Saturday 31 January 2015

Kawal kewangan sendiri

Assalamualaikum.

Just share what I want to share. Because I don't think people will read what I wrote.
This just my opinion so shut your mouth kalau rasa tak puas hati.

Baru je baca one of my friend's status pasal pengurusan kewangan. Dan dia sungguh tak puas hati bila harga barangan naik, naik dan naik. Benda itu juga berlaku pada setiap orang termasuk AKU tapi aku takde lah sampai nak mogok ke buat demo ke apa tapi aku akan bebel bebel dan bebel tanda ketidakpuasan hati. Sebab aku bukan spesies yang nak buat benda benda yang aku rasa bukan jiwa aku. Mungkin boleh dikatakan aku tak suka la demo demo jalanan ni. Rasa macam buang masa je. Itu aku la. Orang lain tu depend pada dorang la. 

Pernah tak rasa nak bandingkan zaman dulu zaman sekarang. Dulu duit singgit pun besar kan. Kenapa sekarang singgit rasa kecil sangat. Kenapa harga kertas makin mahal. Pernah bayangkan tak masa yang akan datang kita tak guna dah kertas kertas ni. Semua guna teknologi yang makin maju dan virus juga turut berleluasa bila manusia terlampau bijaksana hack sana hack sini. Apa yang kita lakukan pada bumi. Harga kertas mahal sebab kepupusan sumber, malah kemelampauan manusia dalam melakukan pembaziran dan alam turut melempiaskan kemarahan terhadap manusia manusia yang adakalanya tidak pernah bersimpati pada mereka. Jadi segala bencana alam berlaku gara gara kerakusan manusia yang mahukan pembangunan tanpa menghiraukan kelebihan pokok pokok yang memberikan sumbangan kepada manusia seperti oksigen. 

Apabila segala sumber hampir kepupusan, maka segala harga dinaikkan mendadak. Sedangkan ia boleh dikawal jika manusia mampu mengawal kerakusan mereka dalam menelanjangkan muka bumi serta menghancurkan segala sisa alam. Jika manusia tahu mengawal segala pembaziran malah keborosan, mereka mampu mengawal kewangan sendiri.

Apa yang boleh ditanyakan kenapa gaji 2,000 tak cukup pada orang yang single. Bagi aku la 2,000 tu akan cukup bila kau tahu bagaimana nak kawal nafsu kau dalam membeli. Kalau tiap2 minggu kau shopping sana sini termasuk online shopping dan mata tu manjang blink blink je bila nampak 'JUALAN MURAH' memang la duit tu habis. Kalau kau rasa makan pakaian segala galanya nak branded kau memang terlebih bijak sebab segala apa yang kau makan apa yang pakai itu adalah satu pembaziran. That why la kau tak pandai nak uruskan kewangan sendiri.

Cool la kot. Ayah aku sebagai role model bagi aku. Keluarga aku tak senang. Dulu ye. Rezeki tu tak pernah putus. Sejak kilang Jepun yang ayah aku kerja tutup operasi, dia kerja biasa je under hotel. Dan bagi sesiapa tak tahu gaji hotel tersangat la kecil sehinggga lah kerajaan decide kata paling minimum 900. Hanya 1,300 apa yang kau rasa dengan nak bayar rumah, nak sara 4 anak-anak yang masih belajar. Dan 1,300 tu alhamdulillah setakat ni perancangan bulanan yang terkawal mampu menyara lagi kehidupan yang mana harga segala barang runcit turun, naik, turun, naik dan naik. 

Kepada yang rasa gaji dia 2000++ tu tolonglah bersyukur dengan apa yang korang ada terutama yang masih single sebab gaji itu sangat mampu sara hidup korang sebenarnya. Kenapa masa zaman U korang boleh survive dengan pinjaman PTPTN yang satu semester bukanlah banyak pun. Tapi kenapa zaman kerja yang korang dah ada duit sendiri korang rasa tak cukup. Sebab bila kita dah pegang duit kita sendiri kita jadi buta dengan apa yang kita ada. Kita jadi leka. Kita jadi lalai. Kadang kadang kita rasa kita angkuh pada diri sendiri. Nafsu pembaziran yang tidak terkawal tu la menyebabkan kita tak pernah cukup dengan apa yang kita.

Apa yang aku mampu dan harapkan bila role model aku sentiasa ada dengan aku sebagai peringatan supaya aku tahu kawal duit aku. Cukup cukup la minta mak ayah. Ini lah masa kita yang berkhidmat dengan mereka. Masa ni lah kita bagi hasil titik peluh kita pada mereka.

Dont judge me. This is my OPINION.

No comments:

Post a Comment