sometimes make me feel sulk.

Yes I'm in LOVE.
In LOVE with your behavior.
Thanks beb.
Gotta missiu more.

Sincere,
Friend

Wednesday 5 March 2014

Solemnization & Persandingan Wani 1st March 2014


Assalamualaikum wbt

8th November 2013 - Bertungkus lumus masing-masing nak datang e-day Wani. Sanggup datang malam siapkan hantaran yang masih tak siap. BFF yang nak bertunang, kita yang debar.

9th November 2013 - Lebih kurang pukul 11 gitu rombongan belah laki sampai siap bawa tapak sirih. Bersyukur BFF dah selamat jadi tunangan orang.

Januari 2014 -  Terkejut campur gembira bila BFF khabar dia nak nikah bulan 3. 

28th Februari 2014 - Semangat BFF nak kahwin, kami yang tak sabar nak tengok Wani nikah. Mesej la Wani tanya akad pukul berapa buat kat mana. Bila Wani cakap buat pagi sabtu dan nak kami datang awal. Terus setuju nak datang awal pagi

1st Mac 2014 - Awal tak la awal sangat. 9.30 pagi baru gerak pergi rumah Wani. Ingatkan dah selamat di akad nikahkan. Rupa-rupanya majlis akad pukul 10. Seronok la juga sebab dapat tengok live.  Masuk dalam rumah, terus mak Wani cakap Wani dekat bilik belakang. Apa lagi. Zuurrrpp laju je memasing menuju ke bilik Wani. 


Dengan sekali lafaz, alhamdulillah BFF kami sah bergelas isteri kepada Bafi. Sedihnya. Sebaknya. Hanya Allah je tahu. Memang sepanjang majlis airmata ditahan juga supaya tak nangis. Tapi tetap bergenang juga. Allahuakhbar. Tak sangka dalam ramai-ramai sahabat, Wani yang mendahului selangkah lebih depan. 


Bersanding pukul 1.30. Selepas zohor. Part yang sanding ni best sebab Wani orang Johor so memang buat style Johor siap ada tol. Bila pengantin lelaki nak masuk duduk dekat pelamin dorang kena bayar tol dulu. Paling seronok bila kak long (akak Wani) siap bagi pantun lagi. Sebab kita orang negeri kan, bila dapat lihat cara negeri lain punya cara perkahwinan memang seronok sangat.





Dah macam reunion bila ramai kawan-kawan sekolah menengah datang wedding Wani. Alhamdulillah. Walaupun mereka hanya sebentar, tapi dapat lah bertukar khabar dan bertukar cerita. Kita tunggu selepas ni turn siapa pulak. Insyaallah jumpa lagi.

p/s: Barakallahu lakuma wa baraka Wani & Bafi. Semoga pernikahan ini menjadi satu titik di mana masing-masing dapat memimpin antara satu sama lain ke arah yang lebih baik sehingga akhir hayat. Kami sahabat yang lain mendoakan kebahagian dan keharmonian kalian. Insyaallah. Dan tak lupa dapat dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah di masa hadapan. Amin.