Assalamualaikum wbt.
Hidup student final year kalau tak kalut memang tak sah. Baik kalut dari mental kan. Kang menyusahkan orang sekeliling plus mak ayah juga nak jaga kita yang normal pada asalnya. Nak salahkan siapa? Berani nak salahkan lecturer yang suka bagi assignment mahupun assessment last-last minute or bagi selambak macam longgokan baju bundle jual kat pasar gitu. Salahkan diri sendiri la yang tak reti-reti nak sedarkan diri. Kot mental salah sendiri sebab bagi assignment awal pun tak reti juga nak buat, bagi last minute membebel kalah ayam nak bertelur. Jangan sibuk nak tuding jari pada orang padahal diri sendiri yang tak reti nak sedar-sedar.
Start minggu lepas (8/11/13) lagi, event berderet-deret sampai la awal bulan 12 yang memang kena attend plus kena keluar duit padahal event kelas sendiri pun kalau budak kelas lain attend tak charge pape. Ni kes nak mencekik orang ke hape sampai tak boleh nak makan semata-mata nak bayar event dorang yang sesuka mak bapak dorang je charge mahal-mahal. Lepas tu makanan tak cukup dan tak sedap. Itu memang minta kaki plus minta penampar kuat-kuat dan laju-laju sebab menyakitkan orang.
Kalau sorang dua je yang marah takpe, ni dah jadi kes meletup sebab semua budak marah. At least cuba jadi memahami sebab masing-masing tengah saving sebab next semester nak kena buat trip. Walaupun taknak pergi tapi sebab nak penuhi tuntutan subjek la katakan.
Kalau sorang dua je yang marah takpe, ni dah jadi kes meletup sebab semua budak marah. At least cuba jadi memahami sebab masing-masing tengah saving sebab next semester nak kena buat trip. Walaupun taknak pergi tapi sebab nak penuhi tuntutan subjek la katakan.
Tolonglah sedar diri yang diri anda merupakan student final year. Tinggal satu sem je lagi nak habis study. kalau memanjang nak bergantung pada orang memang parah le. Takkan esok-esok nak nak kahwin sibuk menyusahkan orang lain padahal kau yang nak dirikan masjid kan. Ubah-ubah lah perangai tu dari malas jadi rajin sikit. Kang sikit-sikit panggil si polan ni minta tolong kau padahal diri kau takde effort sendiri.
UBAH, UBAH, UBAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERUBAH *bagi sesape yang terasa
Wassalam
No comments:
Post a Comment