Monday 6 May 2013

Hari Mengundi, Hari Cuti


Assalamualaikum wbt.

Sesi mengundi pun sudah habis. Sekarang sesi mengira undi yang masih tak habis-habis lagi.
Who know what happened behind right. Just only one know everything that happens - Allah swt.
Dari bermulanya detik mengundi sampailah sesi pngiraan pelbagai spekulasi keluar.
Owh Malaysia ku apakah yang bakal terjadi. 
Dimanakah keamanan, kejujuran dan juga keadilan yang rakyat mahukan.

Pagi 
Isu dakwat kekal. Eh isu yang diperbesarkan oleh rakyat-rakyat yang tak pernah berpuas hati dengan apa yang diberi. Just think positive, husnuzon dan muhasabah diri banyak-banyak. Apa yang berlaku hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kita sebagai rakyat dan umat islam terutamanya tak boleh nak menghukum orang sesuka hati. Andai kata terdapat segala penipuan, mungkin di dunia tak dapat pembalasan nya. Tetapi di akhirat confirm dapat balasan yang setimpal.

Tengah hari
Kecoh isu mana datangnya bangla dengan indon-indon yang tetiba boleh mengundi campur dengan pengundi hantu. Siapa kah dalangnya membawa manusia-manusia begini. Tolong jangan jual negara pada orang luar. Kami masih sayang Malaysia. Kalau bukan rakyat Malaysia bersatu padu dalam memepertahankan negara siapa lagi. Isu sebegini tidak seharusnya timbul. Malaysia negara aman jadi kucar kacir, jadi tidak sefahaman hanya kerana isu begini sungguh memalukan. Negara luar mungkin tertawa dengan keadaan yang berlaku sebegini.

Malam
Detik-detik yang ditunggu oleh semua rakyat Malaysia. Pengiraan undi. Maybe semua cemas dekat depan tv, depan radia dan segala depan lah. Tapi mak ayah kami relax ja tido tanpa menunggu keputusan. Almaklum esok masih bekerja. Kalau tak bekerja tak masuklah rezeki kan. Lain lah kalau dah kaya goyang kaki ja jadi bos tapi bulan-bulan income masuk ye. Itu mimpi la. Isu malam lagi bagus sebab banyak pulak kes blackout. Eh what happens. Kenapa jadi begitu pulak. Kes-kes sebegitu la buat rakyat hilang kepercayaan. Seharusnya pihak berwajib perlu bersiap sedia dari awal mengelakkan hal-hal sebegini terjadi supaya tidak timbul segala isu dan juga spekulasi.


Apa-apa pun siapa menang, siapa kalah kita terima keputusan dengan hati terbuka. Yang kalah insyaAllah bukan rezeki kalian. Jangan mengalah. InsyaAllah hari mendatang lagi baik dari hari ini. Yang menang jangan bongkak diri. Cuba cari ketelusan dan kejujuran dalam mentadbir negara. Rakyat memang seharusnya diutamakan dan juga tolonglah kurangkan media-media yang tidak bagus. Ianya merosakkan lagi anak-anak muda dan juga orang islam.

Pada anak muda yang ada semangat juang tu bagus lah. Kesedaran dari muda siapa yang bakal membimbing negara pada masa akan datang. Semangat-semangat juga tapi tolonglah jangan terlalu taksub mengalahkan orang yang lebih berpengalaman. Anda baru sahaja nak kenal dunia politik dan baru nak bangun serta masih belum boleh mengundi pun lagi. Buat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara bagi PRU14 lagi 5 tahun. Kaji sehabis mungkin dan jangan racist. Kita hidup berbilang kaum. Tolonglah saling hormat menghormati. 

Pada yang asyik kutuk Malaysia semua, tolonglah sedar. Anda lahir dan tinggal di negara ni. Kalau rasa tak puas hati pada cara pentadbiran, kita ada cara untuk mengubahnya bukannya mencaci, mencerca, mengkritik dan juga menghina. Seharusnya kita bersyukur dapat tinggal di negara yang setakat ini masih lagi aman. Bukannya tinggal di negara yang berpecah belah dan bertempur sentiasa. Please please sedar diri. Kalau masih tak puas hati lagi, carilah dimana negara yang memang betul-betul boleh puaskan hati anda. Mungkin.

Husnuzon banyak-banyak.
Muhasabah diri.
Allah tahu apa yang terjadi.
Selamat jumpa kebenaran di padang masyar.

Sekian,
Suara telus insan kerdil

Wassalam

No comments:

Post a Comment