Monday 3 September 2012

Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku

As Salam..

Allahuakhbar..Allahuakhbar.. Allahuakhbar..

Sungguh ku terkedu tika membaca ceritamu wahai sahabat. Sungguh ku hiba sehingga terasa sayu dihati ini  tidak dapt diungkapkan dengan kata-kata. Tidak ku sangka hidupmu sungguh perit. Tidak ku duga disebalik nasihat dan kekuatanmu sebagai anak, pelajar dan juga pembimbing dirimu diselubungi pelbagai dugaan dan ujian yang getir dari-Nya. 


Sesungguhnya sahabatmu ini tersangat merinduimu. Merindui senyummu, ketabahanmu, tawamu, kecekalanmu. Allah itu maha mengetahui segala perjalanan hidup umat-Nya. Disebalik ujian yang menimpa pasti ada kebahagiaan jua. Tabahkanlah dirimu wahai sahabat. Kuatkanlah dirimu untuk meneruskan perjuangan kita sebagai seorang umat islam. 

Tidak terduga sungguh besar dugaan yang menimpa sahabat. Dari satu dugaan ke satu dugaan. Hanya doa dapat sahabat titipkan buat dirimu disana. Semoga Allah permudahkan urusan mu dan menjauhkan segala ujian yang lagi besar dari hidupmu.Walaupun sahabat membaca banyak kali, sahabat tidak dapat menahan kesedihan. Berat bahumu wahai sahabat untuk memikul beban ini. 

Tika ini terkenang kembali memori lama detik perkenalan kita. Kelembutanmu keayuanmu memikat ramai hati sang jejaka diluar sana. Alhamdulillah dirimu pandai menjaga segala tatatertib sebagai seorang muslimah. Kerajinan, usaha serta kepandaianmu akhirnya membuahkan hasil sehingga kini berjaya menjadi mahasiswi di sebuah Universiti. Alhamdulillah.. Dan kini berusaha menjadi pelajar yang berjaya, pemimpin yang berdedikasi, anak yang taat dan memahami serta hamba yang berusaha memantapkan iman. Nasihat yang tidak pernah putus dari mu walaupun hanya dari alam maya sangat-sangat membantu sahabatmu yang lain.


Bertahun perkenalan kita membuatkan dirimu kini lebih tabah dan cekal menghadapi segala ujian dari-Nya. Perubahanmu sungguh menjadi rujukan dalam hidupku. Keranamu wahai sahabat sering menjadi perintis ke arah islam yang benar. Insya-Allah.. Akan ku hargai usaha mu wahai sahabat. Teruskan perjuangan mu menyampaikan dakwah sedikit demi sedikit kerana ilmu itu sangat berharga.. Allahualam..

Yang merinduimu,
Sahabat


Wassalam..

No comments:

Post a Comment