Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Bercuti lagi


Assalamualaikum w.b.t

Really miss me.
Miss you too baby.
Oh lappy.

Lama sungguh tak dapat pegang lappy sendiri.
Mampu guna lappy orang ja.
Itupun jarang sangat sebab takut nak usik barang orang.
Nasib baik balik rumah kali ni lappy adik boleh guna.
Update jom update cerita.

Apa-apa pun nak ucap
"Salam Isra' Mikraj"

Seminggu yang lepas time budak-budak UiTM berpusu-pusu balik ke rumah bercuti me sempat lagi pergi vacation. Hold balik rumah gara-gara ada kelas system Fidelio dekat kampus Shah Alam. And what I want to said is it aca-awesome to learn that system even it's very difficult. Padahal masa jawab test pun redha je. Mana tak redha belajar hanya sabtu dan ahad. Then ahad after tengah hari dah kena ambil test. Tak ke *terkujut* jawab test yang tetiba je. Gabra gila. Dengan software manjang problem ja. Asyik loading je. Menguji betul kot belajar system tu. Tapi disebabkan ia sesuatu benda yang baru memang teruja tu lebih kot.

After test terus gerak balik rumah member sebab Selasa nak gerak ke Penang.
Percutian yang sangat relax dan tak memenatkan sebab memang niat nak merehatkan badan.


Who know's bout the Jerejak Island?

Me sendiri tak tahu sebenarnya tentang kewujudan pulau ni. Hinggalah suatu hari one of my member tetiba ajak pergi bercuti dekat Pulau Jerejak. Lebih-lebih lagi time tu ada promotion. Tanpa melengahkan masa terus booking bilik dekat Jerejak Resort&Spa. And then bila tanya member apa kelebihan pulau tu barulah dia ceritakan. 

Pulau Jerejak merupakan sebuah pulau yang mempunyai sejarah nya tersendiri. Ia juga merupakan tapak penjara lama bagi tahanan dan juga tempat buangan pesakit kusta. Tapi itu dulu. Kini Pulau Jerejak merupakan sebuah tempat peranginan yang menawarkan kita melakukan pelbagai aktiviti sihat seperti berbasikal, jungle trekking, flying fox, dan banyak lagi. 



-Day First-

5.30 pagi dah gerak ke LCCT. Sampai dekat LCCT pun dah dekat pukul 7 am. Sebab gerak before Subuh then sampai je LCCT terus cari surau nak solat Subuh. Lepas solat minum kejap. Nak sarapan before naik flight tak mampu sebab masing-masing takut sakit perut. Lagipun perjalanan tak lama. Lebih kurang 45minit je dari LCCT ke Penang. Sampai dekat Penang Airport terus cari makanan sebab dah lapar sangat.

Lebih kurang pukul 10 lebih barulah kami gerak ke Jeti Pulau Jerejak. 

Sambil menunggu sambil posing sebentar

Us on the boat - jetty - resort - big room - dinner



-Second Day-

Berbasikal di pagi hari itu pun sekerat jalan gara-gara lead member terserempak biawak besar manusia kemudiannya disusuli dengan aktiviti flying fox.


Menikmati matahari terbenam di petang hari nya di jeti sambil melihat anak ikan todak berenang bersama obor-obor.


-Day 3rd-
Bajet konon after solat subuh nak keluar awal sebab nak tengok matahari terbit . Keluar awalnya jadi tapi matahari pulak taknak muncul sebab cuaca mendung pagi tu. Takpe lah. Alang-alang hirup udara segar kan. Lebih-lebih hari last dekat Penang.

resort from jetty

the pool

menunggu boat untuk bertolak balik




tadaaa!!!  Next target -----> Cruise. Star Cruise. It make we excited more after we see that cruise at Penang.


Bubye Penang. Next time we come again. Love Penang. From Us.

Wassalam

Wednesday, 23 January 2013

Memoir semester 3



Assalamualaikum w.b.t

Fuh. Fuh. Leganya rasa bila semester 3 tamat secara rasminya. Alhamdulillah. Sekarang ni duduk rumah makan tido sambil tunggu result. Cuak gila kot. Cuak Cuak. Ada rasa mahu jerit je. Kalau boleh nak yang bergema sikit. Okay itu hanya angan-angan.

