Tuesday 26 June 2012

HAPPY HOLIDAY


As Salam...

Masih menghitung hari untuk bercuti panjang.. Tak sabar nak balik rumah jumpa family and spend time dengan kawan-kawan.. eh!!! jap jap.. kenapa saya masih belum bercuti padahal Universiti lain dah start cuti 2-3 minggu yang lepas lagi.. Biasa lah Uitm kan.. agak lambat atau boleh dikatakan jauh sikit kebelakang.. sedih kan bila jarak cuti dengan kawan-kawan dekat U lain tak sama.. Nak spend masa pun susah.. Nak jumpa pun jarang je sebab cuti yang tak sama.. kata dah selaras semuanya TAPI ... . Nothing.. sobsob.. 

Perang dengan buku perang dengan report perang dengan kertas.. Semua tengah berperang untuk mencapai kemenangan dalam medan peperiksaan.. Siapa taknak result bagus... Lebih-lebih lagi semua nak kejar dekan kan.. Ada ke belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kejar kejayaan.. Kalau ada lebih baik duduk rumah goyang kaki je kan..

Dalam mengejar segalanya mesti ada yang ketidakpuasan hati kan.. Lebih-lebih bila ada orang dekat sekeliling kita lepas tangan macam tu je..dah lah ada pangkat atau jawatan tapi duk goyang kaki je.. Kalau ada orang puji dia pulak yang seperti terapung di awangan padahal dia tak buat kerja pun.. Perangai manusia macam ni lebih baik kita lupuskan kalau tak bertambah teruk organisasi setiap pengurusan.. Saya benci orang yang banyak mulut tapi kaki tangan tak jalan.. Suka arahkan orang tapi dia duduk je atas kerusi berlagak macam bos besar padahal lansung tak membantu dalam segala perkara.. Kalau dalam 10 oang tu ada sorang umat manusia begini, better cegah awal.. nanti binasa semuanya..

Think positive yukk..

Wassalam...


No comments:

Post a Comment