Thursday, 14 November 2013

e-day sahabat, Wani


Assalamualaikum wbt


Makin dekat dengar bunyi kompang. Alhamdulillah tahniah bff(wani) yang baru sahaja bertunang sabtu lepas. Kami semua tumpang gembira. First kawan sekolah yang paling rapat dan budak sains yang pertama memulakan langkah baru dalam hidup. This is our first time tolong sahabat menyiapkan persiapan. 

Ini merupakan pengalaman pertama buat sahabat-sahabat untuk meraikan this e-day. Bila dengar ura-ura wani nak bertunang, mengelupur masing-masing sebab terlampau excited. Siapa tak excited dengar bff dari sekolah menengah nak selangkah ke depan, nak masuk ke alam lagi satu. Seronok tahu. Perasaan seronok tu memang tak dapat nak tergambar.

Bila confirm tarikh berlansungnya majlis e-day, terus sahabat-sahabat yang lain set tarikh and free kan hari sabtu semata-mata nak attend. Sampaikan si fakhri tu non stop tanya ada pape tak nak buat kat rumah Wani. Until jumaat lepas (8/11), semua decide nak pergi rumah wani bantu apa yang mampu. 



e-day, Saturday morning. Around 9.20 am.

Sahabat-sahabat tiba di pagi hari. Sementara menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki. Sarapan dulu, then lepak dekat bilik sementara mak andam touch up muka Wani. Camera memang tak lari merakam perjalanan majlis.


Tak padan dengan usia masing-masing ni. Bukan bawah 20 lagi dah lebih pun. Penangan melepaskan gila-gila masing-masing dengan perjanjian di mana even though masing-masing akan mempunyai keluarga sendiri suatu hari nanti, persahabatn itu akan terus kekal. 

Ibarat susah sama susah, senang sama-sama. Jangan bila susah masing-masing tak pandang, bila senang tak mahu berkongsi. Alhamdulillah setakat ini susah senang bersama terutama bila sorang jatuh masing-masing akan cuba membantu dalam membangunkan sahabat yang jatuh tidak kira la dari segi apa pun. Kadang-kadang membantu dari segi psikologi boleh membantu sahabat juga.


Hantaran dari pihak perempuan kepada  pihak lelaki.







Fakhri yang sibuk bertanya ada apa-apa tak nak bantu masa e-day Wani. Dia lah yang paling bersemangat. Last-last kena buli dengan anak-anak dia. Bak kata dia 'ni dah jadi asimilasi ni'. Maksudnya A + B = B 

Yang blur, blur la. Yang faham, faham lah apa maksud dia.

Apabila Fakhri dipaksa posing dengan hantaran.  Dia pergi angkat gubahan daun sireh pulak. Siap kata after this giliran ni, giliran tu. Dia punya giliran paling last sebab dia lelaki then dia nak lepaskan budak perempuan. The most funny dia kata, tiba giliran dia, sahabat-sahabat dah ada anak time tu dan anak masing-masing main sama-sama kasi meriah dia punya mjlis. Yang menangis, menangis, Yang berlari, berlari. Besar sungguh impian kau. Moga impian itu dapat direalisasikan insyaAllah.



Around, 11.45 am
Rombongan lelaki tiba. 
Mula lah sesi berpantun antara wakil dari kedua-dua belah pihak dan juga penyarungan cincin merisik + tunang.

Here we are after selesai majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan selingan macam-macam perkara yang memang kalau teringat memang terbahak-bahak gelak. Terutama masa nak sarung cincin merisik. Disebabkan masa majlis merisik sebelumnya, pihak lelaki tak bawa cincin, so nak sarungkan sekali masa bertunang. Sambil menunggu pihak lelaki berkias dekat bawah, dorang suruh tanya empunya badan (wani) setuju ataupun tidak. Puaslah mak wani berlari naik turun naik turun.

Situasi 1

Mak Wani : Ni mak bawa cincin dari pihak lelaki. Ni cincin arwah mak belah lelaki. Kalau setuju, angguk je. Jangan cakap pape.

