Tuesday, 22 October 2013

Mampukah aku sebagai anak


Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang bila kita pandang muka tua mak ayah kita tak kira lah sama ada dalam gambar mahupun depan-depan, adakalanya otak mula berfikir adakah aku mampu nak balas kembali budi mereka. 

Adakah aku mampu untuk mencapai segala impian mereka?
Adakah aku mampu untuk berdepan segala dugaan dan ujian yang akan datang yang sudah tentu lagi getir kerana aku bukan lagi kecil yang perlu duduk di bawah ketiak mak ayah. 
Kita sudah besar dan dewasa serta mampu untuk berdikari sendiri tanpa pertolongan mereka yang makin berusia dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita di dunia yang sementara ini.

Bila kita dengan mereka mesti kita dengar impian mereka yang mahukan sesuatu yang baik dari kita.
Terfikir tak kita impian mereka itu jika kita mampu tunaikan, ia akan buat mereka senyum dengan senang hati. Secara tidak lansung kita membahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata.
Itu juga yang membuat aku terfikir, sempatkah aku. Mampukah aku.

Pernah tak dengar mak ayah kita berkata 
"kalau ayah takde, tolong ayah buat ni buat tu. Tolong ayah selesaikan ni selesaikan tu"

Apa perasaan kita masa dengar apa yang mereka kata tu.
Apa perasaan kita bila ayat yang mereka sebutkan itu sungguh menghayat hati yang kita tak terduga.
Yang kita tak sangka akan keluar dari mulut mereka.
Yang sentiasa berulang-ulang.

Sesungguhnya berat untuk kita tanggung tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh mak ayah kita. Berat hati aku untuk melepaskan sesuatu yang aku pasti aku belum bersedia lagi untuk hadapi. Cuma aku pinta bagilah aku peluang untuk membahagiakan mereka semampu dan sedaya yang boleh. Walaupun hanya sedikit dan ia mampu memberi kepuasan pada mereka. 

Bukan aku pinta untuk menahan sesuatu kematian ataupun sebagainya, kerana kematian itu sudah pasti akan berlaku cuma bila ia berlaku pasti menjadi tanda tanya pada kita yang msaih hidup. Tapi berilah aku sedikit masa untuk membalas jasa mereka selagi mereka masih bersama aku. 

Wassalam

Friday, 6 September 2013

Ini sayang saya


Assalamualaikum wbt


Ini lah sayang saya.
Yang sentiasa bersama saya.
Yang sentiasa ambil berat tentang saya.
Yang sentiasa tegur saya.
Yang sentiasa ketawa dan nangis bersama saya.
Yang faham saya yang bagaimana walaupun diluar sana orang kata macam-macam.
Tetapi sayang saya sentiasa disamping saya.
Saya sayang SAYANG saya.


Tu dia si happy go lucky - Atin
Yang rajin layan saya dan sentiasa menghiburkan saya dan rakan-rakan lain.
Yang selalu jadi driver saya walaupun saya ada lesen kereta dan motor.


See sayang saya tu kalau tangkap gambar mesti boleh buat iklan colgate sebab dia akan senyum lebar.
Sebelah dia pun sayang saya juga. 
Dialah satu-satunya kawan lelaki paling rapat dengan saya dan sayang-sayang yang lain.
Sayang yang inilah selalu dengar masalah saya. 
Walaupun gurau kasar (nama pun lelaki kan) tapi kami sentiasa keluar ramai-ramai. 
Dia boyfriend kami merangkap bodyguard kami tapi bukan special boyfriend okay.
Jangan salah faham. 
Sorang lagi sayang saya (takde gambar) - Vinod
Si budak kapal tu kepala dia ting tong je. Suka kenakan orang. 


Yang tu sayang saya dari tadika lagi. 
Kami dah berkawan selama 16 tahun.
Lama kan saya kenal sayang saya ni.
Kami ni sentiasa meluahkan segalanya.
Sentiasa dengar bebelan saya.
Kadang-kadang sayang saya ni suka buat kerja gila.
Tahu-tahu je dah sampai sini dah sampai sana. 
Bukan nya reti nak roger awal-awal.


Konon-konon jadi tourist la sekejap.
Nak pergi tugu negara dengan KL Gallery last-last cancel sebab hujan lebat.
Kami stuck dekat CM lama.
Kami dah lama bersama sejak dari Form4.

***

Yang dekat bawah ni sayang saya masa Form6.
Sentiasa berlima dan insyaAllah akan berlima walaupun suatu hari nanti kami semua ada keluarga sendiri.
Semata-mata nak kumpul berlima sanggup sayang saya amek cuti dari kerja then gerak ke Uitm Pilah jumpa sayang yang lagi satu.
Terharu tak Nad kami datang dekat sana.
Sampai menangis kakak harimau kita tu nak cuti.




<3 sayang korang. *group hugs*

Wassalam

Sunday, 1 September 2013

Intern life


Assalamualaikum wbt

Happy Independence Day.

I'm quite busy for internship and now I'm free *sad. Alhamdulillah. Cuti sem berbaki lagi seminggu. Gunakan sebaik mungkin dengan keluarga dan rakan-rakan. Lepas ni confirm satu semester tak dapat jumpa. Entah-entah setahun sebab cuti untuk next semester full holiday digunakan untuk intern lagi sekali.   Alaaaaa !!!!!   *hentakkaki* Me is tak seronok pun dengan berita yang diterima. Tapi tiada apalah. masa depan itu pentingkan. Berkorban demi kejayaan.

How's about my Intern life? Seronok. Ya seronok adalah kata yang mudah digambarkan. Memang rasa bersyukur dan berbaloi bila dapat ilmu yang kita sendiri tak boleh nak lukis. Kalau kawan-kawan yang lain first day tu dah nervous tahap tak terkata and me memang tak rasa apa-apa malah nervous pun tak. Memang kalau boleh tak nak rasa nervous tu sebab ia akan mengganggu perjalanan whole day bekerja. Sampai je tempat praktikal dah mengadap pengarah dan lapor diri pada kurator.  Masa kena lapor tu rasa macam eh bukan lapor pada sekian sekian ke. Last-last lapor pada orang lain. Tak menyesal pun sebenarnya sebab boss baik kot.

day-1

Praktikal masa puasa kan mencabar la sikit sebab berlari ke sana sini walaupun tak sangat tapi ia memenatkan tambah-tambah kalau cuaca tu panas yo. Dah nak minggu last puasa sampailah habis praktikal tu memang dah start kerja melambak-lambak. Angkat call. Telefon jabatan-jabatan luar. Ambil maklumat. Kasi maklumat. Fax surat. Banyak. Sangat banyak. Tak cukup kaki. Tak cukup tangan dibuatnya.

Minggu paling busy dan minggu paling rasa sedih sangat adalah minggu last intern. Memang rasa nak je sambung terus. Dah memang tak rasa berpraktikal. Dah rasa macam permanent staff sebab semua kerja dah buat. Bonding dengan semua dah memang kuat lebih-lebih dengan staff satu office. Dan minggu akhir tu juga ada event besar plus kena buli habis-habis pula tu. Siap stay sampai tengah malam nak siapkan pameran. 

Rasa tak puas dan nak lagi. Baru rasa macam mana bekerja dalam dunia yang sebenar. Bila free memang free tapi bila busy tak nampak dah muka masing-masing dekat pejabat. Bertungkus lumus menyiapkan semua persiapan event. Tak cukup satu terima kasih. Berbanyak-banyak terima kasih pada staff yang memang tak lokek bagi ilmu. Yang sentiasa tanya 'Yana okey?'  Yes Yana okey. Yana terharu bila ada staff kata 'ala. Lepas ni Yana dah takde. Takde sapa nak bantu nanti'. Yana sedih bila staff kata gitu. kehadiran yana dihargai sangat dan Yana rasa beruntung bila semua ambil berat dan sentiasa doakan Yana.


Thank you to:

1. Bos merangkap kurator muzium yang sentiasa tegur bila Yana salah buat report. Yang ajar yana semuanya. 
2. Kak Miza yang sentiasa ada bila Yana memerlukan orang untuk bantu Yana. Terima kasih sebab belanja Yana makan dan celebrate tamatnya Yana intern dekat situ.
3. Kak Mawar yang suka bercerita dan menhangatkan suasana office. Hari last Yana, akak pulak takde sebab EL. Tapi takpe insyaAllah boleh jumpa lagi.
4. Abang Jo yang prihatin dan kuat berjenaka. Bapak orang yang tak macam bapak orang sebab otak yang gila-gila. Okey lepas ni Yana tak dapat bantu abang pasang pameran sehingga abang try,try dan last try memang tak boleh juga. Lagi jahanam adalah barang elektrik tu. hahaha. Sorry la Yana ada tergurau kata abang punya baju masa event dah macam bendera melewar (betul ke ejaan) dengan karpet tu. Tapi serious kot sama warna. Dah boleh pacak je abang dekat tanah berdiri sebelah bendera. 
5. Pada staff office atas yang ramai tu juga. Kalian sangat baik. 


*Kalau ada sumur diladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang insyaAllah berjumpa lagi. Terima kasih Muzium.

Wassalam 

Friday, 9 August 2013

Eid Mubarak 1434H


Assalamualaikum wbt

Happy Eid Mubarak Minal Wa Faizin.

Berlalu Ramadhan, datangnya Syawal.
Semoga bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.

Cuma ambil beberapa hari sahaja cuti. then sambung semula internship yang berbaki 3 minggu sahaja. Eh! 3MINGGU!!! Sekejap saja rasa masa berlalu. Walaupun sekejap je internship tapi setakat ni alhamdulillah sebab ramai staff yang memberi tunjuk ajar dan dapat merasa suasana berkerja yang macam-macam ragam. Result semester lepas pun baru sahaja keluar dan setakat ni rasa bersyukur sebab result naik. Risau juga kalau turun kan sebab masa jawab final exam pun macam yakin tak yakin ja. And GOODLUCK  to all my friends yang dean. Its your luck. 

Selamat Beraya la semua. Kami beraya dirumah saja sebab ada yang kekangan cuti kerana bekerja. 

Last but not last,
'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN'pada semua umat islam
    
-yusoffamily-




Friday, 21 June 2013

Tamat second year


Assalamualaikum w.b.t

Dengan ini ingin diumumkan bahawa anda telah tamatbelajar untuk tahun kedua anda dalam zaman universiti. Alhamdulillah. Syukur. Pejam celik pejam celik tak sangka dah dua tahun belajar. Next semester masuklah saya pada tahun akhir dimana saya perlu bertungkus lumus untuk menyiapkan diri bagi melangkah ke dunia baru iaitu alam pekerjaan yang tetap.

I'm already too old maybe. ^^^  
Thanks to ayah mak yang selalu berada dibelakang anakmu ini.
Thanks sebab tak putus bagi semangat.
Thanks sebab sentiasa bagi nasihat.

Thanks..
Thanks..
Thanks..

Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.
I will try my best to make you happy.

Kerana dia ayahku
Kerana dia emakku

Wassalam

Saturday, 8 June 2013

Berfikir kemelampauan membuatkan kita stress


Assalamualaikum wbt

Pernah tak korang tetiba terfikir yang perkara buruk akan berlaku.
Sampaikan korang jadi sangat risau, risau dan risau.
Hinggalah buat korang bertambah stress.

It's happened to me sometimes.
Eh boleh dikatakan selalu sebenarnya.
Maybe sebab kita ni kaki berfikir.
Sedar-sedar je rasa sangat tertekan.
Itu memang tak baik untuk kesihatan sebenarnya.
Sebab akan mempengaruhi kehidupan harian.
Tapi nak buat macam mana sebab dah memang terikut perangai ayah yang suka berfikir.

Kadang-kadang bila berfikir ia jadi melalut je.
Dan ia bukan sesuatu yang realiti kerana ia hanya imaginasi dari diri kita sendiri.

Realitinya akan berlaku bila kita lansung tak fikir apa-apa.
Bila fikiran kita kosong ianya terjadi sehingga merentap sanubari.
Merintih keluhan, emosi terganggu.

Seeloknya kita sentiasa berwaspada dengan persekitaran kita.
Apa yang tak terduga sering sahaja berlaku.
And last month its happened to me.

When I have a class I got one called from my brother.
Then, angkat call cakap ada kelas sampai my brother tak sempat nak terangkan apa-apa. Just sempat dengar yang dia cakap ayah accident.
After class straight I call my brother.
Then ask him what happens.
Dia cerita la apa yang dia tahu dan itupun hanya sedikit sebab dia tak tahu kejadian yang berlaku.
Bila dia cakap ayah dekat hospital terus rasa hati tak tenang.

Konon masuk next kelas kental habis. Sekali air mata taknak stop until la lecturer suruh balik.
Then sempatlah kena main-main dengan lecturer sebab emosi tak stabil
Until she knows that I'm cry because of my dad terus dia minta maaf.
Ingat I nak nangis tak tentu pasal ke.

And after a month Alhamdulillah ayah dah recover faster.
He excited to drive a car and back to his work.
Even kaki dia masih belum kuat sepenuhnya after operate.

Benda paling terkejut bila bangun pagi tadi tengok he drive his car.
And I..     *glurp. Telan air liur*

Me: Eh ayah boleh ke bawa?
Ayah: Boleh la sikit-sikit.
*tepuk dahi*

Aduhai ayah.
Bersabarlah sehingga kaki tu betul-betul kuat.
I know that your semangat sangat tinggi nak cepat pulih.
But it still take a time.
I prays for you.
Get well soon.
Really love you so much

from: Angah your lovely daughter

Wassalam

Friday, 7 June 2013

Bercuti lagi


Assalamualaikum w.b.t

Really miss me.
Miss you too baby.
Oh lappy.

Lama sungguh tak dapat pegang lappy sendiri.
Mampu guna lappy orang ja.
Itupun jarang sangat sebab takut nak usik barang orang.
Nasib baik balik rumah kali ni lappy adik boleh guna.
Update jom update cerita.

Apa-apa pun nak ucap
"Salam Isra' Mikraj"

Seminggu yang lepas time budak-budak UiTM berpusu-pusu balik ke rumah bercuti me sempat lagi pergi vacation. Hold balik rumah gara-gara ada kelas system Fidelio dekat kampus Shah Alam. And what I want to said is it aca-awesome to learn that system even it's very difficult. Padahal masa jawab test pun redha je. Mana tak redha belajar hanya sabtu dan ahad. Then ahad after tengah hari dah kena ambil test. Tak ke *terkujut* jawab test yang tetiba je. Gabra gila. Dengan software manjang problem ja. Asyik loading je. Menguji betul kot belajar system tu. Tapi disebabkan ia sesuatu benda yang baru memang teruja tu lebih kot.

After test terus gerak balik rumah member sebab Selasa nak gerak ke Penang.
Percutian yang sangat relax dan tak memenatkan sebab memang niat nak merehatkan badan.


Who know's bout the Jerejak Island?

Me sendiri tak tahu sebenarnya tentang kewujudan pulau ni. Hinggalah suatu hari one of my member tetiba ajak pergi bercuti dekat Pulau Jerejak. Lebih-lebih lagi time tu ada promotion. Tanpa melengahkan masa terus booking bilik dekat Jerejak Resort&Spa. And then bila tanya member apa kelebihan pulau tu barulah dia ceritakan. 

Pulau Jerejak merupakan sebuah pulau yang mempunyai sejarah nya tersendiri. Ia juga merupakan tapak penjara lama bagi tahanan dan juga tempat buangan pesakit kusta. Tapi itu dulu. Kini Pulau Jerejak merupakan sebuah tempat peranginan yang menawarkan kita melakukan pelbagai aktiviti sihat seperti berbasikal, jungle trekking, flying fox, dan banyak lagi. 



-Day First-

5.30 pagi dah gerak ke LCCT. Sampai dekat LCCT pun dah dekat pukul 7 am. Sebab gerak before Subuh then sampai je LCCT terus cari surau nak solat Subuh. Lepas solat minum kejap. Nak sarapan before naik flight tak mampu sebab masing-masing takut sakit perut. Lagipun perjalanan tak lama. Lebih kurang 45minit je dari LCCT ke Penang. Sampai dekat Penang Airport terus cari makanan sebab dah lapar sangat.

Lebih kurang pukul 10 lebih barulah kami gerak ke Jeti Pulau Jerejak. 

Sambil menunggu sambil posing sebentar

Us on the boat - jetty - resort - big room - dinner



-Second Day-

Berbasikal di pagi hari itu pun sekerat jalan gara-gara lead member terserempak biawak besar manusia kemudiannya disusuli dengan aktiviti flying fox.


Menikmati matahari terbenam di petang hari nya di jeti sambil melihat anak ikan todak berenang bersama obor-obor.


-Day 3rd-
Bajet konon after solat subuh nak keluar awal sebab nak tengok matahari terbit . Keluar awalnya jadi tapi matahari pulak taknak muncul sebab cuaca mendung pagi tu. Takpe lah. Alang-alang hirup udara segar kan. Lebih-lebih hari last dekat Penang.

resort from jetty

the pool

menunggu boat untuk bertolak balik




tadaaa!!!  Next target -----> Cruise. Star Cruise. It make we excited more after we see that cruise at Penang.


Bubye Penang. Next time we come again. Love Penang. From Us.

Wassalam

Monday, 6 May 2013

Hari Mengundi, Hari Cuti


Assalamualaikum wbt.

Sesi mengundi pun sudah habis. Sekarang sesi mengira undi yang masih tak habis-habis lagi.
Who know what happened behind right. Just only one know everything that happens - Allah swt.
Dari bermulanya detik mengundi sampailah sesi pngiraan pelbagai spekulasi keluar.
Owh Malaysia ku apakah yang bakal terjadi. 
Dimanakah keamanan, kejujuran dan juga keadilan yang rakyat mahukan.

Pagi 
Isu dakwat kekal. Eh isu yang diperbesarkan oleh rakyat-rakyat yang tak pernah berpuas hati dengan apa yang diberi. Just think positive, husnuzon dan muhasabah diri banyak-banyak. Apa yang berlaku hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kita sebagai rakyat dan umat islam terutamanya tak boleh nak menghukum orang sesuka hati. Andai kata terdapat segala penipuan, mungkin di dunia tak dapat pembalasan nya. Tetapi di akhirat confirm dapat balasan yang setimpal.

Tengah hari
Kecoh isu mana datangnya bangla dengan indon-indon yang tetiba boleh mengundi campur dengan pengundi hantu. Siapa kah dalangnya membawa manusia-manusia begini. Tolong jangan jual negara pada orang luar. Kami masih sayang Malaysia. Kalau bukan rakyat Malaysia bersatu padu dalam memepertahankan negara siapa lagi. Isu sebegini tidak seharusnya timbul. Malaysia negara aman jadi kucar kacir, jadi tidak sefahaman hanya kerana isu begini sungguh memalukan. Negara luar mungkin tertawa dengan keadaan yang berlaku sebegini.

Malam
Detik-detik yang ditunggu oleh semua rakyat Malaysia. Pengiraan undi. Maybe semua cemas dekat depan tv, depan radia dan segala depan lah. Tapi mak ayah kami relax ja tido tanpa menunggu keputusan. Almaklum esok masih bekerja. Kalau tak bekerja tak masuklah rezeki kan. Lain lah kalau dah kaya goyang kaki ja jadi bos tapi bulan-bulan income masuk ye. Itu mimpi la. Isu malam lagi bagus sebab banyak pulak kes blackout. Eh what happens. Kenapa jadi begitu pulak. Kes-kes sebegitu la buat rakyat hilang kepercayaan. Seharusnya pihak berwajib perlu bersiap sedia dari awal mengelakkan hal-hal sebegini terjadi supaya tidak timbul segala isu dan juga spekulasi.


Apa-apa pun siapa menang, siapa kalah kita terima keputusan dengan hati terbuka. Yang kalah insyaAllah bukan rezeki kalian. Jangan mengalah. InsyaAllah hari mendatang lagi baik dari hari ini. Yang menang jangan bongkak diri. Cuba cari ketelusan dan kejujuran dalam mentadbir negara. Rakyat memang seharusnya diutamakan dan juga tolonglah kurangkan media-media yang tidak bagus. Ianya merosakkan lagi anak-anak muda dan juga orang islam.

Pada anak muda yang ada semangat juang tu bagus lah. Kesedaran dari muda siapa yang bakal membimbing negara pada masa akan datang. Semangat-semangat juga tapi tolonglah jangan terlalu taksub mengalahkan orang yang lebih berpengalaman. Anda baru sahaja nak kenal dunia politik dan baru nak bangun serta masih belum boleh mengundi pun lagi. Buat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara bagi PRU14 lagi 5 tahun. Kaji sehabis mungkin dan jangan racist. Kita hidup berbilang kaum. Tolonglah saling hormat menghormati. 

Pada yang asyik kutuk Malaysia semua, tolonglah sedar. Anda lahir dan tinggal di negara ni. Kalau rasa tak puas hati pada cara pentadbiran, kita ada cara untuk mengubahnya bukannya mencaci, mencerca, mengkritik dan juga menghina. Seharusnya kita bersyukur dapat tinggal di negara yang setakat ini masih lagi aman. Bukannya tinggal di negara yang berpecah belah dan bertempur sentiasa. Please please sedar diri. Kalau masih tak puas hati lagi, carilah dimana negara yang memang betul-betul boleh puaskan hati anda. Mungkin.

Husnuzon banyak-banyak.
Muhasabah diri.
Allah tahu apa yang terjadi.
Selamat jumpa kebenaran di padang masyar.

Sekian,
Suara telus insan kerdil

Wassalam

Thursday, 25 April 2013

Adult life is not simple like kid life


Assalamualaikum w.b.t

Tetiba ada rasa meroyan sekejap. Mihmih. Buang tebiat betul. 
Dan juga tetiba terasa rindu zaman sekolah terutama zaman jadi pelajar STPM. 
Bila tengok cikgu-cikgu sekolah masukkan gambar junior sekarang rasa macam 

'Saya nak kembali ke zaman tingkatan 6 '


Rindu nak bangun pagi siap-siap pergi kelas. 
Rindu nak merempit pagi-pagi. 
Rindu nak rebut parking motor.
Rindu nak redah hujan dengan baju sekolah.
Rindu nak konvoi balik ramai-ramai. 
Rindu nak pusing-pusing Seremban lepas balik sekolah.
Rindu nak borak-borak dekat perhimpunan sampai kena tegur.
Rindu nak jadi paling senior. 

Rindu cikgu. 
Rindu nak 'arrange' kan event.
Rindu nak merayap satu sekolah.
Rindu nak gosip-gosip dengan bestie.
Rindu nak makan dalam kelas masa cikgu mengajar.


Benda yang memang tak pernah jangka lansung dalam hidup adalah masuk jadi budak tingkatan 6.

Orang tak suka masuk tingkatan 6 sebab:
i) kena pakai baju sekolah
ii) silibus susah
iii) tak macho/cool la jadi budak sekolah semula
iv)dsb  *lot of reason*


Tiada benda pun yang mudah untuk kita gapai dan capai. Nak berjaya haruslah berusaha. Perjalanan hidup tak mudah seperti dirancang. Dapat matrik tapi tak pergi sebab masa tu dah masuk tingkatan 6. Dan memang tak suka berhenti belajar bila dah start terima semuanya. Tambah-tambah masa tu kecewa habislah sebab apply IPG tak dapat. Apply nursing PPUM tak dapat. Last-last jumpa bapak sedara. Dia yang sokong untuk masuk tingkatan 6. Dengan tak rela hati esoknya melangkahkan kaki juga ke sekolah. 

Just only one week, my life change 100%. I'm happy with the form 6 life. Alhamdulillah. Kita hanya merancang tapi tak semua akan kita dapat. After form 6 still tak dapat apa yang kita nak. But always think positive dan yakin dengan aturan kehidupan sekarang. Maybe its better than what we want. Mana tahu ada yang menanti sesuatu yang tidak dijangka. Dan bersyukur sebab dapat kenal ramai kawan-kawan.


bersama cikgu Norazlina *cikgu kelas lower/upper 6 Mawar


tenaga pengajar lower/upper 6 mawar


 winner Netball pelajar F6 peringkat N9





our prom  



contengan terakhir hari-hari terakhir sebelum exam STPM 


Last day of STPM paper exam 

Setiap mereka mempunyai corak perjalanan hidup yang berbeza. Semoga berjaya kalian.

Lyana Yusof
ex-form 6 Mawar batch 2009/10 (MAWARIAN)
SMK Seri Ampangan, Seremban, N9

Wassalam

Sunday, 21 April 2013

Mid-sem break for semester 4


Assalamualaikum w.b.t

Aileee. Cuti. Dah set dekat kepala nak balik cuti kat rumah seminggu sempena mid-sem break. But me tolak dua hari kot sebab balik semula ke Melaka setelah sehari balik Seremban. Eh apahal pulak ni. Tarapapa. 

Sebab kawan-kawan masa STPM ajak jalan-jalan pusing Melaka jadi saya bersetuju untuk membawa mereka. Selalunya kalau plan awal-awal selalu tak jadi so ini plan terjah ja. Spend time sama-sama pusing-pusing bandar Melaka. Ditambah ada driver datang bawa kami ke Klebang. kalau datang Melaka tak minum coconut shake memang tak sah. Cuma tak makan asam pedas ja kali ni. Just try makan char kuey teow ja dekat jalan Hang Tuah. Empunya diri yang dah duduk hampir dua tahun dekat melaka baru ni first time makan. Kelakar ja.


 Lepak tepi pantai sambil minum coconut shake *takde dalam pic


feeling bayu laut jap


Just 4 of us.






Jonker Walk in the night walk. Bersesak dengan manusia. Memang tak boleh nak jalan. Terlampau sesak. Nothing to buy just cuci-cuci mata ja.






this one don't know what happened to them



feeling macam dekat tempat sejuka ja padahal panas gila



On the next day, back to Seremban. Gerak sama Atera sebab dia pun nak balik juga. Abaikan tudung sebab time ni angin sangat kuat.




Konon nak balik awal. Last-last bus takde tiket. Kalau kosong pun petang. Ambil tiket pukul 4.30. Sementara tunggu 4.30 gerak ke Tesco makan-makan then bertawaf sebentar.

InsyaAllah will hangout together again. Not only 4 of us but 5. Enjoy the day.

Wassalam