Monday 8 August 2011

Tanah Beradat

Sebagai anak jati Negeri Sembilan..Aku terasa sangat2 berminat hendak mengetahui semua tentang asal usul ku..Lebih2 lagi bila ayah suka sangat2 cerita tentang suku keluarga emak.. Ayah cakap emak keturunan suku biduanda..Kiranya anak lelaki dalam keluarga boleh menjadi waris undang luak rembau.. Hmm.. Sometimes terfikir jugak.. Ingat senang ke nak jadi undang.. Banyak tanggungjawab woo..Tambahan pula perlantikan mengikut sistem bergilir kerana suku biduanda terbahagi kepada dua iaitu Waris Jakun(Dato' Lela Maharaja) dan Waris Jawa(Dato' Sedia Raja).. Dan tentang adat yang sangat2 dijulang.. Kalau kita lihat pada hari ini, masyarakat sekarang banyak yang tidak mengambil tahu mengenai sejarah2 yang ada di Malaysia..Adat perpatih dan Adat Temenggung merupakan dua adat yang diamalkan di Tanah Melayu... Seperti yang kita tahu Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih..Adat ini lebih mementingkan nasab ibu.. Oleh itu semua harta pusaka akan di beri kepada anak perempuan.. Bukan itu sahaja, ingat kahwin mudah ke.. Yela kalau tengok masyarakat sekarang.. Ada yang tak pentingkan adat lagi.. Tapi bukan keluarga aku.. Semua masih mementingkan adat..Kalau nak kahwin kena jemput buapak siap bawa tepak sirih.. Jangan main2 taw.. Lagi satu ramai juga la orang lelaki luar dari Negeri Sembilan taknak kahwin dengan orang perempuan Negeri Sembilan.. Sebab ape???   Sebab dorang takut nanti harta2 dorang kena amek.. Adoh hai.. Jangan salah faham pada adat perpatih..Harta sepencarian dibahagi sama rata.. Harta yang dibawa oleh si lelaki tidak akan diambil malah andai kata si lelaki bercerai dengan si perempuan si lelaki boleh mengambil harta yang dibawa nye bersama2..Tetapi harta pusaka perempuan itu si lelaki tidak boleh amek..  Cuba faham kan dan pelajari tentang adat perpatih... Adat ni sangat2 unik..Bukan hanya membuat andaian sendiri tetapi cuba pelajari dan fahami..


Terdapat 12 suku iaitu suku :

                 1)  Biduanda (Dondo), 
                 2)  Batu Hampar (Tompar),
                 3)  Paya Kumbuh (Payo Kumboh), 
                 4)  Mungkal, 
                 5)  Tiga Nenek,
                 6)  Seri Melenggeng (Somolenggang), 
                 7)  Seri Lemak (Solomak), 
                 8)  Batu Belang, 
                 9)  Tanah Datar, 
               10)  Anak Acheh,
               11)  Anak Melaka dan
               12)  Tiga Batu


Dalam 12 suku ini, suku Biduanda merupakan suku yang boleh menjadi undang..Hal ini kerana suku ini dianggap sebagai suku asal Negeri Sembilan.. 

No comments:

Post a Comment