Wani : .... tetiba 'SETUJU'      *dengan jelas dan kuat

Kami+mak Wani : Puas gelak terbahak-bahak. Orang dah kata kalau setuju angguk je, si Wani punya excited terus cakap setuju. (mak wani turun bawah bawa cincin)

Situasi 2

Mak Wani : (Naik bawa cincin semula) Eh! Wani. Mak ingat tunjuk kat kau je *sambil pegang cincin . Rupa-rupanya kena sarungkan. Puaslah dorang terkejut sebab mak bawa turun cincin ni semula. Sebab kalau tak sarung tanda kita tolak pinangan.

*kami gelak kuat sebab kelakar. Cincin risik disarungkan


After 5 minutes,
Sahabat-sahabat membantu membawa turun dulang-dulang hantaran. Bincang punya bincang insyaAllah perjanjian dalam setahun. Tiada aral melintang dalam linkungan setahun, selangkah lagi mendirikan masjid. Amin.


Congatulations Wani. Kami sentiasa dibelakang anda. Kami mendoakan semoga berkekalan ke jinjang pelamin. Semoga berbahagia hendaknya.

Wassalam

Wednesday, 13 November 2013

student kalut salah sendiri


Assalamualaikum wbt.

Hidup student final year kalau tak kalut memang tak sah. Baik kalut dari mental kan. Kang menyusahkan orang sekeliling plus mak ayah juga nak jaga kita yang normal pada asalnya. Nak salahkan siapa? Berani nak salahkan lecturer yang suka bagi assignment mahupun assessment last-last minute or bagi selambak macam longgokan baju bundle jual kat pasar gitu. Salahkan diri sendiri la yang tak reti-reti nak sedarkan diri. Kot mental salah sendiri sebab bagi assignment awal pun tak reti juga nak buat, bagi last minute membebel kalah ayam nak bertelur. Jangan sibuk nak tuding jari pada orang padahal diri sendiri yang tak reti nak sedar-sedar.

Start minggu lepas (8/11/13) lagi, event berderet-deret sampai la awal bulan 12 yang memang kena attend plus kena keluar duit padahal event kelas sendiri pun kalau budak kelas lain attend tak charge pape. Ni kes nak mencekik orang  ke hape sampai tak boleh nak makan semata-mata nak bayar event dorang yang sesuka mak bapak dorang je charge mahal-mahal. Lepas tu makanan tak cukup dan tak sedap. Itu memang minta kaki plus minta penampar kuat-kuat dan laju-laju sebab menyakitkan orang.

Kalau sorang dua je yang marah takpe, ni dah jadi kes meletup sebab semua budak marah. At least cuba jadi memahami sebab masing-masing tengah saving sebab next semester nak kena buat trip. Walaupun taknak pergi tapi sebab nak penuhi tuntutan subjek la katakan.

Tolonglah sedar diri yang diri anda merupakan student final year. Tinggal satu sem je lagi nak habis study. kalau memanjang nak bergantung pada orang memang parah le. Takkan esok-esok nak nak kahwin sibuk menyusahkan orang lain padahal kau yang nak dirikan masjid kan. Ubah-ubah lah perangai tu dari malas jadi rajin sikit. Kang sikit-sikit panggil si polan ni minta tolong kau padahal diri kau takde effort sendiri.

UBAH, UBAH, UBAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERUBAH *bagi sesape yang terasa

Wassalam

Monday, 4 November 2013

Reward lah diri sikit


Assalamualaikum wbt.

Aip aip the final year will be over in 8 months. Can't wait and will miss student life after this. Dah nama pun budak final year kan so busy bukan pada kelas tapi busy pada assignment yang datang tanpa henti termasuk la dengan persiapan untuk membuat research. Mencari idea, mengolah idea, journal journal dan JOURNALL.

