Tuesday 22 October 2013

Mampukah aku sebagai anak


Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang bila kita pandang muka tua mak ayah kita tak kira lah sama ada dalam gambar mahupun depan-depan, adakalanya otak mula berfikir adakah aku mampu nak balas kembali budi mereka. 

Adakah aku mampu untuk mencapai segala impian mereka?
Adakah aku mampu untuk berdepan segala dugaan dan ujian yang akan datang yang sudah tentu lagi getir kerana aku bukan lagi kecil yang perlu duduk di bawah ketiak mak ayah. 
Kita sudah besar dan dewasa serta mampu untuk berdikari sendiri tanpa pertolongan mereka yang makin berusia dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita di dunia yang sementara ini.

Bila kita dengan mereka mesti kita dengar impian mereka yang mahukan sesuatu yang baik dari kita.
Terfikir tak kita impian mereka itu jika kita mampu tunaikan, ia akan buat mereka senyum dengan senang hati. Secara tidak lansung kita membahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata.
Itu juga yang membuat aku terfikir, sempatkah aku. Mampukah aku.

Pernah tak dengar mak ayah kita berkata 
"kalau ayah takde, tolong ayah buat ni buat tu. Tolong ayah selesaikan ni selesaikan tu"

Apa perasaan kita masa dengar apa yang mereka kata tu.
Apa perasaan kita bila ayat yang mereka sebutkan itu sungguh menghayat hati yang kita tak terduga.
Yang kita tak sangka akan keluar dari mulut mereka.
Yang sentiasa berulang-ulang.

Sesungguhnya berat untuk kita tanggung tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh mak ayah kita. Berat hati aku untuk melepaskan sesuatu yang aku pasti aku belum bersedia lagi untuk hadapi. Cuma aku pinta bagilah aku peluang untuk membahagiakan mereka semampu dan sedaya yang boleh. Walaupun hanya sedikit dan ia mampu memberi kepuasan pada mereka. 

Bukan aku pinta untuk menahan sesuatu kematian ataupun sebagainya, kerana kematian itu sudah pasti akan berlaku cuma bila ia berlaku pasti menjadi tanda tanya pada kita yang msaih hidup. Tapi berilah aku sedikit masa untuk membalas jasa mereka selagi mereka masih bersama aku. 

Wassalam

No comments:

Post a Comment