Banyak benda yang berlaku sepanjang sem3 ni. Okay. Let's recall back all of thing that happened on the semester 3. We start with the INDUCTION. Setiap semester pasti akan ada program ni. Kiranya sesi perkenalan dengan pelajar baru dengan merapatkan lagi ukhuwah pelajar lama.


my classmates


Kemudiaannya mengisi masa lapang dengan makan. Project bersama roomate. Infinite Melon


Our journey/ trips to Kelantan. Sambil menyelam minum air. Kiranya sambil buat assignment kita jalan-jalan. 


After that back to Kuala Terengganu. Done with other assignment and main golf. At least even tak pro tapi bolehlah pukul bola dari takde kan.



Tempat yang seterusnya setelah kembali pulang dari Terengganu---> Hutan Rekreasi Ayer Keroh


 Yeah.. I love Coconut Shake Pantai Klebang.  *Hee. Promote sikit. Padahal famous dah minuman ni. Dapat minum setelah selesai menemubual dan mendapat segala maklumat dari Encik 'tak tahu nama'


Our events ----> Clean, Games & Fun.


Dinner+AGM







And the last activities for semester 3. Seoul Garden and Yong Taufu Kak Lin dekat Pirate Parks. Hangout with besties. *Nyum nyum



Done~


Semoga semester 4 lagi baik dari sebelumnya dan memberikan lebih banyak lagi kenangan. Kenangan manis ja takmo yang pahit bak hempedu. Tak larat nak telan nanti. Selamat tinggal semester 3. 
Bye bye *sobs sobs

Eh chop chop. Sebelum saya mengundurkan diri. Saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL   :D


Wassalam




Friday, 18 January 2013

countdown last paper exam



Assalamualaikum w.b.t


Hye~ hye~ Saya masih lagi berada didalam mood final exam. Padahal budak lain semua dah habis. Sedih lah sikit. Sikit je okay sebab kita patut bersyukur kerana setiap gap paper itu tidak terlalu dekat. Budak lain habis awal sebab dorang takde gap. Tapi gap lama-lama pun boleh buat kita leka. Ye dak. Ye kan je lah eh. Sebab gap yang takat 3hari pun saya dan sahabat boleh main game. Teruk no anak pak usop ni la hai. Sorry la bapakku, tumpuan anakmu lari sebentar semester ini.


Muka minta penampar *saya yang memakai kain batik dikepala.


Tak terkejar segala benda. Sob sob. Okay. Abaikan itu semua. Isnin paper akhir then merdeka untuk sebulan. Wee.. itu saya suka. Duduk rumah~makan~tido~makan~tido~main game~makan dan tido juga. Kui kui. Teruk punya anak dara. Macam mana nak jadi calon menantu solehah kot gini gaya nya. 


p/s: Ehem~Ehem~ Disini saya ingin menyatakan jutaan terima kasih kepada anda kerana masih mengingati saya. Terkilan sikit je. Walaupun kiriman itu dari orang lain tapi anda masih menghargai kehadiran saya. Itu pun sudah cukup bagi insan yang lemah ini. Semoga perjalanan anda bergerak dengan lancar dan menjadi insan yang cemerlang. Saya doa dari jauh. InSyaAllah. 



Wassalam



Monday, 24 December 2012

kami dikatakan kembar



Assalamualaikum w.b.t


I know her last semester. But we did not talking to each other. Its start this semester whereas we have been closed like she is my twin. And my friends call us twin because we are almost have same characters. Kuikui..There my superb friend and also my twins..  Jeng jeng jeng..






*Kami perosak gambar*



*Berlagak yang amat tu* Pergghhh.. Tak padan pakai baju kurung/kebaya ganas tu tetap ada.



*we again ruined the picture*


Wassalam..


Sunday, 4 November 2012

Trip semester3

Assalamualaikum wbt..

Banyak benda hendak diluahkan tapi kesuntukan masa.. Tambahan pula banyak sangat kerja hendak dilakukan.. Cuti midsem kali ini saya ke Kelantan.. Alhamdulillah selesai segalanya.. Sesat la juga sampai berpusing sebanyak empat kali semata-mata hendak cari rumah sahabat.. Tujuan asal ke sana untuk menyiapkan assignment.. Lepas siap interview, berjimba pula.. Pantai Cahaya Bulan adalah tempat yang kami tujui.. selama dua hari di Kelantan sampai lah ke Masjid Beijing dan Rantau Panjang.. sangat terik sang suria disana.. berpeluh-peluh kami berjalan dikedai-kedai..