Of coz la bila otak asyik kena guna olah ayat after that rasa macam tak bermaya je sebab banyak sangat berfikir. Wei appreciate sikit student life. Nanti bila dah habis mula lah rasa macam 'eh! aku bukan student lagi ke?' common babe. Enjoy sekarang kot nanti dah habis belajar bila masa lagi nak enjoy sebab time tu masuk fasa bekerja kan. Tumpuan pada kerjaya yang kau akan bosan sebab akan berkhidmat lama. Kalau takat nak berkhidmat kejap memang tak payah nak bekerja la. Anggap diri penganggur setia lepas tu muka macam lempeng basi sebab no money. Nak ini nak itu mulut macam mulut itik tertunjuk-tunjuk tapi tak mampu nak peli. Sacrifice la kot. Besar dah kan. Masa tu dah sampai masa nak balas segala yang kita dapat dari parent. Bagi dorang pula peluang untuk stop bagi kita duit manakala kita pula bagi dorang kebahagian dan kesenangan. Ingat parent kau makin muda ke nak timbang-timbang kau lepas tu bagi duit. Hello. Tak macho wei asyik guna duit parent.

Then reward diri sikit bila dah buat sesuatu yang baik la. Yang tak baik tak payah nak reward diri la. Apa pun tak bangga. One of my lecturer said that, bila kita reward diri kita akan rasa macam nak buat kerja lebih baik and sebagai pendorong lebih maju ke hadapan. Kau nak ke jadi manusia yang tak berguna yang nak undur segala. Harapan le nak mengundur. Kalau lah, kalau lah, kalau lah. Bak kata kawan perkataan 'kalau' tu tak payah nak guna sangat sebab bila perkataan tu berfungsi dalam dunia ni, babi pun boleh terbang sebab kalau kan.

Membebel panjang-panjang pun tak guna sebab journal menanti untuk dibaca dan di olah. Okay lepas siap takde masa nak reward diri sebab busy. Take 1 hour pun boleh spend masa tengok movie pun boleh reward juga. Eh ada juga orang pakai inai kat jari tangan pun dikatakan reward diri macam me. Wee.. Sebab bila pakai rasa macam satu kepuasan. Orang lain tak tahu lah. But me YES. 

Okay. GTG. 
Wassalam.

Tuesday, 22 October 2013

Mampukah aku sebagai anak


Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang bila kita pandang muka tua mak ayah kita tak kira lah sama ada dalam gambar mahupun depan-depan, adakalanya otak mula berfikir adakah aku mampu nak balas kembali budi mereka. 

Adakah aku mampu untuk mencapai segala impian mereka?
Adakah aku mampu untuk berdepan segala dugaan dan ujian yang akan datang yang sudah tentu lagi getir kerana aku bukan lagi kecil yang perlu duduk di bawah ketiak mak ayah. 
Kita sudah besar dan dewasa serta mampu untuk berdikari sendiri tanpa pertolongan mereka yang makin berusia dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita di dunia yang sementara ini.

Bila kita dengan mereka mesti kita dengar impian mereka yang mahukan sesuatu yang baik dari kita.
Terfikir tak kita impian mereka itu jika kita mampu tunaikan, ia akan buat mereka senyum dengan senang hati. Secara tidak lansung kita membahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata.
Itu juga yang membuat aku terfikir, sempatkah aku. Mampukah aku.

Pernah tak dengar mak ayah kita berkata 
"kalau ayah takde, tolong ayah buat ni buat tu. Tolong ayah selesaikan ni selesaikan tu"

Apa perasaan kita masa dengar apa yang mereka kata tu.
Apa perasaan kita bila ayat yang mereka sebutkan itu sungguh menghayat hati yang kita tak terduga.
Yang kita tak sangka akan keluar dari mulut mereka.
Yang sentiasa berulang-ulang.

Sesungguhnya berat untuk kita tanggung tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh mak ayah kita. Berat hati aku untuk melepaskan sesuatu yang aku pasti aku belum bersedia lagi untuk hadapi. Cuma aku pinta bagilah aku peluang untuk membahagiakan mereka semampu dan sedaya yang boleh. Walaupun hanya sedikit dan ia mampu memberi kepuasan pada mereka. 

