Wednesday, 25 July 2012

Jadi yang terbaik dari yang terbaik

As Salam..

Alhamdulillah.. Cukup lima hari umat islam menunaikan ibadah puasa.. It will be great moment for sure..  Lama-lama ramadhan akan berlalu.. :(  Adakah kita akan berjumpa ramadhan lagi..Hopefully akan jumpa lagi..Alhamdulillah selesai juga tarawih untuk hari ni.. 


Sepanjang saya menunaikan tarawih di masjid berdekatan dengan rumah, saya tertarik sangat-sangat dengan sorang nenek ni.. I don't know why that grandma will be catches by my eyes.. Bila pandang nenek tu teringat dekat  nenek sendiri..Hari-hari bila nenek tu datang mesti dia akan pergi saf depan sekali.. Tak kira la ada ruang kosong atau tidak.. Nenek tu mesti akan cuba cari jugak ruang untuk dia tunaikan kewajipan.. Semangat nenek tu untuk menunaikan suruhan Allah sangat-sangat membuatkan saya rasa betapa kerdil nya saya sebagai seorang umat islam.. Seharusnya kita berusaha untuk mencari dan mendapatkan tempat di saf depan.. baru terasa nikmatnya solat berjemaah..Sebab bila duduk saf belakang banyak sangat dugaan seperti orang bercakap.. Ada juga segelintir umat yang lansung tak hormat orang lain.. Sepatutnya bila dah dewasa sedar-sedar sendiri.. kita berada di rumah Allah..Allahualam..

Wassalam..

Ada lesen hargai, takde lesen pegi amek

As Salam.


Semenjak dua menjak tiga menjak ni, cik yana (its me) merasakan dia perlu melakukan satu perubahan besar.. ooppss.. Memang dah melakukan ye.. Apa benda nye ek?  Saya dah tak bawa motor laju-laju lagi you..hihew..Macam pelik je kalau cik yana bawa motor bawah 60 km/j.. kalau dulu tu atas 80km/j je.. ..Sayang nyawa itu adalah perlu.. It's true..Sebab nyawa tu tidak ternilai sangat-sangat (bukan takde nilai ok.. Banyak sangat nilai sampai tak terkira).. Boleh dikatakan ajal maut bila-bila boleh berlaku kan.. Kalau boleh biarlah sempurna bila pergi menghadap ilahi.. So hargai  nyawa anda ye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak.. 

Paling terbaru dan paling terhampir, budak form 2 dekat sekolah belakang rumah baru je excident gara-gara nak lari dari polis..Sekarang berada di wad ICU(koma)..Adik-adikku sayang, kenapa tak fikir meluas.. and the most important, terdapat segelintir parent yang tak kisah lansung anak-anak dorang bawa motor tanpa lesen (okay it's me masa form3 dulu).. Bila dah cedera baru lah nak fikir meluas tentang keburukan bawa kenderaan bila tiada lesen.. At least kena saman tu okay lagi la kot, but not okay kalau dah membahayakan nyawa bila terlibat dalam accidemt..

Kepada yang sudah ada lesen pula, bawa kenderaan tu beringat -ingat la pada orang yang rapat dengan anda.. Bukannya bawa kenderaan ikut undang-undang sendiri.. Dulu masa nak amek test JPJ bukan main lagi ikut undang-undang yang telah ditetapkan.. Tiap kali masuk simpang bagi signal).. Tapi bila dapat lesen, signal pun entah ke mana kan.. Yang selalu jadi mangsa si penunggang motor.. Tahu la motor tu kecil. So tak payah la buat-buat tak nampak.. Yang bawa motor tu pun manusia juga.. Bukan robot.. Kalau bawa kenderaan tu alert tu biar lebih.. Ni tak, mentang-mentang bawa kenderaan bertayar empat atau belas-belas, boleh aje nak himpit je motor an.. Encik/Puan/Kakak/Abang/Adik yang menunggang motor, tolong lah berhati-hati bawa motor.. Ikut undang-undang, bukannya 'himpit sini himpit sana'..

Btw, sayang lah nyawa anda sangat-sangat.. 

Wassalam..


Sunday, 22 July 2012

jangan terlalu mengharap

As Salam.

Kadang-kadang kita tak sedar kita dah sakitkan hati orang.. Bila  masa bergerak kehadapan jauh meninggalkan kita, baru kita tersedar yang kita telah mengguriskan hati insan lain.. kata-kata MAAF mula berlegar di fikiran.. Kadang-kadang kita tak sedar kita telah memberikan suatu harapan pada orang.. suatu pengharapan besar yang kita sendiri tak mampu untuk penuhi..perasaan bersalah mula menguasai.. 




