Friday 15 March 2013

I'm in love with MARCH


Assalamualaikum w.b.t

Agak lama juga tidak menaip sebegini. Assignment masih belum lagi dapat dari lecturer jadi keadaan masih lagi tenang setenang-tenangnya. Dan buat sekalian kalinya lappy saya akhirnya menyatakan bahawa dia sudah makin uzur. Keadaan button yang sudah tercabut WHAT!!!. Please be nice to me sayang and I always be nice to you sejak dari kita berkasih sayang lagi. Saya jatuh hati pada awak pada pandangan pertama dan sampai hati awak jatuh sakit sebegini. Dah tak sayang saya lagi eh wahai cik lappy. Kenapa masa begini awak mula buat hal. Kasihan kan saya yang kesepian. Saya masih memerlukan khidmat awak sampai saya habis study. Saya tahu awak merajuk dengan saya sebab saya asyik mengabaikan kesihatan awak yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini tapi saya masih sayang awak dan tidak ada niat lansung untuk menggantikan awak dengan kekasih yang baru. Kerana awak sudah sebati dengan diri saya. Tolong bertahan lagi.

Bulan March makin sampai ke penghujungnya. OH TIDAK!!! Boleh tak kalau MARCH itu di ulang kembali ke tarikh 1 MARCH. I been in love with MARCH so much. Kenapa sebegitu sayangnya dengan bulan MARCH. Bulan ini lah yang banyak memberi makna dalam hidup saya sebagai insan yang bernama NURLIYANA. Bulan ini juga saya lahir ke dunia dan hidup sehingga kini dimana saya tak tahu berapa lama lagi saya akan hidup di dunia yang sementara ini.

Bulan ini juga abang saya lahir sebagai anak sulung kepada kedua ibu bapa saya yang turut menggantikan tempat anak yang paling sulung sebelum abang. Bulan ini juga merupakan bulan yang memberi seribu makna kepada saya kerana tanpa mereka tidak wujudlah saya di dunia ini di mana mak ayah saya disatukan juga pada bulan MARCH. That why I'm seriously in love with month of MARCH.

MARCH memberikan seribu makna. Tanpa mak ayah, saya tidak kuat menghadapi segala kemungkinan yang berlaku di dunia yang penuh komplikasi. 

Usaha--> Doa--> Tawakal--> Kejayaan
Tanpa usaha tak mungkin berlakunya kejayaan.

Wassalam

No comments:

Post a Comment