Bukan aku pinta untuk menahan sesuatu kematian ataupun sebagainya, kerana kematian itu sudah pasti akan berlaku cuma bila ia berlaku pasti menjadi tanda tanya pada kita yang msaih hidup. Tapi berilah aku sedikit masa untuk membalas jasa mereka selagi mereka masih bersama aku. 

Wassalam

Friday, 6 September 2013

Ini sayang saya


Assalamualaikum wbt


Ini lah sayang saya.
Yang sentiasa bersama saya.
Yang sentiasa ambil berat tentang saya.
Yang sentiasa tegur saya.
Yang sentiasa ketawa dan nangis bersama saya.
Yang faham saya yang bagaimana walaupun diluar sana orang kata macam-macam.
Tetapi sayang saya sentiasa disamping saya.
Saya sayang SAYANG saya.


Tu dia si happy go lucky - Atin
Yang rajin layan saya dan sentiasa menghiburkan saya dan rakan-rakan lain.
Yang selalu jadi driver saya walaupun saya ada lesen kereta dan motor.


See sayang saya tu kalau tangkap gambar mesti boleh buat iklan colgate sebab dia akan senyum lebar.
Sebelah dia pun sayang saya juga. 
Dialah satu-satunya kawan lelaki paling rapat dengan saya dan sayang-sayang yang lain.
Sayang yang inilah selalu dengar masalah saya. 
Walaupun gurau kasar (nama pun lelaki kan) tapi kami sentiasa keluar ramai-ramai. 
Dia boyfriend kami merangkap bodyguard kami tapi bukan special boyfriend okay.
Jangan salah faham. 
Sorang lagi sayang saya (takde gambar) - Vinod
Si budak kapal tu kepala dia ting tong je. Suka kenakan orang. 


Yang tu sayang saya dari tadika lagi. 
Kami dah berkawan selama 16 tahun.
Lama kan saya kenal sayang saya ni.
Kami ni sentiasa meluahkan segalanya.
Sentiasa dengar bebelan saya.
Kadang-kadang sayang saya ni suka buat kerja gila.
Tahu-tahu je dah sampai sini dah sampai sana. 
Bukan nya reti nak roger awal-awal.


Konon-konon jadi tourist la sekejap.
Nak pergi tugu negara dengan KL Gallery last-last cancel sebab hujan lebat.
Kami stuck dekat CM lama.
Kami dah lama bersama sejak dari Form4.

***

Yang dekat bawah ni sayang saya masa Form6.
Sentiasa berlima dan insyaAllah akan berlima walaupun suatu hari nanti kami semua ada keluarga sendiri.
Semata-mata nak kumpul berlima sanggup sayang saya amek cuti dari kerja then gerak ke Uitm Pilah jumpa sayang yang lagi satu.
Terharu tak Nad kami datang dekat sana.
Sampai menangis kakak harimau kita tu nak cuti.




<3 sayang korang. *group hugs*

Wassalam

Sunday, 1 September 2013

Intern life


Assalamualaikum wbt

Happy Independence Day.

I'm quite busy for internship and now I'm free *sad. Alhamdulillah. Cuti sem berbaki lagi seminggu. Gunakan sebaik mungkin dengan keluarga dan rakan-rakan. Lepas ni confirm satu semester tak dapat jumpa. Entah-entah setahun sebab cuti untuk next semester full holiday digunakan untuk intern lagi sekali.   Alaaaaa !!!!!   *hentakkaki* Me is tak seronok pun dengan berita yang diterima. Tapi tiada apalah. masa depan itu pentingkan. Berkorban demi kejayaan.