PCB : makan time..


setelah kembali ke Kuala Terengganu.. makan lagi.. empat jenis air dan satu nasi air, then berkongsi seramai empat orang..


 another assignment pula.. 


nak try main jugak.. before pukul bola


After pukul bola..tapi bola masih ada lagi.. pukul angin je la..hee3






and lastly.. this is ME.. I'm play too.. best ayun kayu golf.. get the new experience in this sport..




back to Malacca tomorrow night.. Semoga selamat samapai.. amin..

Wassalam..

Tuesday, 28 August 2012

Spend time dengan sahabat2 straight 3days


Assalam..

Apabila cuti makin berkurangan kita kena gunakan dengan sebaiknya. Tambahan pula still dalam mood raya kan.. So sambil keluar tu kita pergi ziarah keluarga sahabat sekali.. Nanti bila dah start busy memang nak jumpa tu takde peluang lansung. Dengan assignment, project, exam dll.. 


What is the itinerary for the straight 3days??

Friday
Get a calling from Fatma.. Ajak datang rumah.. ada makan-makan sikit(open house).. then terus mesej syra.. ajak join.. Syra on.. so gerak berdua..

Saturday
Jalan beraya dengan sahabat form5 but its cancelling last minute sebab ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. So it' okay.. Then tengah hari, dapat mesej Fatma ajak keluar pergi PD.. sampai pun agak lewat.. Jalan-jalan kat Teluk kemang..Then gerak pergi pekan PD.. Mencari makanan.. Kami memang suka makan..

posing kejap sementara tunggu order siap  =.=

Dah macam promote makanan je.. King's + Domino Pizza


Sunday
hangout with the form6 friends.. beraya di rumah cikgu form6 dan sahabat-sahabat terdekat.. Alhamdulillah kenyang sebab terlalu banyak makanan yang dihidang..



Wassalam


Saturday, 18 August 2012

Iftar with them

As Salam..

Berlalunya Ramadhan.. Kini Syawal pula menjelma.. Happy Eid to all Muslim.. Sepanjang ramadhan alhamdulillah sempat beberapa kali saya iftar dengan sahabat-sahabat lama.. Seronok bila dapat berkumpul setelah lama tidak bersua muka. Ramadhan kali ini sangat penuh bermakna.. Iftar bersama rakan-rakan sekolah rendah, menengah sehinggalah sahabat tingkatan enam.. Bertukar-tukar cerita adakalanya mengimbas kembali memori-memori lama. Suka duka silih berganti.. Insya-Allah persahabatan kita akan sentiasa berkekalan..




mereka yang gila-gila.. borak punya borak, sakat punya sakat.. ketawa punya ketawa.. sakit perut jadinya.. 

kepochi gummy teams.. tak kering gusi la masing-masing bercerita.. 


Raya raya juga.. Jangan main mercun.. Makan tu ingat-ingat orang lain.. Jaga kesihatan jaga diri..Tangan dihulur.. Maaf dipinta jika ada terdapat kesalahn yang dilakukan sama ada sedar ataupu tidak sedar.. Salam Aidilfitri..

Wassalam..

Sunday, 17 June 2012

Z@@M in Malacca by class C

As salam,

Setelah beberapa detik atau masa meninggalkan dunia blog akibat kepupusan idea dan kekangan masa.. Akhirnya jari jemari kembali menaip dan otak mula merembeskan idea-idea yang tak bernas barangkali.. okay final exam lagi seminggu lebih je lagi.. Study time la pulak setelah fun activity habis.. hari ahad diperuntukkan untuk membuat tahi mata atau air liur basi.. yeww.. tak senonoh betul anak pak usop ni.. poie menelaah buku tu lagi bagus.. wait wait wait.. did yo know that I baru je lepas berperang dengan assignment.. not my fault k buat last minute.. tapi lecturer yang suka bagi assignment last minute.. so as a student kita buat jugak even hati memberontak.. huh(mengeluh).. markah tu penting so kena buat betul-betul bukan main-main.. last saturday, okay itu adalah semalam (16th July) member of class C make a trip around Malacca.. this is one of the assignment that we must complete it.. first time arrange trip that others member from others class must joined it.. btw, this is not my class trip but others.. as a member, we must support others event right.. so dengan baik hati pegi trip C buat kali kedua bagi saya.. orang lain pergi satu trip je but me dua trip.. be supportive sikit..


the theme that class C get was heritage. so on the early morning dah bangun then siap-siap.. breakfast dekat AYAM..



dah penat jalan and memang keletihan duk lepak makan cendol Jam Besar..then pergi naik Taming Sari nampak that one ladies muka macam Hanis Zalikha.. not sure betul ke tak.. sebab tengok pun dari jauh.


