Friday 26 October 2012

bukan sekali, malah berkali

Assalamualaikum wbt..

Salam AidilAdha.. Alhamdulillah.. Dapat merasainya lagi kali ini.. Sebab parent kerjakan. So balik kampung pun kejap je. At least dapat jumpa tok dengan wan dekat kampung. Makin berusia mereka. Sayu lihat keadaan mereka tahun ini. Raya jadi tak meriah sebab masalah kesihatan yang dihadapi mereka. Semoga Allah permudahkan mereka dan berikan kesihatan yang baik-baik sahaja...

First of all.. I want to say SORRY guys..

SENTAP or MAKAN DALAM .. always heard that words and know feel it. Bukan sekali, bukan dua kali malah sudah beberapa kali sejak beberapa tahun. Saja nak tutup mulut, pendamkan semua sebab fikirkan tak baik nak gaduh-gaduh dan nak masam-masam muka. Terasa selalu disisihkan dibelakang. Almaklum, jarang pulang ke rumah sebab busy kan. So apa-apa berita mesti akan ketinggalan ke belakang. Kalau sahabat keluar pun. mesti berita tu sampai hujung-hujung. Selalu sedar diri sebab rumah kita jauh dari korang kan. Kalau keluar pun, rumah kita memang korang tak lalu pun. It's okay.. redha je dengan apa yang berlaku. Sebab tak suka menagih simpati so memang diamkan diri adalah jalan yang terbaik.

MEMENDAM RASA.. ya.. itu adalah hakikat tentang insan bergelar manusia. Segala masalah atau apa pun yang dihadapi tidak pernah rasa hendak berkongsi dengan sahabat yang lain. Pernah seorang sahabat lama menitipkan sepucuk surat. Di dalam surat itu bertulis bahawa sahabat itu menasihati insan tersebut jangan selalu memendam segala rasa. Apa-apa ketidakpuasan hati ataupun punya pendapat bagi tahulah pada mereka yang perlu. Memendam rasa itu bakal merosakkan diri sendiri insan tersebut. Maaf sahabat lama. Insan itu tidak berdaya untuk meluahkan segala-galanya. Segala perkara agak sukar untuk diluahkan insan tersebut. Simpan seperti bukit di dalam diri sendiri tanpa sahabat mereka sedari bahawa ia sedikit demi sedikit menyebabkan insan tersebut mendiamkan diri serta menjauhkan diri dari sahabatnya.. Maafkanlah insan tersebut wahai sahabat sekalian. Insan tersebut hanya insan biasa yang tidak sempurna sehingga bisa memuaskan sahabatnya yang lain..


Sorry again.. I'm not strong enough..


Wassalam..

No comments:

Post a Comment