How's about my Intern life? Seronok. Ya seronok adalah kata yang mudah digambarkan. Memang rasa bersyukur dan berbaloi bila dapat ilmu yang kita sendiri tak boleh nak lukis. Kalau kawan-kawan yang lain first day tu dah nervous tahap tak terkata and me memang tak rasa apa-apa malah nervous pun tak. Memang kalau boleh tak nak rasa nervous tu sebab ia akan mengganggu perjalanan whole day bekerja. Sampai je tempat praktikal dah mengadap pengarah dan lapor diri pada kurator.  Masa kena lapor tu rasa macam eh bukan lapor pada sekian sekian ke. Last-last lapor pada orang lain. Tak menyesal pun sebenarnya sebab boss baik kot.

day-1

Praktikal masa puasa kan mencabar la sikit sebab berlari ke sana sini walaupun tak sangat tapi ia memenatkan tambah-tambah kalau cuaca tu panas yo. Dah nak minggu last puasa sampailah habis praktikal tu memang dah start kerja melambak-lambak. Angkat call. Telefon jabatan-jabatan luar. Ambil maklumat. Kasi maklumat. Fax surat. Banyak. Sangat banyak. Tak cukup kaki. Tak cukup tangan dibuatnya.

Minggu paling busy dan minggu paling rasa sedih sangat adalah minggu last intern. Memang rasa nak je sambung terus. Dah memang tak rasa berpraktikal. Dah rasa macam permanent staff sebab semua kerja dah buat. Bonding dengan semua dah memang kuat lebih-lebih dengan staff satu office. Dan minggu akhir tu juga ada event besar plus kena buli habis-habis pula tu. Siap stay sampai tengah malam nak siapkan pameran. 

Rasa tak puas dan nak lagi. Baru rasa macam mana bekerja dalam dunia yang sebenar. Bila free memang free tapi bila busy tak nampak dah muka masing-masing dekat pejabat. Bertungkus lumus menyiapkan semua persiapan event. Tak cukup satu terima kasih. Berbanyak-banyak terima kasih pada staff yang memang tak lokek bagi ilmu. Yang sentiasa tanya 'Yana okey?'  Yes Yana okey. Yana terharu bila ada staff kata 'ala. Lepas ni Yana dah takde. Takde sapa nak bantu nanti'. Yana sedih bila staff kata gitu. kehadiran yana dihargai sangat dan Yana rasa beruntung bila semua ambil berat dan sentiasa doakan Yana.


Thank you to:

1. Bos merangkap kurator muzium yang sentiasa tegur bila Yana salah buat report. Yang ajar yana semuanya. 
2. Kak Miza yang sentiasa ada bila Yana memerlukan orang untuk bantu Yana. Terima kasih sebab belanja Yana makan dan celebrate tamatnya Yana intern dekat situ.
3. Kak Mawar yang suka bercerita dan menhangatkan suasana office. Hari last Yana, akak pulak takde sebab EL. Tapi takpe insyaAllah boleh jumpa lagi.
4. Abang Jo yang prihatin dan kuat berjenaka. Bapak orang yang tak macam bapak orang sebab otak yang gila-gila. Okey lepas ni Yana tak dapat bantu abang pasang pameran sehingga abang try,try dan last try memang tak boleh juga. Lagi jahanam adalah barang elektrik tu. hahaha. Sorry la Yana ada tergurau kata abang punya baju masa event dah macam bendera melewar (betul ke ejaan) dengan karpet tu. Tapi serious kot sama warna. Dah boleh pacak je abang dekat tanah berdiri sebelah bendera. 
5. Pada staff office atas yang ramai tu juga. Kalian sangat baik. 


*Kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang insyaAllah berjumpa lagi. Terima kasih Muzium.

Wassalam 

Friday, 9 August 2013

Eid Mubarak 1434H


Assalamualaikum wbt

Happy Eid Mubarak Minal Wa Faizin.

Berlalu Ramadhan, datangnya Syawal.
Semoga bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.

