Sunday 1 September 2013

Intern life


Assalamualaikum wbt

Happy Independence Day.

I'm quite busy for internship and now I'm free *sad. Alhamdulillah. Cuti sem berbaki lagi seminggu. Gunakan sebaik mungkin dengan keluarga dan rakan-rakan. Lepas ni confirm satu semester tak dapat jumpa. Entah-entah setahun sebab cuti untuk next semester full holiday digunakan untuk intern lagi sekali.   Alaaaaa !!!!!   *hentakkaki* Me is tak seronok pun dengan berita yang diterima. Tapi tiada apalah. masa depan itu pentingkan. Berkorban demi kejayaan.

How's about my Intern life? Seronok. Ya seronok adalah kata yang mudah digambarkan. Memang rasa bersyukur dan berbaloi bila dapat ilmu yang kita sendiri tak boleh nak lukis. Kalau kawan-kawan yang lain first day tu dah nervous tahap tak terkata and me memang tak rasa apa-apa malah nervous pun tak. Memang kalau boleh tak nak rasa nervous tu sebab ia akan mengganggu perjalanan whole day bekerja. Sampai je tempat praktikal dah mengadap pengarah dan lapor diri pada kurator.  Masa kena lapor tu rasa macam eh bukan lapor pada sekian sekian ke. Last-last lapor pada orang lain. Tak menyesal pun sebenarnya sebab boss baik kot.

day-1

Praktikal masa puasa kan mencabar la sikit sebab berlari ke sana sini walaupun tak sangat tapi ia memenatkan tambah-tambah kalau cuaca tu panas yo. Dah nak minggu last puasa sampailah habis praktikal tu memang dah start kerja melambak-lambak. Angkat call. Telefon jabatan-jabatan luar. Ambil maklumat. Kasi maklumat. Fax surat. Banyak. Sangat banyak. Tak cukup kaki. Tak cukup tangan dibuatnya.

Minggu paling busy dan minggu paling rasa sedih sangat adalah minggu last intern. Memang rasa nak je sambung terus. Dah memang tak rasa berpraktikal. Dah rasa macam permanent staff sebab semua kerja dah buat. Bonding dengan semua dah memang kuat lebih-lebih dengan staff satu office. Dan minggu akhir tu juga ada event besar plus kena buli habis-habis pula tu. Siap stay sampai tengah malam nak siapkan pameran. 

Rasa tak puas dan nak lagi. Baru rasa macam mana bekerja dalam dunia yang sebenar. Bila free memang free tapi bila busy tak nampak dah muka masing-masing dekat pejabat. Bertungkus lumus menyiapkan semua persiapan event. Tak cukup satu terima kasih. Berbanyak-banyak terima kasih pada staff yang memang tak lokek bagi ilmu. Yang sentiasa tanya 'Yana okey?'  Yes Yana okey. Yana terharu bila ada staff kata 'ala. Lepas ni Yana dah takde. Takde sapa nak bantu nanti'. Yana sedih bila staff kata gitu. kehadiran yana dihargai sangat dan Yana rasa beruntung bila semua ambil berat dan sentiasa doakan Yana.


Thank you to:

1. Bos merangkap kurator muzium yang sentiasa tegur bila Yana salah buat report. Yang ajar yana semuanya. 
2. Kak Miza yang sentiasa ada bila Yana memerlukan orang untuk bantu Yana. Terima kasih sebab belanja Yana makan dan celebrate tamatnya Yana intern dekat situ.
3. Kak Mawar yang suka bercerita dan menhangatkan suasana office. Hari last Yana, akak pulak takde sebab EL. Tapi takpe insyaAllah boleh jumpa lagi.
4. Abang Jo yang prihatin dan kuat berjenaka. Bapak orang yang tak macam bapak orang sebab otak yang gila-gila. Okey lepas ni Yana tak dapat bantu abang pasang pameran sehingga abang try,try dan last try memang tak boleh juga. Lagi jahanam adalah barang elektrik tu. hahaha. Sorry la Yana ada tergurau kata abang punya baju masa event dah macam bendera melewar (betul ke ejaan) dengan karpet tu. Tapi serious kot sama warna. Dah boleh pacak je abang dekat tanah berdiri sebelah bendera. 
5. Pada staff office atas yang ramai tu juga. Kalian sangat baik. 


*Kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang insyaAllah berjumpa lagi. Terima kasih Muzium.

Wassalam 

No comments:

Post a Comment