Wednesday 5 March 2014

Solemnization & Persandingan Wani 1st March 2014


Assalamualaikum wbt

8th November 2013 - Bertungkus lumus masing-masing nak datang e-day Wani. Sanggup datang malam siapkan hantaran yang masih tak siap. BFF yang nak bertunang, kita yang debar.

9th November 2013 - Lebih kurang pukul 11 gitu rombongan belah laki sampai siap bawa tapak sirih. Bersyukur BFF dah selamat jadi tunangan orang.

Januari 2014 -  Terkejut campur gembira bila BFF khabar dia nak nikah bulan 3. 

28th Februari 2014 - Semangat BFF nak kahwin, kami yang tak sabar nak tengok Wani nikah. Mesej la Wani tanya akad pukul berapa buat kat mana. Bila Wani cakap buat pagi sabtu dan nak kami datang awal. Terus setuju nak datang awal pagi

1st Mac 2014 - Awal tak la awal sangat. 9.30 pagi baru gerak pergi rumah Wani. Ingatkan dah selamat di akad nikahkan. Rupa-rupanya majlis akad pukul 10. Seronok la juga sebab dapat tengok live.  Masuk dalam rumah, terus mak Wani cakap Wani dekat bilik belakang. Apa lagi. Zuurrrpp laju je memasing menuju ke bilik Wani. 


Dengan sekali lafaz, alhamdulillah BFF kami sah bergelas isteri kepada Bafi. Sedihnya. Sebaknya. Hanya Allah je tahu. Memang sepanjang majlis airmata ditahan juga supaya tak nangis. Tapi tetap bergenang juga. Allahuakhbar. Tak sangka dalam ramai-ramai sahabat, Wani yang mendahului selangkah lebih depan. 


Bersanding pukul 1.30. Selepas zohor. Part yang sanding ni best sebab Wani orang Johor so memang buat style Johor siap ada tol. Bila pengantin lelaki nak masuk duduk dekat pelamin dorang kena bayar tol dulu. Paling seronok bila kak long (akak Wani) siap bagi pantun lagi. Sebab kita orang negeri kan, bila dapat lihat cara negeri lain punya cara perkahwinan memang seronok sangat.





Dah macam reunion bila ramai kawan-kawan sekolah menengah datang wedding Wani. Alhamdulillah. Walaupun mereka hanya sebentar, tapi dapat lah bertukar khabar dan bertukar cerita. Kita tunggu selepas ni turn siapa pulak. Insyaallah jumpa lagi.

p/s: Barakallahu lakuma wa baraka Wani & Bafi. Semoga pernikahan ini menjadi satu titik di mana masing-masing dapat memimpin antara satu sama lain ke arah yang lebih baik sehingga akhir hayat. Kami sahabat yang lain mendoakan kebahagian dan keharmonian kalian. Insyaallah. Dan tak lupa dapat dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah di masa hadapan. Amin.

No comments:

Post a Comment