Cuma ambil beberapa hari sahaja cuti. then sambung semula internship yang berbaki 3 minggu sahaja. Eh! 3MINGGU!!! Sekejap saja rasa masa berlalu. Walaupun sekejap je internship tapi setakat ni alhamdulillah sebab ramai staff yang memberi tunjuk ajar dan dapat merasa suasana berkerja yang macam-macam ragam. Result semester lepas pun baru sahaja keluar dan setakat ni rasa bersyukur sebab result naik. Risau juga kalau turun kan sebab masa jawab final exam pun macam yakin tak yakin ja. And GOODLUCK  to all my friends yang dean. Its your luck. 

Selamat Beraya la semua. Kami beraya dirumah saja sebab ada yang kekangan cuti kerana bekerja. 

Last but not last,
'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN'pada semua umat islam
    
-yusoffamily-




Friday, 21 June 2013

Tamat second year


Assalamualaikum w.b.t

Dengan ini ingin diumumkan bahawa anda telah tamatbelajar untuk tahun kedua anda dalam zaman universiti. Alhamdulillah. Syukur. Pejam celik pejam celik tak sangka dah dua tahun belajar. Next semester masuklah saya pada tahun akhir dimana saya perlu bertungkus lumus untuk menyiapkan diri bagi melangkah ke dunia baru iaitu alam pekerjaan yang tetap.

I'm already too old maybe. ^^^  
Thanks to ayah mak yang selalu berada dibelakang anakmu ini.
Thanks sebab tak putus bagi semangat.
Thanks sebab sentiasa bagi nasihat.

Thanks..
Thanks..
Thanks..

Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.
I will try my best to make you happy.

Kerana dia ayahku
Kerana dia emakku

Wassalam

Saturday, 8 June 2013

Berfikir kemelampauan membuatkan kita stress


Assalamualaikum wbt

Pernah tak korang tetiba terfikir yang perkara buruk akan berlaku.
Sampaikan korang jadi sangat risau, risau dan risau.
Hinggalah buat korang bertambah stress.

It's happened to me sometimes.
Eh boleh dikatakan selalu sebenarnya.
Maybe sebab kita ni kaki berfikir.
Sedar-sedar je rasa sangat tertekan.
Itu memang tak baik untuk kesihatan sebenarnya.
Sebab akan mempengaruhi kehidupan harian.
Tapi nak buat macam mana sebab dah memang terikut perangai ayah yang suka berfikir.

Kadang-kadang bila berfikir ia jadi melalut je.
Dan ia bukan sesuatu yang realiti kerana ia hanya imaginasi dari diri kita sendiri.

Realitinya akan berlaku bila kita lansung tak fikir apa-apa.
Bila fikiran kita kosong ianya terjadi sehingga merentap sanubari.
Merintih keluhan, emosi terganggu.

Seeloknya kita sentiasa berwaspada dengan persekitaran kita.
Apa yang tak terduga sering sahaja berlaku.
And last month its happened to me.

When I have a class I got one called from my brother.
Then, angkat call cakap ada kelas sampai my brother tak sempat nak terangkan apa-apa. Just sempat dengar yang dia cakap ayah accident.
After class straight I call my brother.
Then ask him what happens.
Dia cerita la apa yang dia tahu dan itupun hanya sedikit sebab dia tak tahu kejadian yang berlaku.
Bila dia cakap ayah dekat hospital terus rasa hati tak tenang.

Konon masuk next kelas kental habis. Sekali air mata taknak stop until la lecturer suruh balik.
Then sempatlah kena main-main dengan lecturer sebab emosi tak stabil
Until she knows that I'm cry because of my dad terus dia minta maaf.
Ingat I nak nangis tak tentu pasal ke.

And after a month Alhamdulillah ayah dah recover faster.
He excited to drive a car and back to his work.
Even kaki dia masih belum kuat sepenuhnya after operate.

Benda paling terkejut bila bangun pagi tadi tengok he drive his car.
And I..     *glurp. Telan air liur*

Me: Eh ayah boleh ke bawa?
Ayah: Boleh la sikit-sikit.
*tepuk dahi*

Aduhai ayah.
Bersabarlah sehingga kaki tu betul-betul kuat.
I know that your semangat sangat tinggi nak cepat pulih.
But it still take a time.
I prays for you.
Get well soon.
Really love you so much

from: Angah your lovely daughter

Wassalam

Friday, 7 June 2013

Bercuti lagi


Assalamualaikum w.b.t

Really miss me.
Miss you too baby.
Oh lappy.