Andai mudah untuk diperjelaskan ingin sekali berkata JANGAN TERLALU MENGHARAP PADA SESUATU YANG BELUM TENTU DAPAT DIGAPAI DAN DICAPAI... Sesungguhnya berDOA, berUSAHA DAN berTAWAKAL adalah yang sebaik mungkin.. insan biasa yang belum tergerak hati untuk berfikir jauh tentang hati. tambahan pula takut akan menyakitkan hati orang sedangkan tidak terlintas lansung di hati. insan kerdil yang belum lagi bersedia melangkah ke arah sesuatu yang baru.. insan yang banyak misi dan visi yang belum tercapai.. Semua nya berserah kepada-Nya.. 

Wassalam..


Saturday, 21 July 2012

Ramadhan datang lagi..

As Salam..

Salam Ramadhan buat semua umat islam.. Alhamdulillah masih hidup dan dapat merasakan kenikmatan bulan  yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan. Marilah kita ramai-ramai merebut untuk menambahkan amalan  kebaikan di bulan yang mulia ini. Misi dan niat sempena bulan ramadhan kali ini, saya berusaha untuk khatam al-quran.. Insya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan..

30 Syaaban lepas, saya dan sahabat-sahabat saya telah menziarahi kubur arwah sahabat baik kami.. pejam celik pejam celik, 5 tahun dah arwah meninggalkan kami semua.. Umur yang sangat muda tidak menghalang berlakunya kematian.. Oleh itu kita yang masih hidup, berusaha sebaik mungkin untuk menjadi umat islam yang soleh dan solehah.. Semoga Allah SWT mencucuri rohnya.. Amin..

Marilah kita ramai-ramai memeriahkan lagi bulan ramdhan ini dengan segala amalan baik.. Jom Jom Jom.. 

Wassalam..


Tuesday, 17 July 2012

Salam Takziah Dari kami


As Salam,

"Setiap yang hidup pasti akan pergi. Tidak kira di usia muda ataupun tua, tidak kira tempat sekalipun. Yang bernyawa pasti akan kembali ke sisi-Nya"

Salam Takziah
Dari saya dan rakan-rakan kepada sahabat lama yang kehilangan ayah tersayang.. 


Kuatkan diri demi keluarga.. 
Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
Dugaan dan Ujian tidak pernah lari dari setiap manusia..
Tabahkan diri dengan menghadapi nya..
Kami tahu susah terima ujian ini..



mari lah kita ramai-ramai mensedekahkan al-fatihah ke atas roh ayah sahabat saya yang terlibat dalam kemalangan maut dekat tol Kajang pada 16 Julai 2012..

~Al-Fatihah~

Wasalam


Sunday, 15 July 2012

will miss everything (Sem2)..

As Salam,

Hip hip.. tergerak hati nak mencuit sedikit luahan.. 

Akhirnya,

Jejak kaki di tanah adat.. negeri tercinta tumpah darahku..

Sorry,

Want to say sorry to Atera.. tak sempat nak jumpa sebelum berangkat pulang..
Dah masuk dalam kereta and dah gerak keluar dari kolej baru teringat lupa nak terjah bilik.. 
Tak tahu la time tu ko dah balik makan ke belum.. Sorry sangat2 sebab tak join makan... 
excited nak balik tu melebihi tahap kelaparan saya.. tak sempat nak peluk cium sume.. sobsob..
btw take care bila dah sampai Terenggganu nanti.. 
Puasa jangan lupa mak tiri yep..
Raya pun sama.. hip hip..

Sorry to others too,

To housemate yang lain pun tak sempat nak salam you'll..
Tadi terjah bilik korang tengah tidur.. 
Lagipun mak ayah dah sampai..
Taknak buat dorang tertunggu-tunggu..


To dearest housemate and roomate,

 sorry la kalau cakap lebih kurang je dua/tiga hari ni yep..
Homesick sangat-sangat..
Bila dah homesick sangat-sangat mood pun jadi swing..
seriously, sebenarnya last two days badan tak sihat gile2.. 
sebab tu asyik tidur je kat ruang tamu tu..
Nak bangun pun tak larat.. apatah lagi nak makan.. rasa nak muntah je..
tiap kali final mesti tak sihat.. aisshhh...


Wassalam..


