Tuesday 11 December 2012

I'm strict




Assalamualaikum w.b.t.

Noted here: Baru sahaja beberapa minit classmate menyatakan bahawa kelas batal.. Happy la kan.. Siapa tak happy bila kelas batal ye dak. Rasanya kelas ganti takde dah kot sebab silibus pun dah habis.. yahoo..   BUT3x mood bertukar kepada stress sebab esok ada test. Okay itu sangat merosakkan mood saya. Kegembiraan hanya sebentar kerana saya perlu membuka buku untuk menelaahnya supaya esok masa test takde la terkontang-kanting sorang-sorang time nak jawab. No No No it's okay. Think positive. Setiap kali kita belajar confirm ada ujian kan. So usaha itu penting. Sebelum buka buku kita buka facebook, twitter, blog dsb. Itu dia student yang tak bertauliah. HEHE. Masih lagi dengan dunia sibernya. Rosak anak pak Usop kot gayanya gini. Potong Broadband. *itu tidak perlu   -.-"

Minggu-minggu terakhir ni masih lagi berperang dengan assignment. Kalau diikutkan dah siap hantar dah. Tapi apabila lecturer menggunakan kuasa vetonye menundakan tarikh penghantaran memanglah semuanya dilengah-lengahkan. Padahal kalau ikut tarikh yang dibagi sebelum ni, tak payah nak perah segala info bila nak hujung-hujung sem ni. KRIK KRIK   >.<

Bila assignment melambak, mulalah rasa gelabah je. Tambah-tambah kalau buat last minute ye dak. It's them. ME?  sometimes but I'm prefer untuk siapkan awal sebab nanti tak menyusahkan hidup. Sepanjang 3sem ni memang muka aku je dok kumpul segala bahagian report assignment. Paling rasa sangat geram bila masing-masing hantar bahagian mereka pendek, sesingkat yang boleh. Tak faham dengan style mereka. And mereka pun mungkin tak faham dengan style aku.. Whatever la. Mesti lepas ni korang rasa serik dengan aku kan.. haha  *gelak kejam+tersipu-sipu . Okay itu tiada kaitan..

The truth of me is I'm strict with the report assignment. Tak kisah la apa jenis assignment pun. Kalau buat report mesti nak panjang-panjang sebab kalau pendek-pendek rasa sangat tak puas hati. Selagi boleh cerita secara detail, kita cerita dalam report. Kenapa nak ambil point penting tapi tiada huraian. Biar cerita tergantung macam tu memanglah tak sedap apabila dibacakan. 

To my members group, I'm SORRY if I'm strict with you. I have to. Kalau boleh nak kumpul segala maklumat cepat supaya dapat di 'combine' kan sekali. Then hantar dekat lecturer. Aku nampak macam paksa korang kan. Ya.. It's true maybe. Kalau buat last-last minute semua kerja tak jadi. Tambah-tambah aku yang kumpul and aku tak suka nak stay up sampai subuh macam sem-sem lepas. Aku kena edit orang punya, aku kena baca, aku kena tambah infromation. Semua tu sangat rumit. Kalau korang bagi awal-awal, senang aku nak edit. Tak payah aku nak rushing semak semua..


Lastly, guys  --------->>    I'M SORRY



Wassalam


No comments:

Post a Comment