Thursday 6 December 2012

Tidak sempurna seperti yang lain




Asslamualaikum w.b.t..


'Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata binasa diri'


Memang terasa la tempias-tempias nya sekarang.. Ya.. I'm feel guilty more than ever.. Saya bukan sempurna seperti Rasulullah S.A.W.. Tapi saya cuba mencari kesempurnaan dalam diri saya.. Saya cuba baiki ketidaksempurnaan saya itu.. Maafkah lah kekhilafan dan kealpaan saya ini. Kadang-kadang perbuatan saya berada luar jangkaan saya sehingga tiba satu detik yang membuatkan saya sedar bahawa saya telah jauh dari-Nya.. Mengeluh itu satu perkara yang tidak baik dalam hidup kita sebagai seorang Islam.. Itu tidak dinafikan bahawa diri ini juga kerap mengeluh apabila tetiba sedar bahawa saya telah jauh dari landasan yang benar..Maaf Maaf Maaf kan lah saya wahai sahabat.. Banyak benda yang berlaku membuatkan kadang-kadang saya tidak dapat mengawal emosi saya.. Saya tahu itu boleh membuatkan saya jadi terumbang-ambing.. Ikhlas dari hati ini, bahawa saya bukan sempurna seperti orang lain.. 



Ya Allah.. bantulah hamba-Mu dengan mendekatkan diri ini pada-Mu.. Bantulah hamba-Mu ini menyucikan dirinya..

1 comment:

  1. semua org tak sempurna sebab kita bukan ma'sum macam Rasulullah :)

    ReplyDelete