Saturday 15 December 2012

Hoping it will be better



Assalamualaikum w.b.t.  

It a nice day today.. 
Done with the marathon.. fuhh.. 
Sangat lama tak lari jauh. *Lost sekejap
Sekali sekala join seronok juga. 
Berterima kasih pada sahabat yang ajak kami.  :D





Alhamdulillah semester ini akan berakhir tak lama lagi. Semester baru, pengalaman baru, ilmu yang baru bakal menanti InSyaAllah. Moga mendapat kerahmatan untuk kesemuanya. *feeling excited  InSyaAllah yang berlalu jadikan panduan pada masa hadapan. Yang bakal datang hopefully tidak mendatangkan debar yang kencang yang kadang-kadang sangat-sangat tak terduga.


Ujian dan dugaan sentiasa datang dan pergi. Bagaimana kita atasi, itulah merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan. Membiarkannya sahaja tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian, but sometimes we need to solve it. How to solve, it depends on people. Yeah. Smile and think positive. Dekatkan diri dengan Allah serta doa banyak-banyak minta petunjuk dari-Nya. Apa yang berlaku Allah sahaja yang tahu. Kita sebagai hamba dan umat Rasulullah harus atau wajib ikut perintahnya bukan membelakang atau menyindir islam. Wallahualam..


Segala yang berlaku orang kata tangani dengan kematangan yang ada dalam diri kita. Tetapi segelintir manusia yang bijak berhujah adakalanya tergelincir dari landasan kematangan itu. Bila marah menguasai diri, segala nya habis dilontar tanpa disedari diri sendiri.


Tidak perlu untuk kita melihat jauh mencarinya. Pandanglah dan renungkanlah diri sendiri. Ia berlaku dalam hidup kita. Cuma kita yang tidak pernah sedari. Hormat privasi orang serta tutup keaiban orang tersebut. Bukannya menjaja cerita kepada semua orang. itu diibarat memakan darah daging sendiri. Cerita yang diputar belit seperti tali yang bersimpul boleh memakan diri sendiri. 


Apabila si A bertemu si B dia bercerita tentang si C. Kemudiannya, si B terserempak dengan si C. Disampaikan cerita yang tidak baik malah ditukar klimaks dan penghujungnya sehingga menyebabkan si A berbalah dengan si C. Adakah itu suatu situasi yang baik? 

ATAUPUN, apabila si A update satus di twitter berkenaan apa yang dia rasa. Then, Si B pula mahu meng'update' status namun status itu menyindir si A. Walhal status si A itu tiada kena mengena dengan sesiapa. Perlukah kita menunjukkan keburukan kita pada orang ramai. Seperti bunga tahi ayam. Rupa sahaja cantik tetapi bau nya sangat busuk..


Orang yang suka mereka-reka cerita dan melaga-lagakan orang mungkin tidak sedar bahawa dirinya banyak melakukan suatu perkara yang tidak baik dalam hidupnya. Tahukah dia bahawa segala tindak tanduk nya dicatit oleh malaikat. Segala yang di lakukanya akan dipersoalkan di akhirat. Tidak perlu kita saling dengki mendengki dengan orang. Doa banyak-banyak supaya didatangi dengan kebaikan dijauhi dengan keburukan. 


Adakah dia akan bahagia? Adakah dia akan mendapat keberkatan dari Yang Esa. Wallahulam.. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tahu bahawa semua orang pernah melakukan kesilapan dan aku mengaku juga aku banyak melakukan kesilapan sama ada dalam keadaan sedar, amarah dan sebagainya. Kita memang takkan lari dari semuanya. Namun, haruslah kita sedar kembali dan berfikiran rasional bahawa kembali ke arah jalan yang benar. Bukannya menuju ke jalan yang hitam..


Doakan saya dan berharap menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Saya juga mendoakan kalian diluar sana termasuk sahabat-sahabat ataupun kenalan diluar sana. InSyaAllah..


Wassalam



No comments:

Post a Comment