Lama sungguh tak dapat pegang lappy sendiri.
Mampu guna lappy orang ja.
Itupun jarang sangat sebab takut nak usik barang orang.
Nasib baik balik rumah kali ni lappy adik boleh guna.
Update jom update cerita.

Apa-apa pun nak ucap
"Salam Isra' Mikraj"

Seminggu yang lepas time budak-budak UiTM berpusu-pusu balik ke rumah bercuti me sempat lagi pergi vacation. Hold balik rumah gara-gara ada kelas system Fidelio dekat kampus Shah Alam. And what I want to said is it aca-awesome to learn that system even it's very difficult. Padahal masa jawab test pun redha je. Mana tak redha belajar hanya sabtu dan ahad. Then ahad after tengah hari dah kena ambil test. Tak ke *terkujut* jawab test yang tetiba je. Gabra gila. Dengan software manjang problem ja. Asyik loading je. Menguji betul kot belajar system tu. Tapi disebabkan ia sesuatu benda yang baru memang teruja tu lebih kot.

After test terus gerak balik rumah member sebab Selasa nak gerak ke Penang.
Percutian yang sangat relax dan tak memenatkan sebab memang niat nak merehatkan badan.


Who know's bout the Jerejak Island?

Me sendiri tak tahu sebenarnya tentang kewujudan pulau ni. Hinggalah suatu hari one of my member tetiba ajak pergi bercuti dekat Pulau Jerejak. Lebih-lebih lagi time tu ada promotion. Tanpa melengahkan masa terus booking bilik dekat Jerejak Resort&Spa. And then bila tanya member apa kelebihan pulau tu barulah dia ceritakan. 

Pulau Jerejak merupakan sebuah pulau yang mempunyai sejarah nya tersendiri. Ia juga merupakan tapak penjara lama bagi tahanan dan juga tempat buangan pesakit kusta. Tapi itu dulu. Kini Pulau Jerejak merupakan sebuah tempat peranginan yang menawarkan kita melakukan pelbagai aktiviti sihat seperti berbasikal, jungle trekking, flying fox, dan banyak lagi. 



-Day First-

5.30 pagi dah gerak ke LCCT. Sampai dekat LCCT pun dah dekat pukul 7 am. Sebab gerak before Subuh then sampai je LCCT terus cari surau nak solat Subuh. Lepas solat minum kejap. Nak sarapan before naik flight tak mampu sebab masing-masing takut sakit perut. Lagipun perjalanan tak lama. Lebih kurang 45minit je dari LCCT ke Penang. Sampai dekat Penang Airport terus cari makanan sebab dah lapar sangat.

Lebih kurang pukul 10 lebih barulah kami gerak ke Jeti Pulau Jerejak. 

Sambil menunggu sambil posing sebentar

Us on the boat - jetty - resort - big room - dinner



-Second Day-

Berbasikal di pagi hari itu pun sekerat jalan gara-gara lead member terserempak biawak besar manusia kemudiannya disusuli dengan aktiviti flying fox.


Menikmati matahari terbenam di petang hari nya di jeti sambil melihat anak ikan todak berenang bersama obor-obor.


-Day 3rd-
Bajet konon after solat subuh nak keluar awal sebab nak tengok matahari terbit . Keluar awalnya jadi tapi matahari pulak taknak muncul sebab cuaca mendung pagi tu. Takpe lah. Alang-alang hirup udara segar kan. Lebih-lebih hari last dekat Penang.

resort from jetty

the pool

menunggu boat untuk bertolak balik




tadaaa!!!  Next target -----> Cruise. Star Cruise. It make we excited more after we see that cruise at Penang.


Bubye Penang. Next time we come again. Love Penang. From Us.

Wassalam