After lunch, roller blade time..this game that i feel exhausted faster.. fuhh.. memang sedap badan sebab dok tergolek je.. gedebak gedebuk la memanjang..


makan makan dan makan.. nyum nyum.. kami memang suka makan.. thank to the organizer sebab bagi kami makan sampai kenyang..dah kenyang tak larat pulak nak gerak but still must move on.. Night Zoo after the maghrib prayer..okay.. that place was interesting but didn't see anything in clearly coz the lighthing not clearly..

Back to kolej.. and hope next time the trip will be more interesting..

Wasalam.


Tuesday, 29 May 2012

Melaka Wonderland diserang Gummy

As salam...

Jauh melangkah, luas pemandangan.. wait-wait.. luas ke??  Setelah berbulan-bulan dok tangguh je, akhirnya sampai sudah.. Then dah selamat sampai rumah kembali.. Cuti bermula so pengembaraan pun bermula.. Mari rakan-rakan kita jalan-jalan untuk release tension.. Chop-chop... tension ke saya??  Dok eh.. Saya dok tension pun.. Cume melepaskan rindu pada sahabat-sahabat saya yang dah lama tak jumpa.. Kalau jumpa pun mesti tak lengkap 5 orang..  masing-masing busy dengan assignment and study.. but today, we'll can make a reunion again.. Alhamdulillah.. dapat ketemu lagi..Bak kata bekas guru kelas di tingkatan 6, kami ni 5 dara pinggitan.. Mana-mana pegi mesti berlima.. 

Dimakah kami tuju.. Yeah, kami menuju ke Melaka Wonderland.. Tiket murah.. kami beli awal masa ada discount gile2.. gila la sangat.. tapi siyes berbaloi kot.. Memang la tempat tu dok besar mana pun.. Tapi seronok la bila masing-masing otak nye agak kegilaan kan.. Awal pagi dah gerak.. Selalu nya orang sampai-sampai terus serang an.. tapi kami sampai-sampai dok berkelah kat depan tu.. siap makan la bagai.. Sementara nak tunggu sepupu member sampai.. 

. 

4 org pun boleh atas pelampung


bajet comei la wat gaya gitu..





Memang syok la bila naik pelampung ada tukang tolak.. hihi.. "khadam tolong tolak"... kuikui.. tak baik na panggil orang gi tu.. "korang tolak cepat".. hahah.. memang terbaik la bila bawa budak laki sekali.. ada jugak yang tolong kitaorang.. Syok gila bile kena simbah dengan air baldi besar tu. Sakit kot badan kena air simbahan dia..Then dah rasa panas menyengat gile.. pe lagi gerak g bersihkan badan.. 




Perut pun dah lapar sangat.. Tapi solat dulu.. Masjid selat tempat yang kami tujui.. Jangan ingat kat Terengganu je ada masjid terapung.. Kat Melaka pun ada gak.. Tak la besar tapi seriously cantik sangat-sangat.. Bangga dengan pembinaan dia..

Then, pi makan kat Oldtown Dataran Pahlawan.. Memang kenyang sangat-sangat.. bersyukur dimurahkan rezeki..Makan pun sudah.. Masa pun dah makin suntuk sebab ada member masuk kerja keesokan hari.. takut kepenatan sangat-sangat.. Destinasi yang dituju pulang kerumah..





Wait-wait!!!  Posing dulu tepi Dataran Pahlawan.. Siap suruh sepupu member tolong jadi photographer kami sekejap.. hihi.. kesian dia..penat dok layan kerenah kami. Takpe la.. bukan nye dapat jumpa lagi lepas ni.. Tunggu Fatma kawen la kot baru jumpa lagi..

Btw, penat tu tersangat la penat.. tapi seronok tu terasa sangat sebab dapat hangout dengan sahabat rapat.. next time kuar lagi..Insyaallah bila dipanjang kan umur kita kua ramai-ramai..



Wasalam.