Thursday, 5 July 2012

ter'over' ter'nite'

As Salam,

Selamat menyambut nifsu syaaban.. Even dah terlewat sehari but still nak ucap juga.. Semoga amalan yang lepas diterimah Allah swt dan untuk buku baru kita cuba menjadi yang lebih baik dari sebelum ini dan semoga amalan diterima di akhirat kelak.. Insya Allah..


 study borak then makan..


btw, mood of final exam still lagi ada.. paper belum habis lagi.. because of the gap sangat la panjang untuk paper bertemu paper, so pasti akan ada satu hari diperuntukkan untuk melepaskan batuk ditangga lelah study.. Akibat mata jadi juling sebab asyik mengadap buku, tangan menjadi beku sebab duduk dalam bilik berhawa dingin, perut berkeroncong sebab lapar,  so so so kita enjoy.. enjoy dok enjoy pun duk lepak kat Dataran Pahlawan je.. dari malam sampai pagi..





Wassalam...



Wednesday, 27 June 2012

pokek eh bahaso nogori

Kalau den tepon ayah den yang berado di nogori sombilan, baro den sodar ayah den cakap loghat nogori tu pokek yang amat..  Pueh la jugak den nak faham kalau cakap kat tepon.. Kot cakap dopan2 takpo laie.. sonang yo tangkap.. ni cakap kat tepon raso mongah lah den nak paham kan ayat ayah den tu ha.. kadang2 tu den tak paham den suruh ayah den ulang ayat eh.. kosian kat ayah den tu ha. Anak eh ni, namo yo anak nogori tapi cakap loghat nogori tu kurang yo..mak den takdo lak cakap pokek.. tapi kalau kat kampung, kua juga loghat eh..rindu lak raso eh nak balik kampung, cakap nogori dongan sodaro maro den ha.. Banggo la ai jadi anak nogori.. takpo2.. laie tigo minggu abis dah exam, dapat la den balik sano..




 

minta restu dapat keberkatan


As Salam,

Busy macam mana pun still ada masa nak update blog.. perlu curi masa sikit, kang ada pulak yang tak betul sebab mengadap buku je.. Tengah-tengah rehat terfikir nak telefon mak ayah.. rasa nak minta restu.. Almaklumlah restu ibu bapa itu penting dalam sesuatu perkara kan.. Kalau takde restu tak berkat pulak hidup kita.. 

'Mak/Ayah, restulah hubungan angah dengan dia'

Sumpah kalau mak/ayah dengar dorang pun terkejut.. apa kena dengan anak aku ni.. meroyan ke apa.. hujan takde, ribut takde tetiba minta restu hubungan.. kuikui.. okay itu tipu.. Saya tak fikir jauh pasal benda tu lagi.. Tujuan tepon mereka adaah untuk minta restu supaya dapa keberkatan dalam menjawab peperiksaan.. Risau sangat tu yang tepon bagitahu.. Usaha penting tapi kalau usaha sahaja takde keberkatan ibu bapa pun tak boleh juga.. Kerana ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita... Apa-apa bagitahu mereka terlebih dahulu..

Tak Sabar Nak Start, Tak Sabar Nak Habis..

Wassalam..

Tuesday, 26 June 2012

HAPPY HOLIDAY


As Salam...

Masih menghitung hari untuk bercuti panjang.. Tak sabar nak balik rumah jumpa family and spend time dengan kawan-kawan.. eh!!! jap jap.. kenapa saya masih belum bercuti padahal Universiti lain dah start cuti 2-3 minggu yang lepas lagi.. Biasa lah Uitm kan.. agak lambat atau boleh dikatakan jauh sikit kebelakang.. sedih kan bila jarak cuti dengan kawan-kawan dekat U lain tak sama.. Nak spend masa pun susah.. Nak jumpa pun jarang je sebab cuti yang tak sama.. kata dah selaras semuanya TAPI ... . Nothing.. sobsob.. 

Perang dengan buku perang dengan report perang dengan kertas.. Semua tengah berperang untuk mencapai kemenangan dalam medan peperiksaan.. Siapa taknak result bagus... Lebih-lebih lagi semua nak kejar dekan kan.. Ada ke belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kejar kejayaan.. Kalau ada lebih baik duduk rumah goyang kaki je kan..

Dalam mengejar segalanya mesti ada yang ketidakpuasan hati kan.. Lebih-lebih bila ada orang dekat sekeliling kita lepas tangan macam tu je..dah lah ada pangkat atau jawatan tapi duk goyang kaki je.. Kalau ada orang puji dia pulak yang seperti terapung di awangan padahal dia tak buat kerja pun.. Perangai manusia macam ni lebih baik kita lupuskan kalau tak bertambah teruk organisasi setiap pengurusan.. Saya benci orang yang banyak mulut tapi kaki tangan tak jalan.. Suka arahkan orang tapi dia duduk je atas kerusi berlagak macam bos besar padahal lansung tak membantu dalam segala perkara.. Kalau dalam 10 oang tu ada sorang umat manusia begini, better cegah awal.. nanti binasa semuanya..

Think positive yukk..

Wassalam...