Friday 27 December 2013

kealpaan dunia, beribu langkah, berjuta kesilapan


Dia di panggil sahabat?
Dia melahirkan engkau?
Dia membesarkan engkau?
Dia mendidik engkau?
Dia membelai engkau?
Dia harta bagi engkau?
Dia membantu engkau bila susah?
Dia bersama engkau yang susah?
Itukah SAHABAT bagi engkau?

Sedarkah kita, sahabat itu membahagiakan.
Sedarkah kita, sahabat itu merosakkan.
Sedarkah kita, sahabat itu mempersonakan.
Sedarkah kita, sahabat itu memecahkan.
Satu langkah ke depan, mahu pun ke belakang membinasakan.

Kadang-kadang hidup kita jangan terlalu meninggi diri sampai tak lihat sekeliling kita.
Jangan selalu merasa yang diri kita bagus sedangkan kita bukan siapa-siapa.
Jangan rasa kita sudah cukup lengkap sedangkan kita masih terkapai-kapai.
Jangan terlampau mengagungkan sahabat yang bukan SAHABAT sebenar.

Setitik ia jatuh, kita tak nampak.
Dua titik ia jatuh, kita tak nampak.
Tiga titik ia jatuh, kita tak nampak.
Renyai-renyai ia jatuh, kita tak nampak.
Lebat sehingga ribut pun kita masih tidak nampak titisan itu menghempas bumi.
Gelapnya sang hati. Pendeknya si akal.

Tercatit lah satu, dua, tiga malah banyak lagi di bahu kiri kita.
Tercatit lah untuk kita hadapi akhirat kelak.
Tercatit lah ia membuktikan berdosanya kita.

Sedarkah kita, mereka masih berharap.
Sedarkah kita, mereka pokok kita berpaut.
Sedarkah kita, mereka keringat tua mereka membesarkan kita.
Dunia, dunia, dunia.
Itu semua permainan dunia.

Jangan dicantas dahan yang selama ini aku berpaut.
Jangan ditebang pokok yang aku peluk.
Dahannya yang satu itu patah menyembah bumi.
Aku lemah mempertahankannya.
Aku pinta bertahan.
Namun siapa aku untuk meminta.
Siapa aku untuk menukar takdir.
Siapa aku.
Hanyalah insan lemah.

No comments:

Post a Comment