Saturday 31 March 2012

cinta agungku



As salam,


Kalau orang kata cinta itu indah.. hidup itu penuh dramatis..seperti dibuai-buai apabila madah cinta diucapkan oleh sang jejaka.. malah kata puitis yang sentiasa dilagukan ditelinga setiap masa adakalanya membuatkan si bunga asyik sehingga si bunga terasa disayangi dan dicintai oleh sang jejaka tapi bagi sesetengah insan cinta agung mereka hanya untuk pencipta dan  keluarga... kelalaian, kelekaan dalam perhubungan kadang-kadang boleh merosakkan diri.. apabila pasangan itu tidak mengambil tahu batas-batas mereka dan lagi mudah apabila syaitan mula menghasut sehingga mereka tergoda dan jauh dari persimpangan yang sebenar.. kesedaran haruslah wujud dalam setiap perhubungan agar tidak jauh dari batasan yang sebenar..



Maaf bukan niat diri untuk tidak mengenali cinta sesama manusia.. tetapi cinta untuk sang pencipta masih belum cukup sehingga diri tidak mampu untuk mewujudkan satu hubungan yang lain.. andai kata jodoh itu ada, insyaallah tidak akan kemana..cinta yang diredhai pasti mendapat keberkatan.. cinta itu lah yang diri ini mencari bukannya cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata.. pasti akan jumpa dikemudian hari apabila diri ini terasa lengkap dengan iman, dan pertolongan dari-Nya.. hanya doa yang dapat diri ini pohonkan agar perubahan akan terus berlaku dalam diri ini.. masih mencari-cari diri yang sebenar agar tidak jauh terpesong dari kebenaran.. hanya doa dan doa dapat kutitipkan kepada pencipta ku agar memberi kekuatan dan semangat pada diri ini supaya menjadi kuat dan sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan yang tidak pernah berhenti datang. andai kata ajal itu tiba satu hari nanti tiada penyesalan di kemudian hari.. insyaallah.. persediaan akan terus dilakukan kerana bila-bila masa sahaja nyawa ini akan diambil oleh sang pencipta..

cinta yang diredhai apabila hubungan itu berdiri di landasan yang benar.. moga bertemu di kemudian hari insyaallah..


wassalam..



No comments:

Post a Comment