Thursday 14 November 2013

e-day sahabat, Wani


Assalamualaikum wbt


Makin dekat dengar bunyi kompang. Alhamdulillah tahniah bff(wani) yang baru sahaja bertunang sabtu lepas. Kami semua tumpang gembira. First kawan sekolah yang paling rapat dan budak sains yang pertama memulakan langkah baru dalam hidup. This is our first time tolong sahabat menyiapkan persiapan. 

Ini merupakan pengalaman pertama buat sahabat-sahabat untuk meraikan this e-day. Bila dengar ura-ura wani nak bertunang, mengelupur masing-masing sebab terlampau excited. Siapa tak excited dengar bff dari sekolah menengah nak selangkah ke depan, nak masuk ke alam lagi satu. Seronok tahu. Perasaan seronok tu memang tak dapat nak tergambar.

Bila confirm tarikh berlansungnya majlis e-day, terus sahabat-sahabat yang lain set tarikh and free kan hari sabtu semata-mata nak attend. Sampaikan si fakhri tu non stop tanya ada pape tak nak buat kat rumah Wani. Until jumaat lepas (8/11), semua decide nak pergi rumah wani bantu apa yang mampu. 



e-day, Saturday morning. Around 9.20 am.

Sahabat-sahabat tiba di pagi hari. Sementara menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki. Sarapan dulu, then lepak dekat bilik sementara mak andam touch up muka Wani. Camera memang tak lari merakam perjalanan majlis.


Tak padan dengan usia masing-masing ni. Bukan bawah 20 lagi dah lebih pun. Penangan melepaskan gila-gila masing-masing dengan perjanjian di mana even though masing-masing akan mempunyai keluarga sendiri suatu hari nanti, persahabatn itu akan terus kekal. 

Ibarat susah sama susah, senang sama-sama. Jangan bila susah masing-masing tak pandang, bila senang tak mahu berkongsi. Alhamdulillah setakat ini susah senang bersama terutama bila sorang jatuh masing-masing akan cuba membantu dalam membangunkan sahabat yang jatuh tidak kira la dari segi apa pun. Kadang-kadang membantu dari segi psikologi boleh membantu sahabat juga.


Hantaran dari pihak perempuan kepada  pihak lelaki.







Fakhri yang sibuk bertanya ada apa-apa tak nak bantu masa e-day Wani. Dia lah yang paling bersemangat. Last-last kena buli dengan anak-anak dia. Bak kata dia 'ni dah jadi asimilasi ni'. Maksudnya A + B = B 

Yang blur, blur la. Yang faham, faham lah apa maksud dia.

Apabila Fakhri dipaksa posing dengan hantaran.  Dia pergi angkat gubahan daun sireh pulak. Siap kata after this giliran ni, giliran tu. Dia punya giliran paling last sebab dia lelaki then dia nak lepaskan budak perempuan. The most funny dia kata, tiba giliran dia, sahabat-sahabat dah ada anak time tu dan anak masing-masing main sama-sama kasi meriah dia punya mjlis. Yang menangis, menangis, Yang berlari, berlari. Besar sungguh impian kau. Moga impian itu dapat direalisasikan insyaAllah.



Around, 11.45 am
Rombongan lelaki tiba. 
Mula lah sesi berpantun antara wakil dari kedua-dua belah pihak dan juga penyarungan cincin merisik + tunang.

Here we are after selesai majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan selingan macam-macam perkara yang memang kalau teringat memang terbahak-bahak gelak. Terutama masa nak sarung cincin merisik. Disebabkan masa majlis merisik sebelumnya, pihak lelaki tak bawa cincin, so nak sarungkan sekali masa bertunang. Sambil menunggu pihak lelaki berkias dekat bawah, dorang suruh tanya empunya badan (wani) setuju ataupun tidak. Puaslah mak wani berlari naik turun naik turun.

Situasi 1

Mak Wani : Ni mak bawa cincin dari pihak lelaki. Ni cincin arwah mak belah lelaki. Kalau setuju, angguk je. Jangan cakap pape.

Wani : .... tetiba 'SETUJU'      *dengan jelas dan kuat

Kami+mak Wani : Puas gelak terbahak-bahak. Orang dah kata kalau setuju angguk je, si Wani punya excited terus cakap setuju. (mak wani turun bawah bawa cincin)

Situasi 2

Mak Wani : (Naik bawa cincin semula) Eh! Wani. Mak ingat tunjuk kat kau je *sambil pegang cincin . Rupa-rupanya kena sarungkan. Puaslah dorang terkejut sebab mak bawa turun cincin ni semula. Sebab kalau tak sarung tanda kita tolak pinangan.

*kami gelak kuat sebab kelakar. Cincin risik disarungkan


After 5 minutes,
Sahabat-sahabat membantu membawa turun dulang-dulang hantaran. Bincang punya bincang insyaAllah perjanjian dalam setahun. Tiada aral melintang dalam linkungan setahun, selangkah lagi mendirikan masjid. Amin.


Congatulations Wani. Kami sentiasa dibelakang anda. Kami mendoakan semoga berkekalan ke jinjang pelamin. Semoga berbahagia hendaknya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment