Tuesday, 16 April 2013

Vacation - Port Dickson - Ulu Bendul


Assalamualaikum w.b.t

How come cuti tiga hari tapi tak buat apa-apa kan. Last minute punya plan setelah program induction cancel tetiba tanpa apa-apa explanation. What's plan? Hey dude. It's not a dude. It's not a dude *pitch perfect tetiba. Eh wait. Pergi mana ni. Sebab Melaka cuti 15 April so kami berenam decide nak pergi PD. Alang-alang turun ronda habis-habisan la gayanya. 

Here we are :O   TELUK KEMANG, PORT DICKSON. Just only for two hours we at there. WHY? Because lot of 'orang asing'. Seriously terkejut gila sebab banyak sangat bangsa asing dan bukan lagi orang Malaysia yang mandi manda dekat sana. Sedih kot. Terasa macam kami bukan dekat Malaysia. Rasa macam dekat luar negara. I mean macam dekat Myanmar dsb. Dulu kalau datang PD dengan family, bangga gila sebab ramai orang-orang kita. But now, I feel disappointed of what happened and what I see. 





This car exhibition make we happy after disappointed before. See. How cool there are. How cool the workers of Proton. They have lot of idea to design the car. And it awesome.


 So cute the cars. We call it shoes car. Because the design like shoes.  :)  mihmih


After that we proceed to Ulu Bendul. Sebelum tu, kami turun Seremban singgah restoran rakyat then solat dekat Masjid Negeri. Tapi singgah Giant Senawang sebab nak beli sikit barang. Memang kelakar bila ada yang tak bawa baju lebih untuk tukar lepas mandi air terjun. Nasib baik tak gerak jauh lagi.


.



Muka bahagia setelah berendam dalam air terjun.  :)
InsyaAllah the next trip will be better.

Wassalam


Monday, 8 April 2013

Happy Wedding


Assalamualaikum wbt

Weekend yang diisi dengan sukarela memberi bantuan pada wedding abang kawan. The happy wedding that I joined. Setiap majlis confirm-confirm la penat kan. Of coz ia sangat memenatkan tapi sangat menerujakan. Konon-konon nak balik dengan bus hari khamis lepas (4April) sekali meeting pulak lambat habis. Dah la lambat habis lepas tu merapu meraban bagai mereka-mereka membuatkan masing-masing yang nak balik resah gelisah bagai. Habis tak habis balik tetap balik. Keluar pun dah agak lewat. Sampai-sampai Melaka Sentral tengok gelap dah. Okey apa yang terfikir memang terjadi. Akibat terlewat beberapa belas minit, jadi bus pun takde dah. Masing-masing dok berfikir nak balik hostel ataupun tidur je dekat stesen bus. Then pagi-pagi terus cari tiket paling awal nak gi KL. Last-last decide nak overnight je terus dekat MC. Tapi ada kawan kepada kawan baik hati malam tu offer diri nak ambil kami berempat di Melaka then hantar kami semua ke KL. Woooaahhh.. Itu sangat menyeronokkan kami yang memang teruja nak balik tapi takde bus. 

Sampai KL lebih kurang pukul 4 pagi. Kalau sampai terus tidur takpe gak. Ni masing-masing sampai masih sibuk dengan handphone masing-masing. Lewat tidur, lewat sikit bangun. Subuh still on walaupun penat. Sampai ibu Ain telefon suruh kami turun sarapan. Itupun setelah beberapa kali dikejutkan. Penatnya kami. Hari yang bermulanya kami bertungkus lumus bagi menyiapkan segala barang yang hendak digunakan pada majlis kahwin. Sempat la kejap lari jumaat petang pergi  perpustakaan negara. 


We Are Here  :o  PERPUSTAKAAN NEGARA


Kenduri doa selamat after Isya'. Selesai makan turn kami kemas-kemas. Masing-masing memulakan tugas. Basuh pinggan dan juga meracik bunga rampai. Itu dia harumnya daun pandan. Meracik je sampai berejam. Menahan sakitnya jari. Racik sehalus yang mungkin. Memang la superb kot. Its one of the experience yang seronok kot. Siap racik pukul 2 pagi .



Balik rumah then tidur. Bangun pagi pun lewat sebab kepenatan. Turun ke bawah tengok rumah penuh dah saudara-sudara Ain sampai. Hari yang penuh dengan aktiviti. Sarapan sekali tengah hari sebab lewat, sambung isi bunga rampai dalam uncang. Isi punya isi memang tak cukup pun. Pisau dikeluarkan. Daun pandan dicapai. Aktiviti meracik bermula lagi sekali. Siap balut jari dengan plaster sebab nak elak sakit. Itu dia. Tenaga meracik dikerah lagi sebab nak cepat. Abah Ain, spupu laki Ain termasuk pengantin lelaki membantu menyiapkan. Siap-siap je terus gerak gi teman pengapit fitting baju sekali dengan isi telur dalam bekas dia. Balik rumah pun lewat. Konon dah sampai pun dah maghrib ingat nak naik atas gi mandi sekali ibu tahan sebab kami kalau dah naik lambat-lambat je turun. Solat la dekat bilik Ain. Siap solat, makan dan meracik daun pandan sekali lagi untuk sesi merenjis kemudian terus gerak ke dewan untuk menyiapkan ini.. 

.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa

Special Force Team. Bapak pengantin termasuk pengantin turut menyiapkan bunga manggar.


Pelamin siap. Bunga manggar siap. Masa untuk pulang. Before balik rumah pergi mengisi perut yang kelaparan. nyumnyum. Makan Time. Balik rumah amek kunci gosok baju terus tumbang tidur. Mata masing-masing kuyu gila-gila dah. 


D-Day #Setiap gambar ada ceritanya sendiri




Apabila Jat conquer pelamin


Tak sempat amik gambar berempat kena serbu dengan anak sudara Ain. Semua BUSU kena serbu. Yang nak duduk dekat riba pun ada. Datang-datang terus mengendeng. Kami pasrah sehabis yang mungkin. 

w/ moi twin merangkap pengapit pengantin


Finally, its done at 4pm. Semua sanak saudara gerak balik. Tak cukup kerusi meja sebab tetamnu yang sangat ramai. Berpusu-pusu datang meraikan pengantin dan bernasib baik lauk semua cukup dan berlebih sehingga kami makan untuk kedua kalinya.. Alhamdulillah. Bak kata abah beban setahun dah habis. Nice wedding event and may Allah bless the events. Amin.


#Anak dara dan mak dara. hehe




Wassalam.

Saturday, 30 March 2013

I'm 22 now


Assalamualaikum wbt

Hilang buat sementara waktu bukan bermakna sibuk. Tapi jarang online la kot sekarang. Kalau online pun sekejap-sekejap je. Semester baru mood baru azam baru dan juga umur yang baru. Now officially I'm 22 years old. Tak malu pun nak bagitahu orang bahawa umur saya bertambah lagi. Peningkatan umur haruslah sejajar dengan kematangan diri. Doakan saya menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat dan anak yang sentiasa mendengar kata-kata mak ayah. Tidak lupa pada adik beradik yang tak putus-putus mendoakan diri ini. Terima kasih.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa bersama saya. Terutama roomate dan juga sahabat-sahabat sekelas. Sayang korang. Thanks moi twin yang sanggup keluar after kelas untuk celebrate my birthday even lewat sehari ye. Hehehe. Lewat kerana birthday girl tak larat nak keluar pada tarikh keramat gara-gara bekerja dari pagi hingga petang. Tenaga tak ada dah nak keluar jalan-jalan. So di tunda sehari selepasnya. Suprise yang tak menjadi ye moi twin. Kesian hang dok rancang sekali kantoi sudah. mihmih

Here we are,

Thanks a lot..
Love you guys who wish and pray.
Especially roomate and housemate.

Wasalam

Friday, 22 March 2013

Makin tua makin cepat terasa. Itu lumrah kot.


Assalamualaikum wbt

Apa khabar kalian.
Skema dok.
Skema la sebab dah lama tak update.
Blank betul otak nak menaip walaupun takde cerita.
Semester baru tak busy pun (maybe sebab awal sem lagi, tengah-tengah tak tahu lah kan)
So masa yang banyak digunakan untuk bekerja.
Mencari duit bagi menambah wang belanja.

Yeah I'm become older in few days more.
Happy ke bila umur bertambah.
Happy la sebab niat nak berbakti pada keluarga sampai mereka tua.
And the most important is the mood is always swing.
Orang kata makin tua makin cepat terasa *sentap.
Eh betul ke.
Andaikan betul je lah.
Sebab situasi tu sangat-sangat tak seronok dalam hidup.
Macam tu kot mak ayah kita kalau terasa.
Sedih sangat.

Think positive.
Sometimes crying can make we feel better.
So crying is not the big problem.

smile, smile and smile.
Wassalam



Friday, 15 March 2013

I'm in love with MARCH


Assalamualaikum w.b.t

Agak lama juga tidak menaip sebegini. Assignment masih belum lagi dapat dari lecturer jadi keadaan masih lagi tenang setenang-tenangnya. Dan buat sekalian kalinya lappy saya akhirnya menyatakan bahawa dia sudah makin uzur. Keadaan button yang sudah tercabut WHAT!!!. Please be nice to me sayang and I always be nice to you sejak dari kita berkasih sayang lagi. Saya jatuh hati pada awak pada pandangan pertama dan sampai hati awak jatuh sakit sebegini. Dah tak sayang saya lagi eh wahai cik lappy. Kenapa masa begini awak mula buat hal. Kasihan kan saya yang kesepian. Saya masih memerlukan khidmat awak sampai saya habis study. Saya tahu awak merajuk dengan saya sebab saya asyik mengabaikan kesihatan awak yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini tapi saya masih sayang awak dan tidak ada niat lansung untuk menggantikan awak dengan kekasih yang baru. Kerana awak sudah sebati dengan diri saya. Tolong bertahan lagi.

Bulan March makin sampai ke penghujungnya. OH TIDAK!!! Boleh tak kalau MARCH itu di ulang kembali ke tarikh 1 MARCH. I been in love with MARCH so much. Kenapa sebegitu sayangnya dengan bulan MARCH. Bulan ini lah yang banyak memberi makna dalam hidup saya sebagai insan yang bernama NURLIYANA. Bulan ini juga saya lahir ke dunia dan hidup sehingga kini dimana saya tak tahu berapa lama lagi saya akan hidup di dunia yang sementara ini.

Bulan ini juga abang saya lahir sebagai anak sulung kepada kedua ibu bapa saya yang turut menggantikan tempat anak yang paling sulung sebelum abang. Bulan ini juga merupakan bulan yang memberi seribu makna kepada saya kerana tanpa mereka tidak wujudlah saya di dunia ini di mana mak ayah saya disatukan juga pada bulan MARCH. That why I'm seriously in love with month of MARCH.

MARCH memberikan seribu makna. Tanpa mak ayah, saya tidak kuat menghadapi segala kemungkinan yang berlaku di dunia yang penuh komplikasi. 

Usaha--> Doa--> Tawakal--> Kejayaan
Tanpa usaha tak mungkin berlakunya kejayaan.

Wassalam

Friday, 8 March 2013

Happy Belated Birthday Along

Eh Eh Eh..

Wa lupa nak wish birthday abang wa la ritu 3rd March..

Dah nak seminggu dah lepas birthday abang wa yang ting tong, yang pemalas, yang tahu tido ja, yang kaki makan ja.

Azab wa bila dia ada rumah. hahah.. *kutuk belakang berani la.. Depan-depan memang bergusti pulak kang. 


Btw,


HAPPT BELATED BIRTHDAY ALONG YANG KE-25














Tua dah wei. Cepat-cepat la sedar diri yang umur tu dah lanjut. Be matured more.

Dadadididudud.


Kurang Kesabaran


Assalamualaikum w.b.t.

Selamat menyambung belajar dan meneruskan perjuangan di bumi bertuah Melaka bersejarah. Yeahh. Now I'm in semester 4 and tinggal lagi dua semester untuk menamatkan zaman belajar. Wee.. Cant wait to finish my study. Then I can fly everywhere that I wish to do. Amin, Semoga dipermudahkan segala urusan.

Baru seminggu belajar, oopppss tak sampai seminggu sebenarnya dah balik rumah semula. Banyak sangat barang tertinggal dekar rumah lepas tu sibuk la nak balik bagai ambil barang. Tu la takde preparation nak balik. Last minute baru kemas barang apa yang nampak je capai yang tak nampak tu memang lupa habis. Sekarang dah susahkan diri balik rumah. Wait.. Semester ni memang nak banyak balik sebenarnya. Sebab rumah dekat so baik balik rumah lepak sume. Save duit. Duduk Melaka asyik keluar duit je. Tak pasal-pasal ikat perut nanti hujung semester sebab takde duit. Dah la tak dapat teruskan bantuan. Think positive sebab takde rezeki. InsyaAllah Allah tu akan permudahkan hidup kita. Doa banyak-banyak. Don't give up easily.

Motif tajuk entry kali ni. Banyak motif sebenarnya. Jujur pada diri dan mengaku ni yang tuan empunya blog mempunyai sikap yang kurang sabar. Tambah-tambah kalau menunggu orang lelama. Waa.. itu melampau woo. Janji pukul satu harus atau sepatutnya WAJIB datang pukul satu. Lewat lelebih memang menguji kesabaran okey. 

Tambah-tambah kalau melibatkan family. Me memang tak suka buat family tertunggu-tunggu. Kesian la dekat parent kan. Nak tunggu lelama. Contohnya tadi naik bus otw balik Seremban boleh pulak bus tu rosak. Dah lah bergerak lambat dari masa yang telah ditetapkan lepas tu bus rosak. Bus rosak tu okay la.. Sebab benda nak jadi tapi bus ganti nye kenapa lambat sangat sampai sedangkan bus bukan main banyak lagi parking. Dah tu memang tak sistematik lansung pihak management. Bus dah tahu rosak dibiarkan pemumpang sendirian. At least inform la bus ganti sampai lambat sikit ke. Ni biar masing-masing tertanya-tanya. Itu sikap pihak management yang lansung tak pentingkan sensitivity customers. Eh tahu complain je kita ni kan. Nasib baik cepat-cepat inform parent lambat sikit sampai sebab bus rosak. I hate make my parent to wait for me for a long time. Tak suka taw. Kesian dekat dorang yang bekerja penat sume lepas tu nak tunggu lagi. Sebagai anak sikap memahami tu wajib ada dalam diri. WAJIB.

Lumrah dalam diri sifat kurang sabar tu tebal tapi sekarang cuba hakis sikit dengan berfikiran positif. Cari kawan luahkan sikit. Then dorang comfort kan kita. In the end kita senyum semula. Yeaahh.. itu saya suka. Kawan dan sahabat sungguh memahami. 

Ready to find the practical place. No holiday for me. After final must get ready to start the practical. #Dushh.. 

And selamat menjalani kehidupan baru di semester baru. Goodluck pada semua yang tengah struggle belajar. Enjoy your life.

Wassalam

Saturday, 23 February 2013

Burger Bakar Sri Pulai 2, Sikamat


Assalammualaikum w.b.t

Sambil menunggu mak balik kerja, sempat la kejap nak update blog. Walhal kejap lagi nak siap-siap balik kampung sebab esok ada kenduri tahlil. Satu benda tak packing lagi. Jadilah saya anak tunggul tunggal untuk sehari kot. Almaklum saya sorang je anak yang follow balik sebab adik-adik yang lain ada seminar dan aktiviti sekolah yang menyebabkan tak boleh nak join. It's okay. Sedara manyak lamai wo. Mereka pun boleh buat keje ma. haha

Aktiviti-aktiviti dihujung-hujung cuti semester. Bersama mereka sentiasa gembira walaupun sekejap sahaja. 

Jumaat petang dapat call dari member ajak keluar malam. Cakap dalam phone tak sampai 5minit pun terus setuju nak keluar. Selepas 5minit letak phone, otak tetiba jadi blur. Eh nak pergi mana malam. Then mesej another members tanya apa program. Dia pun sama juga blur. Tapi ada dengar la cakap nak pergi terjah burger bakar. Dekat mana tu masih tak tahu.

Konon-konon selepas maghrib nak gerak pergi rumah member, park dekat sana. Sekali cuaca tidak mengizinkan. Pukul 8 kononnya buat donno je lagi. Padahal member dok mesej cakap nak jemput dekat rumah dengan call pun tak pasan. Busy nak mengisi perut sebab lapar sangat. Tambah-tambah phone memang bukan dalam tangan kalau dekat rumah. Faham-faham yolah.

8lebih masih tertunggu-tunggu member jemput. Pukul 9 baru sampai. Patut la lewat semacam, di kutipnya sorang-sorang. Haha. Masuk-masuk kereta tengok ada budak laki. La si Helmi rupanya. Kawan masa lower6 dulu. Kau memang banyak cakap ye Helmi oi. 

Ni sebab masing-masing nak makan burger bakar, habis sampai ke Sikamat cari. Jauh no dari rumah masig-masing. Dah habis makan burger baru teringat gambar tak ambil. Bila makanan depan mata. Terjah makanan dulu. Yang lain belakang cerita. Memang malam tu terseremapak dengan kawan si Helmi je eh.



Ni muka kekenyangan selepas masing-masing membaham burger bakar, yong taufu and the last is roti tisu. Ambik ko. Makanan banyak gila dari mulut. Sepanjang cuti sem ni lah sekali je dapat jumpa before start semester baru. Sebab kekangan masa. 

Btw, happy dapat jumpa korang. InsyaAllah ada masa jumpa lagi.

Wassalam

Thursday, 21 February 2013

Apa tu Iluminati?


Assalamualaikum w.b.t.

Jiwa yang tenang boleh membantu perjalanan harian. Alhamdulillah. Basahkan lidah kita dengan zikrullah. InsyaAllah. Ketenangan itu akan menemani diri kita. 

Pernah dengar tak apa itu iluminati. Actually saya masih lagi baru dengan perkara ini. Tahun lepas merupakan segala pembongkaran tentang iluminati dalam hidup saya. Maksudnya, tahun lepas baru saya tahu apa itu iluminati. Itupun ada sorang kakak yang tiba-tiba ajak saya tengok one video ni. Mula-mula macam eh apa ni. Lepas tu kami tonton dari first video sampailah kami faham pergerakan sebenar kumpulan ini. 

Dengan apa yang dapat saya fahamkan dari apa yang saya lihat melalui video tersebut  kumpulan ini merupakan satu pergerakan dimana ianya ada kaitan dengan freemanson. Freemanson mesti tahu kan apa tu.  Satu kumpulan yang bertindak mahu menghancurkan islam tanpa kita sedar. Video yang saya lihat tu pun berkaitan juga denagn firaun dan juga yahudi yang memang tak boleh nak terima islam.

Ada juga lagu dan artis barat yang terlibat dengan kumpulan iluminati ni. Sebab tu kita seharusnya sedar, lagu yang adakalanya kita ikut nyanyi mempunyai maksud yang tersendiri. Kalau kita betul-betul hayati dan fahamkan maksud dia, insyaAllah kita pasti akan tahu agenda mereka disebalik lagu yang mereka dendang itu.

Perasan tak lagu LUCIFER dari kumpulan SHINee. Kalau peminat KPOP confirm dorang tahu lah lagu ni. Buat umat islam yang minat sangat lagu LUCIFER ni korang sedar tak apa maksud LUCIFER tu. Kalau rasa dah tahu apa itu lucifer henti-hentilah nyanyi lagu ni. Bagi yang tak tahu apa itu lucifer tolonglah pergi cari apa tu maksud dia. Kalau tajuk lagu pun dah tak elok ini kan lagu yang didendangkan. Tak baik untuk kita yang beragama islam ni. Boleh menggelapkan hati. 

Kita nak minat dengan sesuatu artis tu tak salah kot, tapi jangan lah sampai terlalu taksub.
Selamat mencari dan memahami.

Wassalam


Wednesday, 20 February 2013

Ia runtuh jua akhirnya

Akhirnya tangisan yang selama ini aku pendam dari mak ayah jatuh jua menyembah bumi. Angah cuba kuatkan diri angah tapi kali ini dengan pelbagai dugaan yang datang angah betul-betul tak tahan. Tangisan yang angah cuba tahan memakan diri apabila mak terdengar esakan itu. Mak siap cakap duit jangan risau. Mak boleh cari. Seboleh-bolehnya angah taknak guna duit mak dengan ayah sesen pun. 

Cukuplah selama ini angah rasa angah jadi bebanan mak dengan ayah. Mak dengan ayah dah banyak habiskan duit besarkan, sekolahkan angah. Biarlah dunia universiti angah berdikari sendiri tanpa meminta duit dari mak ayah. Cukuplah bila orang lain yang memberi bebanan pada mak ayah. Angah tak suka meminta-minta pada orang walaupun saudara sendiri kerana angah tahu kelak ia akan menjadi makanan rutin dan harian. 

Angah taknak benda tu dalam hidup angah sebab nanti sampai suatu ketika angah akan meminta, meminta dan meminta sehingga tiada kesudahannya. Lebih baik angah cegah diri angah dari perkara sebegitu. Selama ini angah cukup kuat nak hadam segala masalah. Tapi bila angah tengok keresahan di muka ayah, angah tahu ayah tengah runsing nak fikir bagaimana nak selesaikan semua masalah. Kalau boleh biarlah masalah itu yang angah yang selesaikan bukan ayah. Angah taknak tengok ayah bersusah payah lagi di umur begini. 

-Bila diri tak segagah dulu-